Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

MUHAMMAD SALEH KEDAH
Friday, March 31, 2006
PENERUS PENGAJIAN PONDOK TERTUA DI KEDAH

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Nama lengkapnya ialah Haji Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hasyim bin Abdul Hamid bin Ishaq al-Fathani.

Sampai di sini sahaja yang dapat diketahui nasab dari sebelah ayahnya. Dari sebelah ibu pula ialah Fatimah binti Haji Ishaq bin Muhammad Hasyim bin Abdul Baqi.

Muhammad Saleh lahir di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang, Jitra, Kedah pada tahun 1280 Hijrah/1864 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1363 Hijrah/1944 Masihi.

Sama ada datuk nenek dari sebelah ayah mahu pun dari sebelah ibunya, adalah golongan ulama yang berasal dari Patani. Hendaklah diperhatikan bahawa pada silsilah dari sebelah ayah mahu pun sebelah ibu terdapat nama `Ishaq'.

Nama ini adalah orang yang berlainan, bererti bukanlah nasab sebelah ayah dan ibu bertemu pada nama `Ishaq'. `Ishaq al-Fathani' dari sebelah ayah belum diketahui nama yang lebih ke atasnya, sedangkan nama `Ishaq' dari sebelah ibu dapat disambung naik kepada Muhammad Hasyim bin Abdul Baqi.

Haji Ishaq bin Muhammad Hasyim (lahir 1184 Hijrah/1771 Masihi dan meninggal dunia pada 1287 Hijrah/1871 Masihi) adalah datuk dari sebelah ibunya. Beliau seorang ulama, murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, ulama-ulama yang sangat terkenal. Muhammad Hasyim bin Haji Abdul Baqi, ayah Haji Ishaq inilah yang datang ke Kedah dan beliau berasal dari Kampung Cerang, Patani.

Haji Ishaq bin Muhammad Hasyim, datuknya dari sebelah ibu inilah yang dikatakan mendirikan institusi pengajian pondok di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang pada zaman pemerintahan Tengku Anom di Kubang Pasu Darul Qiyam, Kedah.Ada pun ibunya, Fatimah binti Haji Ishaq, lima orang adik beradiknya ialah: Aisyah, Khadijah, Fatimah, Ya'qub dan Ismail. Ismail memperoleh anak bernama Aroff, iaitu ayah kepada Osman Aroff yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah pada satu ketika dulu. Jadi bererti Osman Aroff adalah anak saudara sepupu kepada Tuan Guru Haji Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hasyim dari pihak sebelah ibunya.

PENDIDIKAN

Pada zaman dahulu, sekiranya ayah atau pun datuk/nenek adalah seorang ulama, maka anak atau pun cucunya akan mendapat pendidikan langsung daripada mereka. Pada zaman sekarang, terutama sekali di kota atau bandar, boleh dikatakan sangat jarang pendidikan dari kalangan keluarga, kerana sejak kecil telah diserahkan kepada pihak lain menjaga, memelihara dan mendidiknya.

Barangkali kerana demikianlah keberkesanan dalam budi dan akhlak orang-orang yang mendapat pendidikan daripada mereka yang mempunyai hubungan darah adalah lebih mantap. Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hasyim seperti juga ulama-ulama sebelum ini, beliau mendapat pendidikan asas keIslaman daripada keluarganya sendiri, dalam lingkungan pondok pengajian termasuk di surau dan di masjid.

Sebenarnya selain pendidikan asas, Muhammad Saleh telah `alim sejak di Pondok Pulau Pisang lagi kerana beliau sempat mempelajari kitab-kitab besar daripada datuknya, Haji Ishaq, ulama besar Kedah murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Namun sudah menjadi tradisi pada zaman itu untuk mengesahkan seseorang itu diakui keilmuannya, hendaklah belajar lagi kepada ulama-ulama besar yang berada di Mekah dan Madinah. Antara tahun 1295 Hijrah/1879 Masihi hingga tahun 1312 Hijrah/1894 Masihi, Muhammad Saleh melanjutkan pendidikan di Mekah.

0Ulama yang paling banyak mengajarnya ialah Syeikh `Abdul Qadir bin `Abdur Rahman al-Fathani, cucu saudara dan Khalifah Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani. Pengetahuan yang bercorak pengkaderan dan pelbagai bidang duniawi dan ukhrawi pula beliau adalah diasuh oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Selain itu Muhammad Saleh juga belajar kepada ulama-ulama bangsa Arab seperti ulama-ulama yang telah diriwayatkan sebelum ini.

TUAN GURU PONDOK PULAU PISANG

Ketika Haji Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hasyim pulang dari Mekah, beliau langsung menguruskan Pondok Pulau Pisang yang diasaskan oleh datuknya, Haji Ishaq. Perlu juga dicatatkan di sini bahawa sewaktu Haji Ishaq mengasaskan pondok di Pulau Pisang itu, bolehlah dianggap pengajian pondok tersebut satu-satunya yang sangat terkenal dalam kerajaan Kedah.

Walau bagaimanapun setelah Haji Ishaq meninggal dunia, suasana pengajian di pondok itu dalam kelesuan. Pondok Pulau Pisang kembali memancarkan nur ilmu pengetahuan dan menjulang kecemerlangan kewibawaan setelah Haji Muhammad Saleh pulang dari Mekah dan langsung memimpin pondok tersebut.

Pandangan Haji Muhammad Saleh tentang pengetahuan diletakkannya pada halaman depan karyanya, Sirajul Huda. Katanya, ``Hai saudaraku, tiada mencapai seseorang akan ilmu melainkan dengan enam syarat ... cerdik, dan sejahtera, dan ijtihad, dan bersungguh-sungguh mencapaikan (nya), dan cerdik gurunya, dan panjang masanya.'' Pandangan yang berasal daripada Imam Syafie tersebut adalah sangat ditekankannya di institusi Pondok Pulau Pisang yang beliau pimpin.Institusi Pondok Pulau Pisang sama ada di bawah pimpinan Haji Ishaq, datuknya, mahu pun dalam pimpinan Haji Saleh sendiri telah ramai melahirkan ulama, cerdik cendekiawan, pemimpin dan lain-lain, bukan hanya di Malaysia saja, tetapi juga Indonesia, Patani, Myanmar, Kemboja, dan Brunei Darussalam.

Diriwayatkan bahawa Pondok Pulau Pisang dalam masa pimpinan Haji Muhammad Saleh bin Haji Hasyim pelajarnya pernah mencapai 2,000 orang. Jumlah pelajar pondok ribuan orang di Semenanjung pada zaman itu merupakan satu jumlah yang besar dan luar biasa, yang tidak terjangkau oleh pengajian pondok lainnya, kecuali pada zaman yang sama di Patani dan Jawa ada yang lebih ramai daripadanya.

Antara ulama dan tokoh intelektual Malaysia yang pernah menetap di Institusi Pondok Pulau Pisang ialah: Haji Abdullah Abbas Nasution. Beliau adalah ulama, pendidik, pendakwah, tokoh politik dan pengarang beberapa buah kitab. Murid Haji Muhammad Saleh pula ialah Dr. Burhanuddin Helmi, doktor perubatan, tokoh politik dan pengarang. Dan masih ramai lagi yang belum dapat dibicarakan dalam ruangan ini.

KITAB KITAB YANG DI AJARKAN

Kitab-kitab turas Islam, bahasa Melayu yang diajarkan di Pondok Pulau Pisang ialah Faridatul Faraid, Bidayatul Hidayah oleh Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh, Ad-Durruts Tsamin, ketiga-tiganya mengenai akidah. Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin, Ad-Durrun Nafis oleh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari, ketiga-tiganya mengenai tasawuf. Mengenai terjemahan dan tafsir al-Quran diajarkan Turjumanul Mustafid (Tafsir Baidhawi Melayu) oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.Kitab-kitab turas Islam, bahasa Arab yang diajarkan ialah Fathul Mu'in dan syarahnya I'anatut Thalibin, kedua-duanya tentang fikah. Jawahir al-Bukhari, Shahih Bukhari dan kitab-kitab hadis selain kedua-duanya menurut kurikulum yang telah ditentukan.

Mengenai ilmu tafsir, yang diajarkan ialah Tafsir Jalalain dan Tafsir Baidhawi dan lain-lain. Ilmu tasawuf dalam bahasa Arab yang diajarkan ialah Minhajul `Abidin dan Ihya' `Ulumid Din, kedua-duanya adalah karangan Imam al-Ghazali.Selain kitab-kitab bahasa Arab karangan orang luar juga diajarkan kitab-kitab bahasa Arab karangan orang Melayu, seperti Matnur Risalatil Fathaniyah, Tashilu Nailil Amani, kedua-duanya karangan Syeikh Ahmad al-Fathani mengenai ilmu nahwu. Kitab-kitab bahasa Arab karangan Syeikh Nawawi al-Bantani (berasal dari Banten, Jawa Barat) juga banyak diajarkan di Pondok Pulau Pisang.

PENULISAN

Pada penghujung tahun 1988 di sebuah rumah di Patani, penulis memperoleh sebuah kitab berjudul Sirajul Huda wa Mishbahud Duja yang tertulis dengan lengkap nama penyusunnya Muhammad Saleh bin Muhammad Hasyim `Abdul Hamid Ishaq Fathani. Sejak penemuan kitab tersebut penulis mulai menyemak data penyusunnya, maka hanya sedikit dapat dikesan di Patani dan selebihnya diperoleh cerita di Kedah.

Kitab berjudul Sirajul Huda yang disusun oleh ulama Kedah keturunan Patani tersebut buat pertama kali dicetak oleh Mathba'ah Muhammad `Ali Shabih dekat Al-Azhar, Mesir tahun 1344 Hijrah. Selain Sirajul Huda, karya beliau yang lain pula ialah Tanbihul `Awam li Istiqazil Manam, juga dicetak di Mesir tahun 1950. Kemungkinan masih banyak karangan Haji Muhammad Saleh bin Haji Hasyim namun sekarang sukar memperolehinya.

