Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

PENUBUHAN ELECTION WATCH YANG BENAR-BENAR TELUS DITUNTUT
Tuesday, August 30, 2005


PENUBUHAN ELECTION WATCH YANG BENAR-BENAR TELUS DITUNTUT

Pilihanraya Umum yang ke-11 lalu merupakan suatu pilihanraya yang terburuk dan terkotor yang menyaksikan Barisan Pembangkang terutamanya Barisan Alternatif (BA) mengemukakan banyak bantahan dalam petisyen pilihanraya. Walau pun kebanyakan petisyen tersebut ditolak akhirnya oleh mahkamah.

Jika di Negara-negara maju yang menerajui sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan sebagainya mereka mempunyai Badan Pemerhati Pilihanraya (Election Watch) bagi memastikan sistem pilihanraya mereka bebas dari penyelewengan. Negara membangun seperti Filipina juga mempunyai Election Watch iaitu National Citizen Movement For Free Election (NAMFREL) yang ditubuhkan pada pilihanraya presiden tahun 1986.

Jika di Filipina ada dua badan yang menguruskan pilihanraya iaitu Comission on Election (COMELEC) dan NAMFREL. Dua badan ini mempunyai fungsi yang berlainan iaitu NAMFREL sebagai pemerhati pilihanraya dan COMELEC suatu badan yang dilantik oleh kerajaan yang mempunyai fungsi yang sama dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Malaysia juga sepatutnya mencontohi Filipina dalam soal ini iaitu perlu menubuhkan Election Watch yang benar-benar bebas bagi mengimbangi SPR yang didakwa oleh BA sebagai terlalu memihak pada kerajaan. Election Watch mestilah terdiri dari wakil-wakil peringkat antarabangsa yang adil dan telus dalam memastikan sistem demokrasi di Negara ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kelemahan-kelemahan dalam pilihanraya umum lalu perlu diperbaiki umpamanya penambahan waktu mengundi di Selangor, terdapat dua daftar nama pengundi yang berbeza-beza di sesetengah negeri, Jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi tidak sama dengan jumlah undi yang direkodkan oleh petugas SPR dan sebagainya. Kelemahan-kelemahan ini menuntut supaya Election Watch ditubuhkan di Malaysia bagi mengimbangi kelemahan SPR.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:31 AM   0 comments
ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A. MEMELUK ISLAM
Monday, August 29, 2005

ABU BAKAR R.A. MEMELUK ISLAM

RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI AWANG, 1988, DPF, JILID 1

Nama sebelum Islamnya ialah ‘Atiq atau Abdul Ka’abah. Rasulullah s.a.w kemudian menamakannya Abdullah. Merupakan sahabat karib Rasulullah s.a.w sebelum Islam dan dikenali seorang yang berakhlak mulia. Abu Bakar r.a. adalah lelaki pertama memeluk Islam diluar rumah Rasulullah s.a.w.

Sesetengah ulama’ menyatakan Abu Bakar r.a. memeluk Islam sebelum diajak oleh Rasulullah s.a.w. kerana beliau yakin mendengar kata-kata Waraqah bin Naufal. Pada suatu hari Abu Bakar r.a. mendapat berita dari hambanya dari Khadijah bahawa Rasulullah s.a.w. telah dipilih menjadi Rasul seperti Nabi Musa a.s. iaitu ketika dia berada di rumah Hakim bin Hazam. Lalu beliau menemui Rasulullah s.a.w. dan mendengar sendiri apa yang sebenarnya dari baginda dan terus beriman kepada Allah SWT.

Jiwa Abu Bakar al-Siddiq r.a. amat mudah dimasuki cahaya iman kerana beberapa perkara yang dinamakan ‘irhas’ iaitu perkara-perkara yang menyalahi adat yang berlaku kepada Nabi s.a.w. sebelum dari menjadi Nabi telah dilihat oleh beliau. Ini disokong oleh perkhabaran yang dibawa oleh Waraqah bin Naufal disamping beliau sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. dan merasai akhlak terpuji baginda. Yang penting Abu Bakar r.a. mempunyai hati yang bersih dan sentiasa mengharapkan petunjuk.

Di dalam kitab ‘Ar-Raudul-Anf’ menyatakan punca berimannya Abu Bakar r.a. iailah melalui taufik dari Allah SWT dengan dikurniakan mimpi, beliau bermimpi turunnya bulan di Makkah lalu cahayanya tersebar diseluruh bangunan, rumah dan lorong-lorongnya. Kemudian cahaya itu berkumpul dibiliknya. Mimpi itu diceritakan kepada Ahli Kitab untuk mengetahui maksudnya. Ahli kitab itu menta’birkan bahawa kelahiran Nabi akhir zaman yang ditinggu-tunggu dan beliau menjadi orang paling bahagia menjadi pengikut Rasulullah s.a.w.

Setelah itu Abu Bakar r.a. menyampaikan Islam kepada ‘Uthman bin Affan r.a., Zubir bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah untuk mengistiharkan Islam dihadapan Nabi s.a.w. Kemudian Islam pula Abu ‘Ubaidah Amir bin al-Jarrah, Abu Salmah Abdullah bin Abdul Asad, al-Arqam bin Abi al-Arqam, Uthman bin Maz’un, Qadamah dan lain-lain.

Mereka bertemu Rasulullah s.a.w secara bersembunyi, begitu juga sembahyang kerana ia adalah tiang agama. Sembahyang pada masa itu bukanlah lima waktu seperti sekarang kerana masih belum difardukan. Menurut al-Mazni Rahimullah seorang ulama’ mazhab syafi’i solat sebelum isra’ ialah dua kali iaitu di waktu pagi dan petang, tiap-tiap satunya dua rakaat.Setelah isra’ dan mi’raj Allah SWT mewajibkan solat lima waktu.

Wallahu a’klam…..