GENERASI PENERUS / KETURUNAN

Sewaktu Tuan Guru Haji Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hasyim meninggal dunia, beliau meninggalkan isteri bernama Saerah binti Abbas, seorang anak perempuan bernama Hajah Jamilah dan tiga orang lelaki, ialah Syeikh Ismail, Haji Qasim dan Syeikh Ramli. Kelima-lima anaknya mendapat pendidikan dan akhirnya mendapat kedudukan yang layak dalam masyarakat.

Selain mendidik sendiri di Pondok Pulau Pisang, mereka juga melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan Mesir.Zakariya Ahmad dalam satu artikel yang dimuat dalam Biografi Ulama Kedah Darul Aman, menulis bahawa Syeikh Ismail pernah memegang jawatan Pengerusi Majmak Ulama Negeri Kedah, Syeikh Ramli pernah dilantik menjadi Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah dan Haji Qasim seorang tokoh agama yang banyak berjasa. Penulis berkesimpulan, bahawa tiada siapa dapat menafikan keberkesanan dan jasa-jasa institusi pengajian pondok yang merupakan institusi pendidikan yang tertua di dunia Melayu dalam membina umat Islam dan etnik rumpun Melayu pada zaman dulu dalam tempoh masa yang sangat panjang.

Pada zaman kita sekarang institusi pengajian pondok ada beberapa jenis, antaranya masih seperti sediakala, ada yang menggabungkan antara pendidikan pondok dan sistem persekolahan dan ada juga yang dinamakan pondok moden. Walau apa pun jenisnya, bagi kita mestilah mempertahankan kesinambungan khazanah dan warisan Melayu yang pernah wujud, berpotensi, atau bermanfaat bagi umat Islam dan bangsa Melayu.

Institusi pengajian pondok tiada perlu dimusnahkan, tetapi sebaik-baiknya ialah mempertahankan keasliannya dengan mempertingkat dan menyesuaikannya dengan perkembangan zaman, yang dinamakan zaman sains dan teknologi seperti sekarang ini.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:18 AM   0 comments
Act for Persons with Disabilities still disabled!

http://chow.blogsome.com/category/parliament/

Filed under: Parliament - chow @ 12: 39.22

The proposed new Act for Persons with Disabilties is still disabled. I have asked in Parliament today “why the Act is still not approved” and the Minister gave a written reply as follows:

Rang UndangUndang Orang Kurang Upaya (OKU) masih dalam peringkat penyediaan. Pada masa ini draf pertama Rang Undang-Undang tersebut telah dirangka dan telah dibincang bersama pertubuhan-pertubuhan sukarela OKU dan beberapa agensi yang terbabit pada 23 hingga 25 Februari 2006…..Dasar OKU dijangka akan dimuktamadkan dalam tahun ini bersama dengan Akta OKU.”

Also, as at 31 December 2004, there are 150,617 registered as persons with disabilities with the Welfare Department. This represents 0.6 percent of the population.

According to the United Nations, it is estimated that one percent of a country’s population be classified as persons with disabilities. As such, it is estimated that there are about 260,000 persons with disabilities in Malaysia at the end of 2005.
This means more than 100,000 persons with disabilities are still not registered with the Welfare Department.

I am sure my friends, especially those at the Penang Chinese Society for Disabled Persons and volunteers, would be disappointed again to know that they have to wait much longer for the Act to be approved by Parliament.

I think the Minister should work harder to get the Act approved for all persons with disabilities in the country.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:46 AM   0 comments
Ibnu Bajjah ahli politik dan falsafah
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


ABU Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali sebagai Ibnu Bajjah berasal daripada keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas. Masyarakat Barat, mengenalinya dengan nama Avempace. Ibnu Bajjah dilahirkan di Saragossa, Sepanyol pada 1082 M.

Ibnu Bajjah merupakan cendekiawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajari, antaranya menghafaz al-Quran, seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal serta menguasai ilmu matematik, fizik, astronomi dan falsafah.

Selain bidang ilmu dan falsafah, beliau turut melibatkan diri dalam bidang politik. Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu di Saragossa apabila beliau mula bergiat sebagai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ, Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri.

Pada 1118 M/512 H, Saragossa telah ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon dan Ibnu Bajjah berhijrah ke Seville, selatan Sepanyol. Di sana, beliau menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik.

Kemudian Ibnu Bajjah berpindah pula ke Granada, dan seterusnya ke Afrika Utara iaitu pusat Dinasti Murabithun. Tetapi cara pemikiran dan falsafahnya yang asing di kalangan masyarakat di situ menyebabkan beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah, Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bidaah. Oleh kerana Ibnu Rusyd pernah menjadi muridnya, maka Ibnu Bajjah dilepaskan.

Ekoran kejadian tersebut, beliau meneruskan perjalanan ke Fez di Morocco. Di sana, beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibnu Yusuf Ibnu Tasifin untuk jangka waktu yang panjang.

Kedudukan yang beliau peroleh telah menimbulkan rasa iri hati daripada pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadan 1138 M/533 H, menurut satu riwayat, beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang doktor yang bernama Abu al-‘Ala Ibnu Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmunya. Beliau dimakamkan di samping makam Ibnu ‘Arabi di Fez.

Ibnu Bajjah banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Karya asal Ibn Bajjah ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Manuskrip asal dan terjemahannya tersimpan di perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan Perpustakaan Escurial (Sepanyol).

Antara karyanya yang terpenting ialah Risalah al-Wida’ yang menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam dan huraian mengenai bidang perubatan. Buku tersebut dipercayai masih tersimpan di perpustakaan Bodlein.

Risalah Tadbir al-Mutawahhid pula mengandungi pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibnu Bajjah.

Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.

Kitab an-Nafs menerangkan persoalan yang berkait tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi daripada kewujudan manusia iaitu kebahagiaan. Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani dan Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi dan al-Razi.

Menurut Carra dew Vaux, perpustakaan Berlin menyimpan 24 risalah manuskrip karangan Ibnu Bajjah. Antaranya ialah Tardiyyah (syair-syair) Risalah al-Akhlaq, Kitab al-Nabat dan Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah.

Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Contohnya, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep madani yang telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung .

Biarpun umur Ibnu Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

Sesungguhnya Ibnu Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat sesuai dengan kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannya sebagai tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia. Menurut Ibnu Khaldun, kedudukan Ibnu Bajjah setaraf dengan Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan al-Farabi.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:20 AM   0 comments
Personaliti: Berdakwah seperti burung kakak tua tak lagi sesuai
Thursday, March 30, 2006

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Agama/20060329221936/Article/


ORANGNYA bertubuh kecil, tetapi bercita-cita besar. Berbekalkan semangat tidak mudah berputus asa, beliau ingin melihat agama bukan sekadar amalan rukun atau duduk atas sejadah saja, malah menjadi perkara praktikal sepanjang zaman.


Beliau ingin melihat agama diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Hatta, ahli astronomi yang berjaya menakluk angkasa dan usahawan yang menguasai ekonomi juga dapat memasukkan unsur agama dalam kerjaya mereka.

Itulah harapan Ketua Penolong Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, untuk mempromosikan agama Islam supaya dapat diterima sepanjang masa walaupun dalam perubahan dunia yang begitu ketara.

“Ilmu dunia terlalu cepat berubah, tetapi tidak ilmu bersifat agama. Memang fakta agama tidak berubah, tetapi pendekatan mengajar ilmu itu mesti berubah bagi memenuhi tuntutan masyarakat hari ini.

“Masyarakat kita ramai yang cerdik pandai. Mereka kian berminat dalam bidang agama. Cabaran kita ialah bagaimana menyampaikan ilmu dengan mudah dan memastikan ia diterima golongan ini,” katanya.

Dr Juanda berkata, jika dulu tok guru mengajar dan anak murid menerima saja ajaran guru mungkin perkara biasa. Tetapi, masyarakat Islam hari ini tidak suka kepada sistem seperti mengajar burung kakak tua.

Orang Islam kini semakin kritikal dalam berfikir dan bersedia bertanyakan pelbagai soalan bagi mendapatkan ilmu yang bukan saja tepat, malah mudah difahami dan dapat diterjemahkan dalam kehidupan harian mereka.

Umpamanya, golongan yang biasa hidup dengan peraturan akan meminta hujah atau bukti sebelum sesuatu perkara dapat diterima. Untuk itu pendakwah perlu bersedia dengan fakta untuk menguatkan pandangan mereka.

Dr Juanda berkata, ahli agama atau pendakwah tidak boleh berkata adakah pihak yang bertanya tidak percayakan mereka atau menidakkan suruhan Allah, tetapi hendaklah bersedia memberikan hujah dan fakta yang boleh meyakinkan mereka.

Katanya, masyarakat hari bukan saja ingin diberitahu bahawa solat itu wajib, tetapi mereka juga mahu dalil yang mengatakan kenapa ia wajib dan hukum lain berhubung sembahyang sebagai ibadat.

“Hari ini kita tidak boleh sekadar kata sembahyang itu wajib tetapi bagi dalil yang menunjukkan Allah yang katakan ia wajib. Terangkan wajib yang bagaimana dan dalam keadaan apa wajib itu gugur. Jika gugur, bagaimana hendak ganti balik.

“Kemudian kita beritahu sejarah di sebalik semua hukum itu. Bagaimana Nabi Muhammad SAW lakukan dan sahabat pula buat bagaimana. Yang bertanya itu mungkin bukan mereka yang arif, tetapi jawapan kita perlu meyakinkan mereka.

“Seperti orang hendak beli mesin basuh, mereka bukan tahu pasal mesin basuh. Tetapi, peniaga akan bagi semua hujah dan fakta bagi meyakinkan pembeli kenapa mereka perlu memilih mesin basuh itu,” katanya.

Dr Juanda berkata, jika soalan yang dikemukakan tidak boleh dijawab oleh ahli agama atau pendakwah, itu yang menjadikan Islam seolah-olah tidak praktikal dan tidak mampu memenuhi keperluan semasa yang sentiasa berubah.

Lulusan bidang perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar Mesir itu berkata, pengalaman tujuh tahun menganggotai pertubuhan dakwah Harakah Islamiah (Hikmah) banyak mendedahkan beliau kelemahan yang ada dalam pendekatan dakwah.

Disebabkan itu juga, katanya, beliau memilih pengkhususan pengurusan organisasi ketika melanjutkan pengajian doktor falsafah selepas memperoleh ijazah sarjana dalam bidang undang-undang keluarga Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Juanda berkata, membesar dalam gerakan dakwah membolehkan beliau melihat dilema pengurusan yang berterusan hingga hari ini. Antaranya kegiatan dakwah yang tidak tersusun, tiada perancangan, sasaran kerja dan pemantauan.

Beliau tidak terkejut jika organisasi dakwah sekarang ini tidak mempunyai modul khusus untuk generasi muda, golongan dewasa, pertengahan, warga emas dan saudara baru yang memeluk Islam.

Selain tanggungjawab menjawab soalan sama ada melalui telefon dan surat, memberi nasihat kepada mahkamah syariah serta pandangan berkaitan isu agama oleh jabatan agama, orang kedua selepas mufti itu turut dihambat tanggungjawab luar.

Beliau turut terbabit membuat ulasan bahan bercetak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, sebagai pakar rujuk istilah buku pendidikan agama Dewan Bahasa dan Pustaka serta memenuhi jemputan berceramah atau menjadi ahli panel seminar.

Menghabiskan setiap hujung minggu di Semenanjung bagi memenuhi undangan memang sudah menjadi rutin bapa kepada lima cahaya mata ini.

“Semua yang saya lakukan ini lebih kepada tanggungjawab kepada agama untuk mengubah cara pemikiran masyarakat terhadap agama. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami tugas pendakwah seperti saya,” katanya.

Tergolong dalam kumpulan generasi agama yang baru, Dr Juanda mengakui perlu banyak bersabar serta bijak mempersembahkan ajaran agama. Ia supaya dapat diseimbangkan di antara pandangan lama dengan moden secara cukup baik dan beradab.

Sebagai penerus kepada perjuangan, mereka juga hendaklah menghormati profesionalisme bidang agama atau dakwah yang diceburi dengan menguasai ilmu dalam bidang itu.

Memetik kata-kata hikmah seorang ulama di Universiti Al-Azhar, beliau berharap mereka yang terbabit secara langsung dengan usaha mengembangkan Islam dapat mengambil kebaikan daripadanya.

Kata ulama itu: “Saya pakar dalam ilmu hadis, tetapi jika bertanya kepada saya sesuatu berkaitan fikah atau tafsir, saya kata, “Minta maaf, saya hormat diri saya sendiri. Awak hendak bertanya bidang fikah, ada ulama fikah dan bertanya bidang tafsir, ada ulama tafsir. Saya perlu hormat profesionalisme saya.”

Dr Juanda berkata, masalah sekarang ialah apabila sebut saja ‘ustaz’ dalam bidang agama, ibarat semua ilmu mereka tahu sehinggakan walaupun tidak pakar bidang tertentu, masih ingin bercakap juga.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:55 AM   0 comments
Peter Sanders berdakwah menerusi lensa kamera
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


Peter Sanders berdakwah menerusi lensa kamera


PETER SANDERS.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

TIDAK ada muka artis ternama pada era 1970-an yang tidak terlepas daripada rakaman lensa kameranya. Artis-artis terkemuka ketika itu seperti Bob Dylan, Jimi Hendrix, The Doors, The Who dan kumpulan Rolling Stones puas menjadi subjek rakamannya.

Setelah puas bergelumang dengan dunia hiburan yang dianggap begitu indah berkerdipan, jurugambar terkenal Peter Sanders, 50, mula dihujani kebosanan.

Bukan bosan dek kerenah artis-artis tersebut tetapi Peter hanya mahu beralih pada subjek yang lebih memberikan ketenangan pada jiwa. Baginya hati yang terhibur dan ketenangan jiwa adalah dua perkara yang berbeza!

Lantaran itu, Peter menghalakan lensa kameranya ke arah negara India. Benua itu menjanjikan seribu satu misteri beragama, budaya dan perjalanan rohani bagi kebanyakan jiwa yang kosong seperti Peter.

Bagi Peter, soal kepercayaan terhadap agama dan dunia fotografi merupakan dua perkara penting yang dapat melengkapkan pencarian rohani dalam dirinya. Peter tidak sekadar mahu menukarkan fokus pada lensa kameranya tetapi rakaman-rakaman daripada pelbagai sudut itu mampu memberikannya cerita yang paling terkesan pada jiwanya.

“Tempoh enam bulan sahaja di India sudah cukup memberikan saya satu pengertian baru dan menjumpai apa yang dicari selama ini. Saya pulang semula ke England dan ditakdirkan ramai rakan-rakan saya juga telah memeluk Islam. Tetapi tidak kurang juga ramai yang menjadikan dadah dan alkohol sebagai pemberi ‘ketenangan’.

“Tidak dinafikan gejala itu cukup memberikan saya satu perasaan dilema, arah mana yang harus menjadi pilihan?” ujarnya.

Peter kemudian tidak lagi teragak-agak malah meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya sumber untuk memberikan ketenangan buat dirinya walaupun dia mengakui mempunyai pengetahuan yang masih dangkal tentang Islam. Pada 1971, pada usia 24 tahun beliau secara rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dan mahu dikenali dengan nama barunya Abdul Adheem.

Walaupun mempunyai pengetahuan cetek mengenai Islam, namun Peter turut mendakwa memperoleh hidayah dan alamat atau petanda menerusi mimpi-mimpi. Semua ini sedikit sebanyak menjadikan hatinya disinari cahaya Ilahi.

Keinginan

“Dalam tempoh tiga bulan selepas memeluk Islam, hati saya membuak-buak untuk mengerjakan haji di Mekah. Saya tidak mempunyai wang pada masa itu tetapi keinginan saya begitu mendesak untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

“Malah saya ingin sekali merakamkan suasana di sana terutamanya Rumah Allah, Kaabah, bagi memberikan lagi kepuasan pada jiwa yang selama ini begitu kosong,” katanya.

Niat beliau itu telah mendapat perhatian seorang hamba Allah yang hanya mampu menanggung pemergian Peter ke sana. Kehidupan seterusnya di sana perlu diusahakannya sendiri.

“Alhamdulillah, saya dapat menjejakkan kaki di Mekah dan inilah peluang untuk mengenali Islam menerusi lensa kamera saya.

“Saya tidak bermaksud hendak menjadi orang pertama berjaya merakam gambar Rumah Allah itu demi nama dan kerjaya dalam bidang fotografi. Ini semua tidak akan kesampaian jika tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi,” katanya.

Pada masa itu mengambil gambar di sekitar Mekah terutama Kaabah jarang dilakukan apatah lagi oleh kalangan orang Barat. Akhirnya Peter mendapat kebenaran untuk merakamkan gambar kota suci itu. Ia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

“Saya tahu ia bukan sekadar untuk mengambil gambar tetapi ia penuh dengan tanggungjawab untuk memelihara kesucian Islam itu sendiri,” katanya yang mempunyai koleksi-koleksi rakaman gambar yang begitu prolifik dan bermutu tinggi iaitu hampir 210,000 keping dalam bentuk slaid filem.

Acapkali mengambil gambar-gambar di situ, Peter teringatkan satu kata-kata hikmah yang diterjemah daripada bahasa Urdu: “Bagi menyaksikan realiti mengenai kota suci Mekah dan Madinah itu, anda perlukan lebih daripada pandangan mata.”

Setelah beroleh sudut, Peter merakamkannya dan hasilnya bukan sahaja indah tetapi ia sarat dengan pelbagai pengajaran. “Tidak sekadar cantik tetapi ia memberikan kepuasan untuk orang lain berkongsi sama” katanya.

Begitulah yang dilakukan dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini – merakam imej Islam pada lensa kamera untuk tatapan dan santapan jiwa seluruh umat manusia.

Pada tahun 2003, misalnya, 12 gambar-gambarnya yang terbaik menghiasi kalendar 2003 yang diterbitkan di London. Ia begitu memukau seluruh umat manusia. Tidak sahaja Peter bermain dengan kepelbagaian sudut, mainan warna dan cahaya tetapi kesemuanya penuh dengan mesej-mesej yang tidak terluah. Pelbagai mesej boleh tersirat di sebalik yang tersurat.

Menara dan kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, misalnya, memaparkan paduan warna biru dan putih yang dirakam dengan penuh seni. Betapa ia melambangkan ketenangan dan kesucian yang bersatu untuk melahirkan jiwa yang sangat harmoni.

Walaupun Taj Mahal sering dirakamkan dengan penuh seni oleh kebanyakan jurugambar namun Peter mampu melahirkan kesayuan apabila detik-detik keemasan warna lembayung senja yang menyelubungi Taj Mahal itu menyuntikkan kembali kegemilangan tamadun Islam dalam seni bina sehingga mampu diiktiraf sebagai salah satu benda ajaib dunia.

“Semakin banyak realiti yang dapat dirakam, betapa saya saksikan Allah dan segala kekuasaan-Nya itu ada di mana sahaja.

“Islam benar-benar merentasi semua sempadan waktu dan budaya. Merakam dan menyebarkannya dalam bentuk kepingan gambar ini satu medium dakwah dan ia memberikan lebih daripada kepuasan jiwa,” katanya.

Namun sesetengah daripada kita mungkin sudah mengenali Peter. Beliau pernah mengadakan pameran solonya di ibu kota Kuala Lumpur hasil jemputan Islamic Outreach-ABIM pada Oktober 2003.