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:57 AM   1 comments
KEWAJIPAN UMMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA
Sunday, August 28, 2005

KEWAJIPAN UMMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA

Perjuangan dalam pilihanraya umum ertinya perjuangan merebut kekuasaan. Merebut kuasa polituk untuk menguasai pentadbiran negara. Setiap parti menyusun dengan segala daya,perancangan dan strategi untuk memenangi pilihanraya umum.

Dalam keadaan tiada tegaknya Daulah Islamiyyah, gerakan Islam wajib berusaha membentuk negara Islam kerana hanya dengannya sahajalah hukum-hukum Allah dan Rasulnya dapat dilaksanakan. Kaedah syara’ menetapkan”Sesuatu perkara yang wajib hukumnya, tidak dapat sempurna kecuali dengan hal tadi, maka hukumnya juga adalah wajib”. Al-Quran dan Al-Hadith tidak mempunyai kaki dan tangan yang dapat berjalan sendiri. Ia mengkehendaki kekuatan dan kekuasaan memerintah, kekuasaan politik oleh umat Islam.

Saidina Uthman bin Affan berkata "Sesungguhnya Allah akan memelihara dengan kekuasaan memerintah, apa yang tidak (dapat) dipegang dengan al-Quran sahaja"

Maka kewajipan umat Islam berjuang mempunyai kekuasaan negara, mempunyai DaulahIslamiyyah, mempunyai khalifah pilihan mereka sendiri dengan syarat dan ukuran yang
ditetapkan oleh al-Quran dan As-Sunnah. Kekuasaan bagi kaum muslimin adalah untuk melindungi kaum yang lemah dan mengangkat martabat mereka ke taraf yang sepatutnya. Kekuasaan kaum muslimin adalah untu memberikan sebesar-besar manfaat serta rahmat dan kebaikan bagi seluruh alam.

Di dalam negara demokrasi, gerakan Islam mengambil pendekatan politik secara pilihanraya. Dalam Islam politik hanyalah alat iaitu alat dari Islam. Salah satu alat dan bukanlah satu-satunya alat dalam Islam.

Sesungguhnya kuasa-kuasa kuffar sentiasa memerangi umat Islam, tiada sedetik pun mereka berdiam diri, segala gerak kerja mereka adalah bertujuan menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka melaksanakan program penjajahan dengan kekuatan ketenteraan semata-mata untuk menghapuskan Islam. Kini penjajahan telah berakhir kerana mereka tidak berupayamenghadapi sejata iman yang berada di dada umat Islam. Roh tauhid sentiasa ditiupkan ke dalam gerakan Islam. Kuasa-kuasa kuffar ini mengubah strategi dengan ideologi-ideologi sekularisme tidak kiralah sosialisme, nasionalisme, komunisme, liberalisme dan bermacam-macam isme yang lain.

Runtuhnya Empayar Islam Othmaniyyah di Turki pada tahun 1924, maka bermulalah pula kekuasaan sekularisma di negara-negara umat Islam. Hampir kesemua negara Islam merangka perlembagaan dari ideologi isme ciptaan manusia yang telah ditaja oleh kuasa-kuasa kuffar. Muncullah gerakan-gerakan Islam untuk mengembalikan Daulah Islamiyyah, Ikhwanul muslimin pada tahun 1928 yang diasaskan oleh as-Syahid Hassan Al-Bana, Hamas, Jihad Islami dan sebagainya di serata dunia.

Kewujudan jamaah Islam ini merupakan manifestasi kebangkitan ummah. Malangnya kewujdan jamaah-jamaah Islam yang berbilang-bilang di satu tempat merupakan satu musibah kepada umat Islam. Ia menyebabkan umat Islam bertelagah sesama sendiri. Sepatutnya kewujudan jemaah Islam yang berbilang-bilang itu boleh menyumbang ke arah kemenangan Islam jika masing-masing faham tugasnya dan tidak menunjukkan permusuhan kepada gerakan Islam yang lain kerana musuh kita yang sebenarnya ialah kuasa kuffar dan taghut, bukannya gerakan Islam.

As-Syahid Dr Abdullah Azzam mengibaratkan pembentukan Daulah Islamiyyah itu umpama membina sebuah bangunan. Untuk mendirikan sebuah bangunan ianya memerlukan susunan ketulan batu-bata yang merupakan kerjasama antara gerakan-gerakan Islam dan jamaah-jamaah Islam. Sementara ahli dan pengikut yang mendokong gerakan-gerakan Islam itu diibaratkan sebagai jirim-jirim yang terkandung di dalam batu bata tersebut.

Kita mengharapkan agar jamaah Islam yang berbilang itu, yang bercita-cita menegakkan Islam supaya dengan ikhlas hati mengambil inisiatif untuk sama-sama menjatuhkan thagut dan kerajaannya bersama kita di dalam pilihanraya umum. Sesungguhnya antara kita sesame muslim walau bagaimana pecah dan berbagai organisasi, walau bagaimana terpisahnya dalam berbagai tujuan kita adalah tetap satu, dasar kita tetap satu. Janganlah kita dengan sebab berlainan jamaah memberikan satu suara sokongan (undi) kepada parti yang tidak berdasarkan Islam. Janganlah berkecuali dan membiarkan rakan gerakan Islam berseorang di dalam pilihanraya untuk berdepan dengan thagut.

Marilah kita memenagkan dasar Islam dalam pilihanraya akan datang kerana ia kewajipan kita bersama. Masing-masing dengan alat kecekapan yang ada, dan memberikan derma bakti dengan segenap kesanggupan yang dimiliki.