“Kadangkala kita tidak perlukan fakta untuk berubah tetapi cukuplah dengan sekeping gambar yang memainkan peranan unik serta tersendiri bagi membolehkan kita akhirnya mampu melihat kebenaran.” katanya.

In The Shade of the Tree adalah bukunya yang terlaris dan begitu juga buku-buku yang dalam proses penerbitan seperti Seek Knowledge Even in China, A Visit to A Prophet dan Meetings with Mountains yang menceritakan seribu satu lagi sudut dan wajah-wajah Islam dari segenap pelosok dunia tanpa ada satu pun yang terlepas daripada rakaman dan pancaran lensa kamera Peter.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:47 AM   0 comments
Karya Agung Melayu: Perjuangan fisabilillah Raja Haji dalam Tuhfat al-Nafis
Tuesday, March 28, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Sastera/20060321071644/Article/

Tuhfat al-Nafis - Bahagian 6


RAJA Ali Haji melalui Tuhfat al-Nafis merakam kisah perjuangan fi sabilillah Raja Haji, pahlawan terbilang Bugis, anak Opu Daeng Celak yang diangkat menjadi Yang Dipertuan Muda Riau, menentang Belanda.

Diceritakan Raja Haji membuat perjanjian dengan Belanda di Melaka tetapi Belanda memungkiri janji hingga timbul perselisihan dan Raja Haji memulangkan surat perjanjian kepada gabenor Melaka.

Belanda marah dengan tindakan Raja Haji dan keadaan dihuruharakan lagi dengan fitnah orang yang mengatakan Raja Haji sudah mempersiapkan kelengkapan untuk menyerang Melaka.

Oleh sebab itu, gabenor memberi perintah kepada Piter Jacob Pemberam untuk menyerang Riau lebih dahulu dan terjadi pertempuran yang mengakibaktan Belanda kalah apabila kapalnya terbakar.

Sementara itu, Yang Dipertuan Selangor, putera Raja Haji yang mendengar Belanda menyerang Riau, datang hendak menyerang Melaka tetapi ketika tiba di Batang Tiga, Belanda menyerang angkatannya.

Bagaimanapun angkatan Selangor berjaya menumpaskan serangan itu dan memaksa angkatan Belanda berundur semula ke Melaka manakala Raja Selangor yang tiba di Riau, mengajak Raja Haji ke Melaka.

Bagaimanapun raja-raja Melayu berselisih sama ada membenarkan atau tidak Raja Haji pergi ke Melaka untuk berperang tetapi dengan hasrat untuk berjuang fi sabilillah, Raja Haji kemudiannya bersetuju belayar ke Melaka.

Beliau berkubu di Teluk Ketapang untuk mengatur serangan ke atas Semabuk dan sesudah pertempuran sengit, Semabuk dapat diambil oleh Raja Haji selain beliau turut bermesyuarat dengan raja Selangor untuk mengatur serangan dari darat.

Setelah beberapa lama bertempur, Raja Haji dapat mengambil beberapa daerah di sekeliling Melaka tetapi kotanya masih dikuasai Belanda manakala gabenor Melaka berada dalam kesusahan kerana bantuan dari Betawi belum sampai.

Gabenor Melaka kemudian mengirim surat kepada raja-raja Melayu agar membantunya dan memberi jaminan kompeni akan memberi pertolongan kepada mereka, lalu Raja Siak, Muhammmad Ali serta sepupunya, Sayid Ali, pergi ke Melaka membantu Belanda.

Tidak lama selepas itu, bantuan dari Betawi dengan 30 kapal perang dan beberapa ribu askar orang putih serta hitam tiba untuk membantu Melaka hingga membolehkan Belanda menyerang Teluk Ketapang.

Diceritakan, apabila Belanda semakin hampir, Raja Haji menghunus badiknya sambil berwirid Dala'il al-Khayrat tetapi terkena peluru, lalu rebah, syahid fi sabilillah dan apabila Belanda melihat Raja Haji mangkat, bedilan dihentikan.

Kemudian seluruh keluarganya diarahkan keluar dari kubu tanpa ditangkap dan Kapitan Melayu serta orang tua-tua diminta menyempurnakan jenazah Raja Haji dengan adat istiadat.

Belanda berhasrat membawa mayat Raja Haji ke Betawi untuk dikebumikan tetapi pada malam sebelum bertolak, terjadi peristiwa api keluar memancar daripada peti jenazah lalu membakar kapal yang sedia hendak membawanya dan kapal itu meletup.

Maka terbatallah hasrat Belanda itu dan jenazah Raja Haji kemudian dikebumikan di belakang kebun kompeni, sebelum diambil oleh anak-anaknya dan disemadikan di bukit Pulau Penyengat, Riau.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:57 AM   0 comments
Kamus Marbawi rujukan pelajar bahasa Arab
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20060327223641/Article/

KHAZANAH dunia Melayu memang kaya dengan pelbagai disiplin ilmu. Pada kesempatan ini diperkenalkan pula sebuah kamus Arab-Melayu yang paling terkenal. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Judul sebenar dalam persuratan ialah Qamus Idris Al-Marbawi.

Bagi saya, kamus ini ada kenangan tersendiri. Kamus Marbawi adalah kitab pertama diperkenalkan oleh ayah kepada saya. Pada waktu itu berlaku peristiwa aneh di tempat kelahiran saya pada 1950 iaitu 49 ekor ikan besar terdampar di pantai.

Sebab kamus Marbawi diperkenalkan oleh ayah kerana membanding rupa ikan yang terdampar dengan gambar dalam kamus itu, sekali gus nama jenis ikan itu.

Kamus ini disusun oleh Syeikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi (gambar). Beliau adalah murid Tok Kenali. Tok Kenali pula adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani.

Selepas berpuluh-puluh tahun berlalu, baru saya faham hakikat kenapa kamus Marbawi yang pertama diperkenalkan ayah dan ibu kepada saya.

Kamus Marbawi bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Ada kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Bagaimanapun, ia mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.

Di antara keistimewaannya, kamus Marbawi adalah kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan tulisan Melayu-Jawi dan yang pertama paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu.

Ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Makkah dan beberapa tempat lain.

Sebelum muncul kamus Arab-Melayu lain, kamus Marbawi digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.

Pada mukadimah, Syeikh Muhammad Idris 'Abdur Rauf al-Marbawi meluahkan yang terkandung dalam lubuk hatinya, demi kemajuan bangsa Melayu.

Katanya: "Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu dan saraf."

Kamus Marbawi mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama dimulakan daripada huruf Alif dan berakhir dengan huruf Zha.

Semua perkataan Arab ada 18,000 kosa kata yang diberi takrif atau ertinya ke dalam bahasa Melayu.

Selain yang kosa kata, ada 700 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

Juzuk kedua dimulakan daripada huruf 'Ain dan berakhir dengan huruf Ya', juga ada 18,000 kosa kata Arab yang diberi takrif atau ertinya dalam bahasa Melayu.

Dalam juzuk kedua, ada 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

Juzuk pertama, tebal 384 halaman. Juzuk kedua, tebal 401 halaman. Dicetak dijadikan satu jilid.

Dalam kamus Marbawi tidak ada tarikh selesai penulisan. Begitu pun, satu catatan penting tarikh kelahiran beliau sendiri ada dicatat pada kamus itu.

Pada jilid pertama halaman 292, katanya: "Al-Masfalah: nama kampung di dalam Makkah al-Mukarramah, tempat pengarang kitab ini zahir ke dunia, iaitu dalam bulan Zulhijah bagi tahun 1313 Hijriah."

Tarikh itu bererti bersamaan dengan April atau Mei 1896. Selain itu, dalam Kamus Marbawi disertakan gambar Syeikh Muhammad Idris bin 'Abdur Rauf al-Marbawi ketika masih muda.

Kemungkinan gambar itu diambil ketika beliau selesai menyusun kamus itu.

Daripada catatan itu, bertambah mudah menyusun riwayat hidup lengkap ulama besar keturunan ulama dari Kampung Merbau, Perak, penyusun kamus ini. Tarikh meninggal dunia juga telah banyak ditulis orang iaitu pada 10 Oktober 1989.

Seperti disebutkan bahawa dalam kamus Marbawi ada banyak gambar (juzuk 1 dan juzuk 2, semua 1,200 gambar). Kemungkinan supaya sebelum ada pihak lain memprotesnya, maka pada mukadimah Syeikh Idris al-Marbawi menulis beberapa hadis mengenai hukum gambar.

Sebelum mengemukakan hadis pada bahagian atas beliau menulis: “Hukum syarak pada menyatakan gambar cara gurisan. Dengan sebab kedua juzuk Qamus Idris Al-Marbawi mempunyai lebih 1,200 kalimah diterangkan dengan gambar, padahalnya gambar itu haram.

“Maka munasabahlah kami dulukan menyebut hukumnya di bawah ini ..."

Selepas menulis hadis dalam bahasa Arab tanpa terjemahan, beliau tutup dengan kalimat: "Bandinglah rupa, kelakuan binatang dengan satunya, bertambah pengetahuan. Lihatlah binatang, banyak dalam kamus, terhimpun di sini."

Di antara cetakan awal kamus Marbawi yang diketahui ialah oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Ramadan 1350/Januari 1932 dan masih dicetak hingga sekarang.

Sungguhpun pelbagai kamus Arab-Melayu dihasilkan sama ada yang ditulis dengan tulisan Melayu-Jawi atau Rumi-Latin, banyak yang lebih lengkap, kamus Marbawi masih ramai peminatnya.

Daripada daftar yang beliau sebut ‘huruf potong’ dapat kita ketahui kitab rujukan Syeikh Muhammad Idris bin 'Abdur Rauf al-Marbawi ketika menyusun kitab itu ialah kitab Asas al-Balaghah oleh Zamakhsyari, kitab al-Bujairimi Syarh Fath al-Wahhab dan kitab Taj al-'Arus Syarh al-Qamus.

Qamus al-Munjid, kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra, kitab Daidah Ma'arif al-Qarn al-'Isyrin, kitab Fath al-Wahhab dan kitab al-Qamus al-'Ashri.

Kitab al-Qamus al-Muhith, kitab Mukhtar ash-Shihah, kitab al-Mishbah al-Munir dan kitab Manhaj ath-Thullab.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:47 AM   1 comments
Ilmuwan Islam: Ibn Zahr pelopori kaedah bedah organ pernafasan
Monday, March 27, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060326215558/Article/

ABDUL Malik Abu al-'Ala' bin Zahr Muhammad bin Marwan bin Zahr al-Ayyadi dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hampir semuanya terbabit dalam bidang perubatan.

Pembabitan keluarga ini dalam kerjaya perubatan diwarisi selama enam generasi sehingga disanjung oleh seluruh masyarakat. Nama mereka tersenarai di kalangan ilmuwan yang menyumbang kepada pembangunan tamadun Islam.

Kerjaya Ibnu Zahr sebagai doktor, umpamanya, turut diwarisi anak dan cucu perempuan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menyembuhkan pelbagai penyakit wanita serta ilmu perbidanan.

Kemasyhuran Ibnu Zahr membolehkan beliau dilantik sebagai doktor peribadi kepada Raja Abu Muhammad Abdul Mu'min bin Ali (al-Mu'min) yang berasal dari kerajaan al-Mulaththamin yang berjaya membentuk kerajaan al-Muwahhidun.

Antara sumbangan terbesar kerajaan al-Muwahhidun ialah berjaya menyatukan Maghribi dan seorang daripada pemimpin terkenal kerajaan al-Muwahhidun ialah Yusuf Tasyfin.

Sebagai doktor, Ibn Zahr banyak mengubati pesakit. Antara pengalaman beliau ketika merawat al-Mu'min dengan menggunakan cara perubatan tersendiri dan kebijaksanaannya, lebih-lebih lagi apabila baginda enggan memakan ubat.

Caranya, Ibn Zahr menanam anggur dan menyiram pokok itu dengan air yang dicampur dengan ubat-ubatan. Kemudian beliau memetik buah anggur lalu memberikannya kepada al-Mu'min.

Ibn Zahr sentiasa menegaskan bahawa kaedah menyembuhkan demam adalah merendamkan tubuh dalam air dingin atau menyiramkan air dingin pada anggota tubuh yang panas.

Natijahnya adalah sama dengan fungsi ubat-ubatan iaitu berupaya menurunkan suhu badan dan menyembuhkan demam.

Ibn Zahr adalah doktor generasi ketiga daripada keluarga Bani Zahr yang memberi perhatian kepada kerjaya yang jarang dilakukan oleh mana-mana individu pada zaman itu.

Antara kepakaran beliau ialah berjaya merawat penyakit bengkak pada bahagian luar jantung, anak telinga, kerongkong berlendir dan mengeluarkan batu karang dari ginjal.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbang kepada ilmu pembedahan sebagai orang pertama yang menemui kaedah pembedahan organ pernafasan.

Beliau turut memberikan penjelasan serta pandangan berguna dalam pembedahan tulang yang retak atau menghidap penyakit patah.

Hingga kini, karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Latin dan Ibrani.

Ketelitian dalam merawat turut ditekankan oleh Ibn Zahr terutama dengan menumpukan kepada kesan ubat kepada pesakit khususnya pada hari pertama, kedua dan ketiga.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:02 AM   0 comments
Syeikh Abdul Wahhab Siantan mufti dan guru kerajaan Riau-Lingga
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah


APABILA kita menoleh kebelakang dalam membicarakan ulama-ulama abad ke-18, kebanyakannya berdasarkan tarikh kelahiran ataupun hasil penulisan beberapa orang ulama dunia Melayu yang hidup pada zaman yang sama. Antara yang dapat dikesan tarikh lahir dan wafat ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, lahir pada 15 Safar 1122 H/9 Mac 1710 M, wafat 6 Syawal 1227 H/13 Oktober 1812 M.

Ini bererti ulama yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan tersebut lebih muda sekitar setahun lebih sedikit jika dibandingkan dengan Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan yang lahir pada tahun 1120 H/1708 M.

Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Ibnu Syeikh Abdul Mu’thi Ibnu Syeikh Muhammad Shalih, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dan Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Maduri dapat dihubungkan dengan tahun-tahun kehidupan Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan.

Pelbagai sumber riwayat juga dapat dibandingkan dengan tahun kemunculan penulisan yang terdapat pada kitab-kitab yang mereka hasilkan.

Nampaknya yang termuda antara mereka ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Sewaktu Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan meninggal dunia pada tahun 1239 H/1824 M, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani telah muncul sebagai seorang ulama besar yang terkenal dan sebelum tahun tersebut ulama yang berasal dari Patani itu telah menghasilkan beberapa karangan.

Walau bagaimanapun, memperhatikan tahun kelahiran Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan pada tahun yang tersebut diperkirakan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seangkatan atau sebaya dengan Syeikh Abdullah Siantan, iaitu salah seorang anak Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan. Syeikh Abdullah bin Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan juga adalah seorang ulama besar yang menghasilkan penulisan.

Pada masa yang sama Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan dan Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Maduri memainkan peranan yang sangat penting dalam istana kerajaan Riau-Lingga. Ada riwayat yang pasti bahawa Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Maduri pernah membai’ah Thariqat Khalwatiyah-Sammaniyah kepada Raja Ali bin Daeng Kemboja, Yang Dipertuan Muda Riau ke-V dan tokoh-tokoh Riau-Lingga lainnya. Thariqat Khalwatiyah-Sammaniyah pula adalah thariqat yang diamalkan oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan juga Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan.

Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan, ulama yang berasal dari Kepulauan Siantan yang terletak di Laut China Selatan yang diriwayatkan ini lahir pada tahun 1120 H/1708 M, dan wafat tahun 1239 H/1824 M pada usia 119 tahun, menurut hitungan tahun Hijrah atau 116 tahun menurut hitungan tahun Masihi.

Hampir semua ulama yang tersebut di atas dirahmati oleh Allah dengan berumur panjang, melewati 100 tahun. Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari wafat dalam usia lebih kurang 105 tahun, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang dipercayai hilang dalam Perang Kedah dan Patani melawan Siam pada tahun 1244 H/1828 M juga melebihi usia 100 tahun.

Dari satu segi ada sedikit persamaan riwayat antara ulama yang berasal dari Banjar dan Siantan itu setelah kedua-dua pulang ke tanah air. Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilantik sebagai Mufti Kerajaan Banjar dan Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan dilantik menjadi Mufti Kerajaan Riau-Lingga pada masa pemerintahan Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga ke-6 (1805-1831 M).

Pada masa pemerintahan Yang Dipertuan Muda Raja Ja’far, Mufti Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan membina sebuah Masjid Jami’ Penyengat Inderasakti yang diperbuat daripada putih telur yang sangat terkenal itu. Dengan terbinanya masjid tersebut bererti dakwah dan pendidikan Islam di kerajaan Riau-Lingga tambah lebih menyerlah dan pada masa yang sama para ulama ramai yang datang.

Maklumat terawal tentang Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan adalah berdasarkan beberapa catatan dan surat Raja Ali Haji yang berbunyi: “... iaitu namanya Tuan Haji Abdul Wahhab, satu ulama yang besar lagi Mufti di dalam Riau-Lingga, umurnya seratus enam belas tahun. Ada kuburnya di Pulau Penyengat, di atas bukit bersama-sama dengan kubur Habib Syaikh, kubur Marhum Teluk Ketapang....”

Murid-murid

Raja Ali Haji, pujangga Melayu yang sangat terkenal, pernah mengirim surat kepada pembesar Belanda bernama Von de Wall mengatakan bahawa Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan, Mufti Riau-Lingga, adalah guru kepada Yang Dipertuan Muda Raja Ja’far dan guru pula kepada orang tuanya Engku Haji Tua, iaitu Raja Haji Ahmad bin Raja Haji. Sekitar empat tahun setelah Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan meninggal dunia, tepatnya pada tahun 1243 H/1827 M, Raja Haji Ahmad bin Raja Haji termasuk putera beliau Raja Ali Haji pergi ke Mekah menunaikan ibadah haji.

Sewaktu berada di Mekah, kedua-dua Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji sempat belajar dalam waktu yang pendek dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Jika kita telusuri maklumat ini secara teliti dapat disimpulkan bahawa memang telah ada hubungan antara Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Penulisan

Penulisan yang diselenggarakan oleh Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan pada pandangan saya telah mendahului semua penulisan yang berasal dari Riau-Lingga, kerana dipercayai ketika Raja Haji Ahmad bin Raja Haji masih belajar dengan beliau, ulama Siantan itu telah menghasilkan karangan.

Raja Haji Ahmad bin Raja Haji telah mendahului penulisan yang dilakukan oleh anak beliau, Raja Ali Haji, yang terkenal itu. Oleh hal yang demikian pengaruh keilmuan Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan terutama dalam bidang karang-mengarang adalah sangat besar terhadap tokoh-tokoh yang berasal dari Riau-Lingga.

Surat Raja Ali Haji kepada Von de Wall memberi gambaran bahawa ulama yang berasal dari Siantan itu telah menterjemahkan sebuah hikayat daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Raja Ali Haji menulis, “... Adalah asal hikayat bahasa Arab, diterjemahkan daripada bahasa Parsi. Yang membawanya Habib Syaikh bangsa Saqaf. Maka dimelayukan oleh guru ayah saya Engku Haji Tua, iaitu namanya Tuan Haji Abdul Wahhab....”

Selanjutnya karya yang tersebut mendapat perhatian Von de Wall. Raja Ali Haji sendiri telah menerima naskhah itu daripada pembesar Belanda itu. Raja Ali Haji menulis, “Syahdan adalah memaklumkan kepada tuan hal surat Golam yang tuan berikan kepada tangan saya hari itu, sudahlah saya periksa daripada awalnya hingga akhirnya.