Muslimat seluruhnya memegang peranan penting dalam pilihanraya, berikan bantuan tenaga dan fikiran, datangi rumah demi rumah untuk menyampaikan seruan Islam. Pemuda Islam angkatan baru, bergerak cepat, bersikap tangkas kerana kamu adalah barisan hadapan pelopor perjuangan yang mengibarkan panji-panji perjuangan Islam. Ditanganmulah terletak urusan umat Islam, dalam gerak dan bangkitmu bergantung kemenangan Islam. Golongan ulama’, kamu diikut, perintahmu diturut, laranganmu dipatuhi. Kamu sebenarnya yang memegang kekuasaan dalam masyarakat. Kamulah yang berhak membimbing, memerintah dan melarang ummah. Kamulah sebenarnya markas perjuangan umat Islam yang memberi kata putus. Jangan dibiarkan umat mengikuti jalan sesat, jalan taghut, jalan yang dimurkai Allah s.w.t. Tunjukkanlah kepada umat Islam jalan yang lurus dengan fatwamu

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:14 PM   0 comments
IMAM AL-NASA'I
Saturday, August 27, 2005

IMAM AL-NASA’I

Imam al_Nasa’i ialah pengarang kitab Sunan al-Nasa’i iaitu kitab hadith yang ketiga terbesar selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Ia merupakan salah satu dari kitab Sunan Sittah yang diakui oleh ulama’ hadith, selain dari itu Sunan Abu Daud, Sunan al-Tarmidhi dan Sunan ibn Majah. Di dalam Sunan al-Nasa’i dicatatkan hadith sahih dan terdapat sedikit hadith daif yang dijelaskan sebab kecacatannya.

Nama beliau ialah Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syu’ib bin Ali bin Sinan bin Bahr al-Khurasani al-Nasa’i. Beliau terkenal dengan nama al-Nasa’i sempena nama tempat lahirnya. Di lahirkan pada tahun 215H di Nasa’, sebuah bandar yang terletak di Khurasan dan wafat pada tahun 303H di Palestin. Sesetengah pendapat beliau wafat di Mesir.

Beliau mengembara dari suatu tempat ke tempat lain untuk mempelajari hadith bermula pada usianya 15 tahun. Di antara tempat kunjungannya untuk mempelajari hadith ialah Iraq, Syria, Mesir, al-Jazirah dan sebagainya.

Beliau dianggap sebagai tokoh besar dan pengkritik hadith hinggakan ada yang menganggap kedudukannya lebih tinggi daripada al-imam Muslim. Beliau amat teliti memilih dan menyusun sunannya dan tidak menggunakan naskhah dari periwayat hadith yang lemah. Al-Imam al-Nasa’i amat tepat dalam pencatitannya. Antara gurunya ialah al-Harith bin Miskin. Ketika mencatat hadith-hadith al-Nasa’i pada kebiasaanya menulis “Saya belajar hadith ini semasa dibacakan kepada al-Harith bin Miskin”.

Di antara karya al-Nasa’i ialah al-Sunan al-Kubra, kitab al-Tamyiz, kitab al-Duafa’, khasa’is Ali, musnad Ali, musnad Malik, Manasik al-Hajj, tafsir, al-Sunan al-Mujtabar.

Sunan al-Nasa’i juga dikenali dengan sunan al-Mujtabar adalah karyanya yang paling masyhur yang merupakan himpunan hadith pilihan daripada al-sunan al-kubra sebagai hadiah kepada amir al-Ramlah. Oleh kerana hadith-hadith di dalam al-sunan al-kubra tidak semuanya sahih, maka amir al-Ramlah mengarahkan imam al-Nasa’i menyusun sunan al-Mujtabar yang lebih dikenali dengan sunan al-Nasa’i.

Al-imam al-Nasa’i menulis dan menyusun sunannya menurut tajuk ilmu fiqh. Beliau membahagikan kitabnya kepada 51 kitab dan dibawahnya ada pecahan kecil dinamakan bab. Syarat penerimaan oleh al-imam al-Nasa’i ialah hadith-hadith itu mestilah diriwayatkan daripada periwayat berdasarkan ijma’ para fuqaha’.

Beliau mencatat isnad-isnad yang berlainan bagi sesuatu hadith dan menerangkan isnad yang betul dan menerangkan punca kecacatan isnad yang tidak betul. Ini menunjukan beliau mencatatkan hadith sahih dan mencatat juga hadis daif untuk menunjukan kecacatannya.

Imam Jalaluddin as-Suyuti adalah diantara yang membuat komentar terhadap sunan al-Nasa’i dengan karyanya Zahr al-Raba ‘ala al-Mujtabar.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:09 PM   0 comments
ETIKA KEWARTAWANAN ISLAM
Friday, August 26, 2005

ETIKA KEWARTAWANAN ISLAM

Etika kewartawanan Islam berbeza dengan etika kewartawanan barat yang mengutamakan kebebasan tanpa batasan dalam semua perkara. Seorang wartawan Islam perlu sedar dia adalah seorang pelapor yang merakamkan kejadian sebenar seperti lensa kamera. Wartawan Islam dibatasi dengan hukum-hukum syariat halal-haram. Seorang wartawan Islam itu sekaligus seorang pendakwah. Lembut lidah pendakwah dalam menyampaikan risalah Allah,lembutlah bahasa wartawan. Tinggi hemah ulama?, tinggilah hemah wartawan. Tajam pandangan ulama?, tajamlah pandangan wartawan. Keras ulama? mencegah kemungkaran, begitulah sikap wartawan. Wartawan juga perlu menjawab segala kebohongan yang dilemparkan terhadap Islam.

Berikut adalah sebahgiann dari etika kewartawanan Islam:
1. Betulkan niat iaitu bekerja semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

2. Memulakan setiap kerja dengam Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulullah.

3. Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan aradi dan fardhu kifayah.

4. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.

5. Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah/ menentang kemungkaran.

6. Melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambilkira hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.Membenci dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh.

7. Menimba ilmu Islam melalui pengajian (berguru) disamping pembacaan dan pemerhatian.

Ingatlah! Pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya.Sentiasa menimbang dengan dosa dan pahala sebelum melakukan penulisan.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:11 PM   0 comments
OKU TIDAK TERIMA SELANGOR MAJU 2005
Thursday, August 25, 2005

Perjumpaan Persatuan Orang-orang cacat anggota Malaysia dengan SUHAKAM amat dialu-alukan, ini kerana warga OKU merasakan diri mereka dilayan seperti warga kelas kedua oleh sesetengah masyarakat di Malaysia. Perisytiharan Selangor Maju 2005 dan usaha mencapai Negrara maju 2020 mestilah melibatkan semua pihak bukan setakat orang normal sahaja. OKU merasakan kerajaan perlu bertindak tegas terutamanya bangunan yang dibina selepas akta kebebasan bergerak diwartakan mestilah mematuhi piawai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri.