“Maka saya dapat ralatnya ada kira-kira lima puluh dua tempat, ada yang tertinggal perkataan, ada yang salah perkataannya, ada yang diganti orang hurufnya dan bahasanya. Apa lagi yang tentang bahasa Arabnya, ada kira-kira saya yang tertinggal tukang atur kalimah itu, atau tukang membacanya, atau naskhahnya memang sudah dirosakkan orang atau diubah orang, wallahualam, tiadalah saya tahu. Akan tetapi jika dibetulkan kira-kira sepuluh hari boleh betul....”

Terjadi banyak kesalahan cetak dalam sesuatu karangan seperti yang disebut oleh Raja Ali Haji di atas sebenarnya bukan sahaja berlaku pada Hikayat Golam karya Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan tetapi juga pernah berlaku pada karya-karya lainnya. Pengalaman Raja Ali Haji dalam bidang tersebut juga pernah dinyatakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar. Dalam kitab itu beliau nyatakan tentang melaksanakan pentashhihan kitab Hidayah as-Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.

Raja Ali Haji ialah seorang tokoh yang sangat mengasihi pernaskhahan karya ulama Melayu, apatah lagi ulama yang dikasihinya seperti Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan. Oleh itu beliau nyatakan, “Syahdan yang saya terlalu dukacita melihatnya, sebab kerana hikayat itu keluarnya dari Riau Pulau Penyengat ini, dari dalam kota tempat kediaman saya serta ayah saya....”

Kata Raja Ali Haji seterusnya, “Maka sekarang ini hendak kita betulkan semuanya terlalu susah, sudah tercetak beberapa banyak, melainkan fikiran saya satu saja, yang betul tinggal kepada tuan, yang sahnya boleh taruh pada akhirnya.

“Inilah Hikayat Golam yang karangan Mufti Haji Abdul Wahhab guru Yang Dipertuan Muda Raja Ja'far serta segala saudaranya di dalam Riau Pulau Penyengat.

“Boleh kita cari naskhah asalnya dan tahun masa dia mengarang itu.

“Kemudian apabila sudah betul baharu kita suruh baca kepada satu orang, kita mendengarnya sama-sama kira-kira satu hari di dalam dua jam. Kira-kira empat lima hari habis hikayat itu. Demikianlah fikiran saya, jika tidak begitu, tentulah rosak memanjang karangan orang tua itu....”

Pandangan Raja Ali Haji di atas dapat kita fahami bahawa walaupun ketika itu adalah pada zaman pemerintahan Belanda, namun untuk menyelamatkan sesuatu naskhah karya kewarisan adalah sangat penting campur tangan pihak pemerintah. Sekarang kita telah merdeka, oleh itu pandangan Raja Ali Haji demi menyelamatkan karya Melayu, sebagai khazanah penting kewarisan bangsa Melayu, secara keseluruhannya perlu diperkukuh dan diperhebatkan.

Pentashhihan

Surat Raja Ali Haji kepada Von de Wall, tarikh 29 Rejab 1283 H, pula dinyatakan, “... Istimewa pula yang saya senantiasa ketika harap juga akan pertolongan tuan atas saya, perkara pertama, menutup kemaluan (maksudnya: perasaan malu, pen:) saya daripada segala kitab-kitab karangan saya atau karangan ulama saya Haji Abdul Wahhab, yang sudah rosak perkataannya yang dicetak-cetak orang di dalam Betawi pada beberapa tempat. Jikalau tiada dibetulkan jadilah berpanjangan aib saya dan aib ulama saya itu.”

Kalimat Raja Ali Haji yang mengambil perhatian terhadap karya Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan di atas (surat tahun 1281 H dan 1283 H) dapat kita bandingkan dengan kenyataan Syeikh Ahmad al-Fathani ketika mentashhih Hidayatus Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani (tahun tashhih 1298 H).

Nampaknya Raja Ali Haji mengalami kegagalan memperkenal, menerbit dan menyebarluaskan karya Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan itu, tetapi Syeikh Ahmad al-Fathani ternyata mencapai keberhasilan yang besar kerana karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang pernah ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani itu masih tetap tersebar tiada henti-hentinya diterbitkan orang hingga sekarang ini.

Bahkan hampir semua kitab ulama yang seangkatan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang pernah ditashhih dan diterbitkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani demikian juga masih berada di pasaran dan diajarkan orang. Sekiranya karya Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan yang disebut oleh Raja Ali Haji itu pernah ditangani oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dan diterbitkan di Asia Barat seperti kitab-kitab lainnya tentu saja akan masih kekal ia di pasaran kitab sebagaimana kitab-kitab lainnya. Dipercayai karangan Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan itu tiada pernah sampai ke tangan Syeikh Ahmad al-Fathani.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:50 AM   0 comments
Boleh rujuk mazhab lain jika timbul kemaslahatan umum
Saturday, March 25, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20060324230840/Article/


PENGAMALAN mazhab Imam Al-Syafie dalam hukum Islam di gugusan kepulauan Melayu termasuk Malaysia adalah warisan tradisi yang masih berterusan hingga hari ini sebagai sandaran kepada persoalan hukum.


Pihak berkuasa negeri di Malaysia menjadikan mazhab Al-Syafie sebagai asas perundangan Islam negeri masing-masing.

Contohnya, Seksyen 39 Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan menyebut, ketika mengeluarkan fatwa atau mengendalikan sebarang pendapat, mufti hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad mazhab Al-Syafie.

Bagaimanapun, menurut pensyarah Jabatan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zulkifly Muda, pihak berkuasa negeri boleh mengeluarkan fatwa atau membuat penafsiran hukum merujuk kepada mazhab lain.

Katanya, perkara itu dibenarkan jika pandangan mazhab Al-Syafie dalam masalah tertentu mengganggu atau berlawanan dengan kemaslahatan umum.

Katanya, walaupun pihak berkuasa agama negeri di Malaysia kecuali Perlis menjadikan mazhab Al-Syafie sebagai mazhab rasmi dalam perundangan Islam, ada peruntukan membenarkan merujuk kepada mazhab lain.

“Tetapi ada perbezaan mengenai mazhab perlu dirujuk kerana ada negeri mengehadkan tiga mazhab saja dan ada yang membenarkan mufti memilih mazhab yang sesuai bukan dari kalangan mazhab yang empat,” katanya.

Beliau berkata, seperti Terengganu, selain mazhab Al-Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki, pengeluaran fatwa atau kaedah pengertian boleh berpandukan mazhab lain yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa fatwa.

Perkara itu dijelaskan dalam kertas kerja Al-Imam Al-Al-Syafie: Perkembangan Mazhab di Dunia Melayu pada Seminar Kegemilangan Ilmu dan Pemikiran Al-Imam Al-Syafie anjuran Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dr Zulkifly berkata, asas Mazhab Imam Al-Syafie lahir daripada pengalaman dua aliran fikah Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki yang dipelajari Imam Al-Syafie sehinggakan Mazhab Al-Syafie dianggap sebagai penggabungan dua mazhab.

Bagaimanapun katanya, aliran pemikiran ini lebih kepada aliran ahli hadis dan dalam mengeluarkan hukum fikah, Imam Al-Syafie melebihi apa yang berlaku dalam Mazhab Maliki sendiri.

Mazhab Al-Syafie menggunakan enam sumber iaitu al-Quran, hadis, ijmak, qaul al sahab (pandangan sahabat), qiyas dan istishab dalam proses mengeluarkan hukum.

“Dalam penerimaan hadis Rasulullah SAW, mazhab Al-Syafie menjadikan hadis sahih, mutawatir atau masyhur sebagai rujukan. Ada dua aliran fatwa dikeluarkan Imam Al-Syafie iaitu qaul al-jadid di Mesir dan qaul al-Qadim di Iraq.

“Perubahan fatwa ini dikatakan berpunca daripada pengetahuan ilmu hadisnya yang tinggi di Mesir,” katanya.

Dr Zuklifly berkata, sejak awal kedatangan Islam, undang-undang Islam yang diamalkan di Malaysia terpengaruh dengan mazhab Al-Syafie dalam hukum hakam perkahwinan dan perceraian mengikut Hukum Kanun Melaka.

Katanya, hukum berkenaan diambil daripada kitab al-Taqrib iaitu kitab mazhab Syafie yang terkenal.

Selain itu, hukum perniagaan seperti syarat amanah dan tanggungjawab orang yang memegang amanah, undang-undang jenayah dan masalah perkahwinan kebanyakannya berasal dari kitab hasil karya ulama mazhab Al-Syafie.

“Memandangkan pengambilan hukum dari mazhab Al-Syafie mengambil masa begitu lama dalam pendidikan dan perundangan, maka pengiktirafan kepada Imam Al-Syafie sebagai asas mentafsir hukum, mengeluarkan fatwa adalah realiti yang mesti diterima,” katanya.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:21 AM   0 comments
Imam Al-Syafie tak pilih fahaman guru untuk tuntut ilmu
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20060324230905/Article/

MAZHAB Imam Al-Syafie menjadi amalan dan ikutan berjuta-juta umat Islam di rantau ini tetapi mungkin ada di antaranya masih tidak mengenali siapa sebenarnya imam terkenal itu serta corak pemikirannya.


Tanpa kita sedari selain menjadi pakar rujuk dalam mencari sesuatu hukum, Imam Al-Syafie berdepan dengan tanggapan serta dakwaan yang menimbulkan salah faham terhadap ketokohannya.

Seminar Kegemilangan Ilmu dan Pemikiran Al-Imam Al-Syafie membuka peluang untuk mendalami pemikiran serta pandangan pengasas imam mujtahid yang dihormati dan mengenal pasti ketepatan amalan mazhab Al-Syafie.

Seminar itu juga mendedahkan generasi hari ini kepada ilmu serta fakta mengenai kaedah bagaimana sesuatu hukum diputuskan.