Sudah 14 tahun OKU menunggu tetapi pihak-pihak kontraktor yang hanya mementingkan keuntungan disamping sikap kerajaan yang menguatkuasakan akta tersebut sambil lewa menyebabkan OKU merasa kecewa. Di manakah suara parti-parti politik dalam memperjuangkan isu-isu OKU, kami juga rakyat Malaysia dan menjadi pengundi pada setiap kali pilihanraya umum.

Akta kebebasan bergerak untuk OKU sebenarnya telah dirangka dan diwartakan di Malaysia sejak bulan Julai 1991 lagi. Dua jenis akta telah disediakan iaitu:

  1. Code of practice for access for disabled people to public building (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU di dalam bangunan awam).
  2. Code of practice for disabled people outside buildings (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU diluar bangunan).

Akta tersebut MS1184 : 1991, UDC 721.052 : 362.4 telah diluluskan oleh Majlis Sirim(Sirim Council) pada Julai 1991 dan diakui oleh Jawatankuasa industri piawaian bangunan dan Kejuruteraan awam (building and civil engineering industry standards committee).

Negara-negara maju yang lain telah melaksanakan akta kebebasan bergerak mereka sendiri untuk OKU di dalam bangunann misalnya Australian Standard design for access and mobility. General requirement for access-buildings pada 1988 dan British standard code of practice for access for disabled to buildings pada 1979,

Di Malaysia bangunan persendirian yang mempunyai keluasan kurang dari 280 meter persegi tidak diwajibkan menyediakan kemudahan kepada OKU tetapi bangunan awam mestilah menyediakan kemudahan untuk OKU. Bangunan awam yang dimaksudkan ialah pejabat-pejabat, bank, pejabat pos, kedai-kedai, supermarket, jabatan stor, bangunan-bangunan pentadbiran dan bangunan komersial. Termasuk juga hospital, pusat perubatan, klinik, pusat kesihatan dan bangunan kebajikan, masjid serta rumah-rumah ibadat, sekolah, kolej, universiti, zoo, muzium, galeri kesenian, perpustakaan, bangunan pamiran, bangunan pendidikan, kebudayaan dan kajian saintifik, asrama, hotel dan bangunan kediaman yang didiami warga OKU, bangunan kenderaan awam seperti stesen kereta api, stesen bas, stesen komuter dan LRT, bangunan parking kereta dan bangunan kilang.

Bagi diluar bangunan pula, bagi sesuatu tempat yang mempunyai 100 tempat parking kenderaan mestilah menyediakan sekuarang-kurangnya satu tempat parking khas untuk OKU dan adalah sesuai dua tempat parking.

Kecuraman sesuatu laluan (pathways and ramps) mestilah sekurang-kurangnya 1:12 bagi OKU menggunakan kerusi roda dan 1:8 bagi OKU yang tidak menggunakan kerusi roda. Panjang sesuatu laluan yang disediakan itu tidak kurang dari 1200mm dan tidak melebihi 6000 mm. Pintu untuk keluar masuk sesebuah bangunan juga mestilah luas 800mm- 1500mm bagi memudahkan OKU berkerusi roda menggunakannya. Di sesetengah laluan perlu disediakan ‘handrails’ bagi memudahkan OKU melaluinya.

Bukaan pintu lif pula hendaklah tidak kurang dari 1800mm. Tandas khas Oku bersaiz lebih besar. Semua kemudahan ini hendaklah diletakkan tanda atau symbol OKU seperti Simbol antarabangsa, gambar manusi duduk atas kerusi roda. Kadangkala agak pelik dalam bulan lepas apabila timbul isu OKU yang dapat rumah flet kos rendah ditingkat atas sedangkan tiada lif disediakan, macammana mereka nak naik ke rumah masing-masing?

Saya juga sebenarnya mempunyai seorang kawan yang kini berada di Scotland sekarang kerana menemani isterinya membuat Ph.D perubatan, beliau memberi tahu saya di sana OKU dilayan dengan baik. Di universiti tempat beliau bekerja sementara disediakan kemudahan untuk OKU walaupun bilangan mereka tidak ramai. Begitu juga pada 1997-1999 salah seorang adik saya ada menuntut di Seattle Universiti, USA, menurutnya adalah menjadi kesalahan di sana sekiranya kemudahan untuk OKU tidak disediakan. OKU juga tidak menghadapai masalah seserius di Malaysia dalam mendapatkan peluang pekerjaan di Negara tersebut

Kami juga insan yang memerlukan keprihatinan masyarakat Malaysia. Janganlah anggap kami warga kelas dua.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 4:51 PM   0 comments
MENGAPA MEMILIH PAS BUKAN UMNO ?
Wednesday, August 24, 2005


MENGAPA MEMILIH PAS BUKAN UMNO ?

Pas singkatan daripada Persatuan Islam SeTanah Melayu yang kemudiannya dipinda kepada Parti Islam SeMalaysia telah ditubuhkan oleh kumpulan ulama? di dalam UMNO ketika rakyat menuntut kemerdekaan Negara pada tahun 1951 bertujuan memandu rakyat ke arah penerimaan pemerintahan Islam di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.


Kewujudan PAS bukanlah semata-mata sebagai mengisi ruang politik atau demokrasi yang dibenarkan oleh undang-undang tetapi pemimpin-pemimpin awal jamaah Islam telah mengambil kira mengwujudkan Negara Islam adalah wajib. Walaupun pada tahun 1950-an telah wujud berbagai pertubuhan politik tetapi tiada satu pun yang meletak Islam sebagai dasar dan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan.

Walaupun UMNO telah wujud pada tahun 1946 tetapi ia hanyalah pertubuhan yang ahlinya orang-orang Islam tetapi dasarnya adalah sekular seperti memorandum yang dihantar kepada suruhanjaya Reid di para 169 yang dipersetujui oleh UMNO-MCA-MIC bagi menuntut kemerdekaan iaitu:

In the memorandum submitted by the Alliance, it was stated the religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationalsprofessing and practising their own religions and shall not imply that state is not a secularstate...

UMNO hanya setuju menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam konteks Negara yang sekular. Ini menyebabkan ulama? di bawah payungnya keluar dan mereka menubuhkan PAS.

Sebenarnya PAS merupakan lanjutan dari perjuangan Islam yang diutarakan oleh Hizbul Muslimin dan Majlis Islam Tertinggi (MATA) yang di pimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakir yang telah diharamkan oleh Inggeris. Dua orang pengasas PAS yang meletakan dasar Islam di dalam PAS ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Mohammad iaitu :

1. Menjadikan Islam sebagai dasar dan teras perjuangan

2. Menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulama' dan Qias sebagai hukum tertinggi.

3. Mengwujudkan bentuk perjuangan yang luas dan tidak sempit dengan isu-isu perkauman.

4. Menjalankan dakwah agar Islam dapat diterima oleh umat Islam dan bukan Islam.
5. Mengwujudkan pemerintahan Islam dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam.
Pada tahun 1982, telah wujud usaha-usaha dikalangan pimpinan pelapis PAS untuk
memantapkan lagi perjuangan Islam setelah sekian lama almarhum Dato' Asri Muda memimpin PAS dengan identiti kemelayuannya lebih tertonjol dari dasar Islam yang sepatutnya oleh ulama' yang megasaskan PAS.

Bermula dengan Muktamar 1983 sehingga 1985, pelaksanaan konsep-konsep dan sloganbersesuaian telah dipopularkan untuk menghapuskan identiti kebangsaan di dalam PAS dan mengembalikan identiti Islamnya seperti Menghapuskan Kefahaman Assabiyah danMenentang Kezaliman. Di bawah era Kepimpinan Ulama yang telah dimulakan pada zaman pimpinan Ustaz Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor dan Sekarang Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PAS mula berkembang dan menarik perhatian penduduk Malaysia sehingga keahliannya di anggarkan hampir mencecah setengah juta orang.

Perbezaan ketara di antara PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia termasuk UMNO iaitu wujudnya Majlis Syura Ulama' yang diluluskan penubuhannya pada tahun muktamar 1983. Dengan wujudnya Majlis Syura Ulama. organisasi PAS terbahagi kepada dua cabang yang penting, di mana ia saling sandar-menyandar. Majlis Syura Ulama. terpisah daripada struktur-struktur yang lain kerana ianya tegak bersendirian di peringkat tertinggi. Ianya tidak menguasai atau dikuasai oleh Jawatan Kuasa Agung PAS pusat. Tugasnya sebagai penasihat dan rujukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku di dalam masalah dasar parti. Majlis Syura Ulama! hanya wujud diperingkat pusat sahaja. Dewan ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pula terlibat di dalam kegiatan dan perjalanan parti.

Penyertaan PAS di dalam Barisan Nasional setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pengalaman pahit yang tidak sama sekali akan diulangi oleh pimpinan PAS kini kerana PAS yang dikuasai oleh cara hidup UMNO dan sikap sekular, mereka telah menguasai sesetengah pimpinan PAS sehinggakan ketika itu cara hidup, pergaulan, pandangan,sikap terhadap Islam tidak mencerminkan mereka ini mewakili kumpulan Parti Islam.

Ahli-ahli PAS, pimpinan bawahan dan pelapis tidak senang melihat perkara ini. Mereka mendesak agar PAS keluar daripada BN dengan berjuang menegakkan Islam walaupun menempuh segala kepayahan dan rintangan. Akhirnya PAS terkeluar juga dari BN setelah dipecat bukan atas isu-isu Islam tetapi isu-isu perebutan kuasa. Pimpinan PAS berpecah kepada PAS dan BERJASA juga bukan atas isu Islam tetapi berebutkan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan. Kemudiannya berpecah kagi dengan tertubuhnya HAMIM.

Sebelum kemalangan jalanraya di Kuantan, Allahyarham Prof Zulkifli Mohammad pernah berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS kelantan, melahirkan perasaan bimbangnya pimpinan PAS akan berebut-rebut kuasa. Kebimbangan ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah, penyakit yang menyentuh jiwa pimpinan PAS itu tidak menjangkiti jiwa pimpinan pelapis dan ahli-ahli yang bersetia dengan perjuangan Islam.Mereka menerima konsep Kepimpinan Ulama' yang bermaksud pergerakan ini sentiasa diletakkan di bawah naungan al-Quran untuk pengwujudan generasi al-Quran yang berkekalan. Mereka mengembalikan PAS ke landasan perjuangan asal di bawah bimbingan al-Quran dan as-Sunnah. Kepudaran PAS telah kembali menyinar dari parti berbentuk kenegerian (kelantan) ia telah menjadi sebuah parti berbentuk Nasional dan meluaskan pengaruhnya ke seluruh pelusok Negara dengan perkembangan yang hebat sehingga menguasai Kelantan dan Terengganu dan menambah kerusi di negeri-negeri lain. Satu pencapaian yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.

Berbeza dengan keahlian UMNO pada peringkat awal yang terdiri dari golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Barat dan sekular, PAS dianggotai oleh tok-tok guru, ulama’ pondok dan lebai kampung jika adapun golongan berpendidikan barat terlalu kecil bilangannya. Golongan lain yang menyertai PAS ketika itu kebanyakkannya orang-orang kampung yang miskin yang tidak terasa terhimpit oleh kemiskinan. PAS adalah parti yang mewakili kaum mustadhaafin ini.