Imam Syafie adalah seorang yang sangat dihormati oleh semua imam pada zamannya. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Baginda yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah, sebuah kampung di Palestin, pada Rejab 150 Hijrah atau 767 Masihi. Ayah dan ibu beliau berasal dari Makkah.

Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya ke daerah itu demi keperluan penting. Namun dalam perjalanan menuju Palestin, bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam kandungan ibunya.

Selepas berumur dua tahun, baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Makkah.

Ketika berumur sembilan tahun, beliau menghafal al-Quran 30 juzuk sebelum mengunjungi daerah Bani Huzail untuk mendalami bahasa dan sastera Arab.

Selepas lulus, beliau kembali ke Makkah pula untuk mendalami ilmu fikah, al-Quran dan hadis dengan bimbingan mufti di Makkah ketika itu, Imam Muslim Khalid az-Zaniy.

Berkat kerajinan dan ketekunannya itu, beliau mendapat gelaran ‘mufti’ atau guru besar di Makkah hanya ketika berusia 15 tahun dan kemudian, menjadi seorang daripada ulama empat mazhab.

Pada umur 19 tahun pula, beliau memahami isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ mengandungi hadis Rasulullah yang dihimpun oleh Imam Malik.

Ketika berusia 20 tahun beliau belajar ke tempat Imam Malik di Madinah. Selepas itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Pada usia 29 tahun beliau ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Imam Syafie menuntut ilmu dengan yakin tanpa menghiraukan aliran atau pegangan guru yang mengajarnya. Ilmu yang tinggi dalam bidang fikah sangat berguna dan menjadi rujukan umat Islam moden hingga sekarang.

Beliau meninggal dunia pada 820 Masihi ketika berusia 53 tahun.

Ketika hayatnya, beliau pernah berkata: “Tidak akan berhasil orang menuntut ilmu kecuali orang yang dalam kekurangan.”

Mengenai pengalaman hidupnya, beliau menempuh kehidupan yang sukar ketika pada zaman kanak-kanak dan mendapat pendidikan dalam asuhan ibunya yang hidup serba kemiskinan dan kekurangan.

Justeru, tidak hairan jika zaman kanak-kanak yang ditempuhi Imam Syafie amat menyedihkan. Namun, beliau tidak berasa malu apatah lagi berputus asa dengan keadaannya.

Ini menjadikan beliau semakin giat belajar hingga menjadikannya murid yang paling cerdas.

Imam Syafie mencintai Allah dengan sepenuh hatinya dan pernah berkata: “Bahawa orang yang mengaku sanggup mengumpulkan antara cinta dunia dengan cinta kepada Allah dalam hatinya adalah dusta belaka.”

Cara hidupnya penuh dengan kezuhudan, iaitu tidak tamak kepada keduniaan, seperti kemegahan, kekayaan dan harta. Beliau bersedia mencurahkan ilmunya kepada sesiapa saja yang memerlukannya tetapi tidak suka bermegah-megah.

Gerak dan diamnya, perkataannya, zikir dan fikirannya, semuanya untuk Allah. Berdirinya itu taat, tidurnya itu sedekah, zikirnya itu tasbih, diamnya dan ilmunya itu ubat bagi umat manusia.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:20 AM   27 comments
Al-Quran, sunnah jadi rujukan asas
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20060324230942/Article/

IMAM Al-Syafie seorang mujtahid (ulama yang layak berijtihad) terkenal kerana memiliki mazhab fikahnya sendiri yang banyak memberi sumbangan besar dalam perkembangan ilmu terutama dari aspek mentafsir hukum.


Walaupun beliau tidak menonjol dalam bidang akidah, Imam Al-Syafie mempunyai pandangan tersendiri berdasarkan ucapannya dalam beberapa kitab hasil tulisan ulama yang datang selepas beliau.

Antaranya Manakib al-Al-Syafie, al-Sunan al-Qubra, al-Asmak Wa- al-Sifat oleh al-Baihaki; Siyar A’lam al-Nubalak dan al-Ulu oleh Al-Zahabi; Ijtima’ Juyusyu al-Islamiyyah oleh Ibn al-Qayyim; Majmu’ al-Fatawa oleh Ibn Taimiyah dan Syarh Usul Iktiqad Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh al-Lali Ka’i.

Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Johari Mat, berkata ucapan Imam Al-Syafie itu membuktikan beliau turut mempunyai pandangan akidahnya tersendiri, selain mengulas isu yang muncul pada waktu itu .

Katanya, jika diteliti kata-kata dan ucapan Imam Al-Syafie mengenai akidah, boleh disimpulkan bahawa kaedah yang digunakan berasaskan kepada al-Quran, sunnah dan fahaman sahabat.

“Al-Quran dan sunnah adalah dua sumber utama dalam Islam dan semua ulama meletakkan kedua-duanya sebagai asas untuk semua urusan. Imam Al-Syafie juga menjadikan dua sumber itu sebagai asas utama dalam akidah dan syariat,” katanya.

Beliau membahaskan kedudukan akidah menurut pandangan Imam Al-Syafie dalam kertas kerjanya bertajuk Al-Imam Al-Al-Syafie - Pegangan Dalam Aliran Akidah.

Antara ucapan Imam Al-Syafie yang dipetik ialah: “Aku beriman kepada Allah dan dengan apa yang didatangkan daripada Allah, mengikut kehendak Allah. Aku beriman dengan Rasulullah SAW dan apa yang datang daripada Rasulullah SAW, mengikut kehendak Rasulullah SAW.”

Dr Johari berkata, Imam Al-Syafie turut menerima hadis sahih dalam pandangannya mengenai akidah dan hukum serta fahaman sahabat yang menerima Islam secara langsung daripada Rasulullah.

Sejarah membuktikan bahawa sahabat berbeza pendapat dalam masalah furu’ (bukan asas). Namun, tidak ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berbeza dalam akidah dan ini menunjukkan bahawa akidah semua mereka sama.

Imam Al-Syafie bagaimanapun menolak manhaj ahli kalam (mutakallimin) yang meletakkan akal lebih utama daripada nas al-Quran dan sunnah, terutama jika kedua-duanya tidak sesuai dengan pandangan mereka.

Malah, nas itu akan diubah suai oleh ahli kalam supaya sama dengan fikiran mereka dan jika mereka tidak bersetuju dengan hadis pula, hadis itu ditolak dengan alasan ia hadis lemah atau tidak dapat dipastikan kesahihannya daripada Rasulullah SAW.

Pandangan Imam Al-Syafie dalam hal akidah menggunakan pendekatan menerima apa saja yang ditentukan Allah dan rasul-Nya, menafikan apa yang dinafikan Allah dan rasul-Nya.

Selain itu, Imam Al-Syafie tidak menafikan mana-mana sifat Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah, tidak membawa, menyebut atau mencipta sifat Allah yang tidak ada di dalam al-Quran dan sunnah.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:18 AM   0 comments
Kaji sejarah mujtahid sebelum buat tanggapan
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20060324231010/Article/

PENILAIAN terhadap tokoh terkenal perlu merujuk terus kepada kenyataan mereka bukan melalui penilaian yang didasarkan kepada tanggapan. Ia mungkin tidak dibuat secara adil sehingga menimbulkan lebih banyak kekeliruan.


Tanpa penelitian terhadap isi kandungan kenyataan sebenar tokoh berkenaan akan menyebabkan berlaku tanggapan yang salah.

Hal ini berlaku kepada Imam Al-Syafie iaitu penilaian terhadap beliau dilakukan atas tanggapan tanpa menyelidik lebih mendalam pendirian serta pandangan sebenar mujtahid terkenal itu.

Pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata ramai golongan agama terbiasa memetik kisah atau sejarah sebahagian tokoh tanpa menilai terlebih dulu maklumat yang diambil.

Sebenarnya, katanya, tanggapan kurang tepat boleh membawa kepada penilaian yang salah.

“Sejarah dan pemikiran Imam Al-Syafie tidak terlepas daripada tanggapan sebegini. Walaupun beliau dianggap istimewa oleh mereka yang menyukainya, fakta yang salah mesti dinilai sebagai salah,” katanya.

Mohd Asri berkata, pengkaji tokoh sejarah terbahagi kepada tiga golongan iaitu mereka yang berpegang kepada ketulenan fakta, tidak berpegang pada disiplin pengumpulan fakta dan yang menggunakan maklumat mengenai seseorang tokoh untuk kepentingan sendiri.

Justeru, pembaca sejarah hendaklah berhati-hati ketika memetik kisah ulama terdahulu supaya tidak terfitnah orang yang tidak bersalah hasil daripada sikap tidak bertanggungjawab atau taksub.

Melalui kertas kerjanya bertajuk Al-Imam Muhammad bin Idris Al-Al-Syafie: Antara Tanggapan dan Fakta, Dr Mohd Asri, menyentuh salah tanggapan terhadap Imam Al-Syafie antaranya dari segi pegangan akidah serta dakwaan beliau terpengaruh dengan Syiah.

Katanya, ramai menyangka Imam Al-Syafie berpegang pada akidah ahli falsafah atau ilmu kalam, sedangkan riwayat Imam Al-Syafie menunjukkan beliau membenci ilmu kalam sebaliknya berpegang kepada akidah dalam al-Quran dan hadis.

Begitu juga dakwaan bahawa Imam Al-Syafie terpengaruh dengan Syiah seperti dinyatakan mereka yang membenci beliau dan turut disebut dalam buku segelintir pengikut mazhab fikah lain.