Begitulah juga keahlian yang dibentuk di zaman Rasulullah s.a.w. sewaktu awalnya penyibaran Islam. Golongan mustadaaffin mempunyai keteguhan iman yang kuat dan keyakinan yang sukar diragukan kerana mereka tiada kepentingan material untuk dipertahankan atau disayangi melainkan pengabdian kepada Allah s.w.t. Mereka tidak bercita-cita mencari kekayaan diri, pangkat atau berebut-rebut jawatan. Mereka taat pada pimpinan Islam dan sanggup berkorban utuk Islam.

Mereka tidak kedekut, tamak, mementingkan diri dan penghidupan mereka adalah ringkas. Mereka memberikan sumbangan walaupun sedikit tetapi ikhlas untuk Islam. Mereka tidak takut dengan kemiskinan dan tidak bertelagah atas isu yang remeh. Golongan mustadhaafin inilah yang membina PAS di atas asas agama yang kukuh. Golongan ini jugalah yang mengenepikan pimpinan yang tidak sanggup lagi menegakkan perjuangan yang asas atau menyeleweng.

Lahir daripada kalangan mustadhaaffin ini anak-anak yang cintakan Islam, mereka menempa sejarah dengan menuntu ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negeri, di negara-negara Kapitalis atau negara umat Islam. Anak-anal golongan mustadhaafin ini menjadi golongan baru dalam PAS sama ada berlatarbelakangkan pengajian agama atau tidak.

Mereka kembali kepada PAS dengan memnbinanya menjadi organisasi yang rapi dan tersusun sesuai dengan kemahiran yang mereka perolehi. Mereka cintakan ulama' dan menempatkan ulama' sebagai pimpinan parti dan menerima tunjuk ajar dan arahan terutama dalam masalah dasar dan hukum disamping kemahiran dan pengalaman untuk memantapkan parti. Sifat-sifat rendah diri, menghormati ketua dan yang tua berjuang di atas landasan kebenran Islam menggembeling tenaga muda dan cuba menguasai massa adalah pengorbanan yang tidak sedikit. Penyertaan mereka ke dalam PAS telah memberikan imej baru pada PAS dan keilmuan mereka telah memberikan keyakinan baru kepada masyarakat untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam.

Era baru bermula, PAS bukan sahaja mendapat dokongan dari kaum mustadhaafin sahaja. Golongan menengah dan atasan yang secara tradisinya menyokong UMNO mula beralih kepada PAS. Kehadiran golongan sekular yang insaf ke dalam PAS dengan tarbiyyah yang betul telah menempatkan PAS sebagai organisasi yang mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kemunculan kumpulan-kumpulan yang mendapat tarbiyyah dan bersungguh-sungguh mendalami agama walaupun mendapat didikan sekular yang terdiri dari graduan-graduan universiti ternama di Australia, Amerika, New Zealand, Britainn dan kanada. Selain itu daripada UiTM, UKM, UTM, UUM, UIAM, USM, UM dan sebagainya serta maktab-maktab perguruan menyemarakkan lagi perjuangan Islam di dalam PAS. Mereka berketayap atau berserban dan berganding bahu dengan rakan-rakan mereka di dalam PAS.

Mereka digelar ustaz dengan penuh cemuhan oleh golongan nasionalis, semoga cemuhan itu menjadi kenyataan yang benar. Kebenaran ini terbukti dengan lahirnya pimpinan PAS berlatarbelakangkan pendidikan sekular tetapi mempunyai ilmu-ilmu Islam yang mengkagumkan.

Golongan Mustadhaafin telah terbukti mencipta sejarah dan mereka akan membuktikan keupayaan di masa-masa akan datang bagi memenangkan Islam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia.



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:11 PM   0 comments
SEKULARISME : Perlembagaan Yala
Tuesday, August 23, 2005

SEKULARISME : Perlembagaan Yala

Secara ringkasnya sekularisme bolehlah didefinisikan sebagai pemisahan antara agama dan urusan pemerintahan serta perkara-perkara yang berkaitan duniawi. Terkandung di dalam sekularisme itu beberapa ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme, nasionalisme,kapitalisme, komunisme dan berbagai-bagai isme-isme yang lain walaupun pendokong ideologi ini menafikannya. Kadang kala ada pula pendokong ideologi ini yang mengaku mereka adalah pendokong Islam dengan hanya menerapkan beberapa beberapa unsur Islam yang mereka fikir baik.

Ada juga di antara pendokong golongan ini yang menggunakan slogan-slogan Islam seperti Penerapan Nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan sebagainya untuk mengaburi umat Islam tetapi pada hakikatnya mereka hanya mengambil sebahagian dari Islam yang sesuai dengan mereka dan menolak sebahagian yang tidak sesuai dengan mereka. Mereka tidak mengambil kesyumulan dan kesempurnaan Islam dalam pentadbiran mereka. Malah ada di antara mereka yang mengistiharkakan pemerintahan mereka Islam seperti Negara Islam walhal perlembagaannya jelas bercampur aduk antara undang-undang Islam dan undang-undang ciptaan manusia yang langsung tidak berdasarkan nas Al-Quran dan As-Sunnah serta ijmak ulama?.

Perkara ini bukanlah baru. Ibnu Kathir pernah menyebutkan satu peristiwa hitam yang berlaku di dalam sejarah umat Islam iaitu ketika umat Islam dijajah oleh pemerintahan Monggol diBaghdad. Umat Islam dipaksa menerima satu perlembagaan yang dinamakan Perlembagaan Yala. Di dalam perlembagaan ini dicampur adukan ajaran Islam, Yahudi, Kristian dan dari akal fikiran pemerintah semasa itu. Perlembagaan ini telah dikutuk oleh ulama. Islam ketika itu dan di anggap sebagai sesuatu yang amat bertentangan dengan syariatIslam.

Firman Allah “Apakah hukum jahiliyyah itu yang kamu mahu? Tidakkah hukum Allah itu lebih baik kepada orang-orang yang yakin”
(Surah Al-Maidah: 50)

Seminar Dakwah Antarabangsa yang diadakan di Madinah pada 17 februari 1977 telah membuat satu resolusi bahawa sekularisme adalah ajaran bukan Islam dan bertentangan dengan Islam dan adalah menjadi kewajipan pihak kerajaan yang ramai anggotanya orang Islam menghapuskan sekularisme ini.

Bekas Syeikul Islam Turki, Syeikh Mustafa Sabri pernah menyatakan bahawa sekularisme ini adalah satu revolusi yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat bagi menghancurkan kefahaman Islam di kalangan rakyat.

Umat Islam Mesti Menolak Sekularisme

Kalau di zaman Jahiliyyah dahulu jelas golongan Musyirin Makkah mahu umat Islam meninggalkan Islam dengan cara memujuk dan seterusnya menyiksa sehingga kemuncaknya berlaku beberapa peperangan untuk menghancurkan Islam seperti perang badar, uhud, khandak dan sebagainya. Di zaman ini, musuh-musuh Islam menggunakan ideologi-ideologi ciptaan mereka supaya umat Islam meninggakan Islam atau sekurang-kurangnya melalaikan Islam.

Rasulullah s.a.w. pernah ditawarkan oleh Musyrikin Makkah menjadi raja, diberikan harta kekayaan, dianugerahkan pangkat dan kekuasaan tanpa batasan asal saja beliau bersetuju meninggalkan dakwah kepada Allah s.w.t. Namun baginda telah menolaknya dengan kata-katanya yang masyhur ?Demi Allah, jika mereka letakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku berhenti dari tugas yang aku tanggung ini, nescaya tidak akan aku tinggalkannya sehinggalah Allah melahirkan agama ini ataupun biarlah aku mati saja kerananya...!?

Itulah kata-kata semangat yang mesti tersemat dihati seorang Muslim terutamanya pencinta Islam yang menjadi teras dalam sesebuah gerakan Islam. Almarhum Maulana Abul a’la al Maududi iaitu pengasas Jami'ati Islam, Pakistan pernah berkata "Bersikap benar sepanjang hayat mekipun mungkin ada kepayahan, kerugian, kemudharatan yang tidak henti-henti sepanjang perjalanan hidup dan kendatipun segala usahamu tidak membuahkan hasil yang berguna dalam kehidupan sementara ini. Janganlah mengikut haluan kejahatan dalam pemikiran atau amalan, meskipun betapa khayalan-khayalan pencapaian dan harapan-harapan keduniaan begitu menggoda kamu"

Umat Islam terutamanya gerakan Islam mestilah tersusun rapi (Jama'ah al-munazzamah) yang mengatasi kelompok lain dalam lapangan akhlak asas insan dan akhlak Islamiah yang diasaskan dari iman, Islam, taqwa dan ihsan serta dapat menggunakan kesemua sumber yang ada dengan baik dan teliti walaupun mereka tergolong dalam jumlah yang sedikit.

Firman Allah “Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh
(al-Anfal:65)

Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah daripada Alalh s.w.t. dan terhindar dari menjadi pendokong sistem sekularisme walau dengan nama apa pun ia dikenali. Semoga kita dihimpunkan Allah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di akhirat kelak.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:08 PM   0 comments
SIAPAKAH MUSAILAMAH AL-KAZZAB
Monday, August 22, 2005

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ MENGHANCURKAN
TENTERAMUSAILAMAH AL-KAZZAB


NABI PALSKU
: MUSAILAMAH AL-KAZZAB

Di antara orang yang yang mengaku dirinya menjadi nabi yang paling berbahaya ialah Musailamah al-Kazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Musailamah al-Kazzab telah mengaku menjadi Nabi semenjak Rasulullah s.a.w. masih hidup lagi. Dia pernah mengutus surat kepada Rasulullah s.a.w. berbunyi: "Dari Musailamah Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah Kemudian daripada itu, separuh bumi ini buat kami, dan separuh buat Quraisy, tetapi Quraisy tidak adil, wassalam."

Surat itu dibalas oleh Rasulullah s.a.w. :"Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Dari Muhammad Rasulullah kepada Musailamah al-Kazzab, kemudian daripada itu, bumi ini kepunyaan Allah, yang dipusakakan kepada siapa saja yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.Keselamatan bagi orang yang mengikut petunjuk."

Tiga faktor yang menambah bahaya Musailamah al-Kazzab:

1. Kekuatan Bani Hanifah dan keperwiraan mereka dalam peperangan.

2. Musailamah berjaya menipu ar-Rajjal bin Anfuah yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. supaya mengingatinya dan mengembalikannya kepada kebenaran. Setelah tertipu, ar-Rajjal pun berbohong dan mengumumkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengajak Musailamah sama-sama bertugas dalam kenabian itu.

3. Musailamah telah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Sajah dari Bani Tamim yang juga mengaku menjadi nabi. Tempat tinggal Bani Tamim adalah berdekatan dengan sempadan Parsi. Sajah ditaati oleh kaumnya dan bergabung dengan pengikut-pengikut Musailamah.

Ibnu Tabatiba meriwayatkan perkahwinan Musailamah al-Kazzab dengan Sajah iaitu Sajah seorang wanita bangsa Arab dari suku Tamim juga mengaku mendapat wahyu dan menjadi Nabi, kumpulannya lebih ramai dari kumpulan Musailamah. Apabila mengetahui kedatangan Sajah, Musailamah yang pintar berfikir, Lalu dia mengutus kepada Sajah dan mengesyorkan supaya diadakan pertemuan di antara mereka untuk mengkaji wahyu-wahyu mereka dan mana yang didapati lebih benar mestilah diikut oleh yang lain. Sajah telah menerima tawaran itu.

Musailamah pun membuat suatu tempat untuk pertemuan tersebut dengan bau-baunan yang harum semerbak. Seperti kebiasaan, wanita apabila berada berdua-duaan dengan lelaki ditengah bau-bauan yang wangi itu, perasaan kewanitaan akan menjadi segar. Inilah yang berlaku. Di dalam khalwat tersebut, kedua-duanya menjadi lelaki dan perempuan bukan lagi nabi-nabi. Akhirnya mereka bersetuju bahawa wahyu yang mereka terima berasal dari punca yang sama. Sajah mengumumkan kepercayaannya kepada Musailamah begitu juga sebaliknya. Mereka mendakwa sama-sama menjalankan tugas kenabian.