Akibatnya, golongan Syiah pada hari ini masih lagi mencanang bahawa Imam Al-Syafie yang berketurunan Rasulullah SAW menyokong aliran mereka.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:17 AM   0 comments
1 hari bersama maahad-1 April 2006
Friday, March 24, 2006
Aslm wbt
Rakan2 warga & Alumnus Maahad yg dikasihi sekelian
Dlm mesyuarat yg diadakan khusus utk program ini di Putrajaya malam tadi, alhamdulillah, perkara2 berikut telah diputuskan:
HARI, TARIKH, MASA & ATURCARA
Semuanya sama seperti yg Pak Ngah beritahu seperti di bawah. Penambahan / additional comment dari saya dlm tulisan bold & warna merah. Ada yg bertanya saya adakah ini APRIL FOOL. Sukacita ingin saya tegaskan disini bahawa APRIL FOOL bukan budaya kita. Insya Allah, program akan berjalan seperti yg telah dijadualkan.
Alumni Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor

1 HARI BERSAMA MAAHAD

Rakan-rakan sekelian, mesyuarat yang lepas protem commitee bersetuju untuk menganjurkan 1 hari bersama Maahad pada 1/4/06 (sabtu). Beberapa acara telah dirancang antaranya seperti berikut:

  • 8.00 pg: pendaftaran

    • semua alumnus wajib mendaftar (kehadiran dan penyertaan sukaneka (main game, sukaneka, etc ))

    • di khemah khas, tepi padang sekolah

    • Pendaftaran 10.00

  • Cap (topi) Alumni, Goodies, Air Mineral, etc 5.00

  • ---------

  • JUMLAH 15.00

  • ======

  • 8.00 - 10.00 pagi : pertandingan akhir sukan tahunan maahad

    • (alumnus menonton sambil beramah mesra dengan guru, ahli dan murid-murid)

  • 10.00 pg : minum pagi bersama guru-guru diikuti dengan sukaneka (4 - 5 acara Alumnus vs Guru)

    • minum pagi disponsor oleh pihak sekolah

    • acara dicadang dan diuruskan oleh pihak sekolah, kita participate sahaja

  • 12.00 tgari : acara tarik tali (alumnus vs guru, Alumnus vs Students & Alumnus vs Alumnus )

  • 1.00 ptg : majlis penyampaian hadiah dan sumbangan

  • Majlis Penyampaian Derma & Sumbangan oleh Alumni Kepada Sekolah

  • Majlis Penutup Sukan oleh PPD Hulu Langat

  • 3.00 ptg sampai selesai : pertandingan alumnus vs pelajar sahaja ( guru- guru mungkin dah balik, sekolah akan serahkan pengurusan kepada alumni )
  • Lelaki - Bolasepak (Alumni vs Pelajar)
  • Wanita - Bolajaring (Alumni vs Pelajar)
  • Majlis Penyampaian Cenderahati kepada pasukan Alumni & Pelajar
  • Makan bersama2 pasukan Pelajar

Alumni juga bersetuju untuk memperuntukan wang pendaftaran pada hari tersebut untuk:

  • menderma sebuah PIALA PUSINGAN 150.00

  • membeli hadiah untuk aktiviti sukaneka dan tarik tali yang kita sendiri sertai 150.00

  • sumbangan kepada MAAHAD baki wang pendaftaran

PUBLISITI
  • Tuan YDP, Sdra Budiman telah advertisekan Program ini dlm MHI TV3 setiap pagi mulai Isnin 20 Mac 2006.
  • Wartawan akhbar Utusan Malaysia, Siti Ainizar Kamsari (Maahad SRP 1984 - Batch Ibrahim) insya Allah akan datang membuat liputan. Beliau juga akan memuatkan Program 1 HARI BERSAMA MAAHAD di dalam ruangan PANCAINDERA akhbar Utusan Malaysia minggu depan. Beliau akan juga tolong advertisekan dlm akhbar2 utama yg lain.

  • So, camner plak dgn radio Erra, IKIM, Hot FM dll. Xder ke ex-Maahad di situ atau sesapa yg adaer contact di situ utk war2kan program ni?

SUMBANGAN KEPADA MAAHAD

  • Terdapat 4 orang sahabat alumni yang telah bersetuju akan membuat sumbangan kepada sekolah dengan nilai RM 15k ++ (mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan pada mereka untuk meneruskan niat baik ini).

  • Untuk sumbangan berbentuk bukan wang tunai, sila scroll ke bawah.

  • YDP, Sdra Budiman akan sponsor jersey Skuad Bolasepak Alumni

  • Saper nak sponsor vest utk Skuad Bolajaring (15 vest, saiz L, XL & XXL)?

HARAPAN DARI YDP PENAJA, SDRA BUDIMAN

Saya selaku YDP meminta kepada semua ex-maahad baik lelaki & perempuan untuk sama -sama hadir dan memeriahkan acara ini. Ini merupakan acara yang pertama dianjurkan oleh protem committee tetapi saya berharap pada tahun mendatang kita akan merancang acara yang lebih manarik.

Harapan saya perjumpaan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Wassalam
Budiman

YDP

Sila hubungi Jawatankuasa Penaja untuk keterangan lanjut:

YDP

Budiman Harun Al Rashid MY Esa, SRP 1982

019-2890038

budiman1@streamyx.com


TYDP 1
Abrar Idris, SRP 1979

019-2778020

TYDP 2
Dr Raihanah Hj Abdullah, SRP 1979

012-9705685

raihanah@um.edu.my


Setiausaha
Shahool Hameed Mohd Meerah, SRP 1982

013-3252167

fantasiaworldholidays@yahoo.com


P Setiausaha

Dr Mashita Abu Hasan, SRP 1979

012-9079278

Bendahari
Ibrahim Abdullah, SRP 1984

016-2115920

farmasianis@gmail.com


JK Sekretariat
Fatkurradzi Jamil, SRP 1982

013-3912695

radzi2u@gmail.com


Mohd Kamal Azrin Nahrawi, PMR 1993

012-2000194


JK Ekonomi
Lukman Abd Hamid, SRP 1981

012-3051979

lukman35@yahoo.com


JK Pendidikan & Kebajikan
Shamsulshah Tarjo, SRP 1979

019-2882907

sst6411@yahoo.com

JK Keahlian (Membership) & Multimedia
Yusrizal Yusof, SRP 1983

016-9817918

Sumbangan dari Alumni diperlukan.
Hubungi Pak Ngah (Malek), SPM 1987 di 019-3967439 atau ambo6970@gmail.com atau Terus ke Bendahari Alumni MH, Ibrahim Abdullah SPM1986, 016-2115920.
Rasa2nya belum ada sumbangan lagi utuk barang2 keperluan Maahad nih!

Keperluan Kelengkapan Dewan 2006

Bil Perkara Kuantiti Harga
1 Portable P.A System 1 Unit RM 3,500.00
2 Stand Microfon 5 Unit
3 Wayar Microfon (15 meter) 10 Unit
4 Papan Pameran 2 Unit
5 White Board 1 Unit
6 Skirting 2 pasang
7 Tirai Back Drop 1 pasang
8 Alas Meja Hadiah 3 pasang
9 Penyapu 5 batang
10 Moop 3 batang
11 Penyodok Sampah 3 Unit
12 Wayar Tandas 20 meter
13 Bunga Hiasan Dinding 1 Unit
14 Alas Meja Tengah (Sette) 2 pasang
15 Troli Hadiah 1 Unit
16 Gelas dan Jug Air 2 set
17 Dulang Hadiah 3 unit
18 Pokok/Bunga Hiasan 10 unit
19 Mencuci & MengilapLantai Dewan

Keperluan Kelengkapan Bilik SPBT

Bil Perkara Kuantiti Harga
1 Peralatan Komputer 1 set
2 Printer 1 Set
3 Troli Barang 1 Unit
4 Alat Pemadam Api 1 unit
5 Tangga Lipat 1 Unit

Keperluan Unit Kokurikulum

BIL PERKARA KUANTITI HARGA CATATAN
1 Gelanggang Permainan:

1) Gelanggang bola keranjang

2) Gelanggang serbaguna (asrama)

3) Garisan Gelanggang di dewan dan dataran pengetua

4) Gelanggang takraw

1

1

3

2

Yang Ada:

1 Gelanggang badminton (asrama)

3 Gelanggang badminton (dewan)

1 Gelanggang tennis rosak (sekolah)

2 padang bola sepak (padang)

1 padang bola baling (padang)

1 Gelanggang bola jarring (padang)

1 Tiang bola keranjang

2 Melengkapkan pakaian unit uniform:

1) pakaian pasukan puteri islam:

Ppakaian

P kasut

P tudung

2) pakaian polis puteri :

P menebuk lubang butang

P membeli aksesori lain

35 set

35 set

Yang ada :

1) polis – 2 set

2) bomba – 1 set

3) kompang – 1 set

4) MIRWANA – 3 set

5) Pemantun – 2 pasang

Pakaian yg ada tidak memenuhi piawai yg sebenar

3 Penambahan peralatan:

1. Net bola tampar, badminton dan sepak takraw

2. peralatan permainan tradisional

3. sarung tangan soft ball

4. glove serbaguna putera dan puteri

5. kasut sport – pasukan sekolah

6. bibs tanpa nombor – berlainan warna

7. wisel – pengadilan

8. meja dan peralatan ping pong

3 set

4 set

6 set

10 pasang

2 pasukan

5 buah

Sedikit peralatan permainan yg masih tidak mencukupi

4

Naik taraf gelanggang-gelanggang yg ada:

1) Badminton – asrama puteri

2) Bola tampar (asrama MN)

3) Badminton (asrama MN)

4) Tennis - sekolah

1 unit

1 unit

2 unit

1 unit

mahal

Yang ada :

1) badminton –asrama puteri

2) bola tampar (asrama MN)

3) badminton (asrama MN)

5

Membaiki kasut boot sekolah:

Banyak yang sudah rosak:

P tapak

P tali

P ladam

P kulit

30 pasang

RM45.00

Sebuah

Yang ada :

1) 85 pasang boot kulit

2) 34 kasut kulit hitam –PBSM

3) 2 kasut getah

6

Membeli jungle boot untuk pasukan Kadet Remaja Sekolah

35 pasang

RM50.00

sepasang

Belum ada


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:43 PM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com