Musailamah mengemukakan hasratnya untuk mengahwini Sajah. Musailamah pun menghantar maskahwin kepada keluarga Sajah. Maskahwin itu ialah memberi cuti kepada keluarga Sajah daripada solat Asar. Ibnu Tabatiba menyebutkan juga sehingga sekarang ramai suku Bani Tamim tidak solat Asar kerana mewarisi adat ini sejak masa itu.Kewafatan Rasulullah s.a.w. telah membuka peluang kepada Musailamah dan pengikutnya untuk mencapai cita-cita mereka.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah bermesyuarat dengan para sahabat dan kaum muslimin bagi menghadapi kesulitan-kesulitan ini iaitu gejala murtad, Nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Di dalam kesulitan yang memuncak ini maka dengan kebesaran dan ketabahan hati Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi semua golongan ini sehingga mereka kembali kepada kebenaran, atau beliau gugur sebagai syahid dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

Ketegasan Abu Bakar disambut dan didokong oleh kaum Muslimin, beliau membentuk sebelas pasukan yang masing-masing dipimpin oleh pahlawan terkenal seperti Khalid al-Walid, Amru al-As, Ikrimah bin Abu Jahal, Syurahbil bin Hasanah dan lain-lain. Sebelum Khalifah Abu Bakar mengirim bala tenteranya terlebih dahulu beliau mengutus surat menerangkan kesamaran yang timbul dan menyeru mereka kembali ke pangkal jalan. Di ingatkan juga akan akibat jika mereka terus dalam kesesatan.

Musailamh ingkar, maka Khalifah Abu Bakar mengarahkan Khalid al-Walid mengetuai serangan ke atas Musailamah dan pengikutnya. Musailamah mempunyai 40 000 bala tentera dari Bani Hanifah serta pengikut-pengikut yang menyokongnya dari suku kaum lain.


Pertempuran sengit terjadi, ar-Rajjal bin Anufah terbunuh. Musailamah dan pengikutnya berundur di suatu taman luas dan bertembok tinggi. Tentera Muslimin menyerbu, maka berlakulah pertempuran sengit yang mengorbankan beribu-ribu jiwa dari kedua belah pihak, sehingga taman itu dikenali sebagai "Taman Maut".

Musailamah al-Kazzab terbunuh dalam pertempuran itu. Ada yang meriwayatkan dia dibunuh oleh Wahsyi, iaitu pembunuh saidina Hamzah dalam peperangan Uhud. Ada yang mengatakan dibunuh oleh Mu'awiyyah, ada yang mengatakan dibunuh kaum muslimin didahului oleh Wahsyi yang melontar tombak dan Abdullah bin Zaid bin Asim al-Ansari yang menetaknya dengan pedang

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:20 PM   0 comments
AS-SYAHID DR ABDULLAH AZZAM (1941-1989)
Sunday, August 21, 2005

AS-SYAHID DR ABDULLAH AZZAM (1941-1989)

Dengan wawasan ingin melihat Islam tertegak di atas muka bumi dan berbekalkan semangat ingin mencari keredaan Illahi melalui syahid, seorang pemuda berbangsa Arab Palestin telah mengelilingi dunia sambil memegang paji-panji jihad.

Bermula dengan penentangan terhadap pencerobohan Yahudi di Palestin dalam tahun 1967,beliau dengan penuh keyakinan meneruskan langkah menentang musuh-musuh Allahsehingga beliau gugur sebagai syuhada di bumi Peshawar, Pakistan setelah menabur seribujasa di dalam menentang komunis di Afghanistan.

Beliau telah menyatu-padukan kumpulan-kumpulan mujahidin yang berpecah sehingga berjaya menghalau dan meruntuhkan Soviet Union yang angkuh. Beliau juga telah melahirkan ribuan mujahidin yang kini telah bertebaran di merata dunia mengangkat senjata ke atasmusuh-musuh Allah.

Beliau dibunuh sebagai syuhada pada 24 November 1989.

PETIKAN SEBAHAGIAN AMANAT AS SYAHID DR ABDULLAH AZZAM KEPADA
MUJAHIDIN

Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku. Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin samapai ke kemuncak perjuangan dan tidakakan berjaya menuju kematlamatnya.

Sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kitamengeluh sambil berkata: “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH” atau hanya denganmengucap : “ INNALILLAHI WAINA ILAIHI RAJIUN “ dan hanya melepas geram ditangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada satu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraaan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri di segenap sudut.

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan di antara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad) dengan mereka yang meninggalkan solat, puasa dan Zakat. Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada suatu amalan pun dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ianya bernama dakwah, tarbiyah, tulisan dan sebagainya.

Barangsiapa yang bertemu dengan Allah (mati) tanpa senjata ditangan mereka maka sesungguhnya mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan” qital” melainkan orang-orang yang ada keuzuran syar?i. Aku melihat orang-orang yang diampunkan Allah sekiranya meninggalkan jihad hanyalah orang buta, orang cacat, orang sakit dan orang-orang yang lemah samada di kalangan lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak di mana mereka itu tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung menunaikannya.

Wahai kaum muslimin...
Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

Wahai para pendakwah...
Tiada berharga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandangsenjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir danorang-orang zalim yang bermaharajalela. Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, makamereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini. Sesungguhnya kehebatan para da’i, kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemuliaan umat Islam tidakakan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah. Kejarlah kematian kerana ia akan memberikan kehidupan (yang hakiki).

Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunat yang kalian telah biasakan itu. Jangan kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh temeh menguasai kalian sedangkan disana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai para ulama....
Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan taghut kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kalian dengan masyarakat.

Wahai kaum muslimat...
Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja. Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan, keberanian dan jihad. Jadikan rumah-rumah kalian sebagai kandang singa dan bukan reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditnggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang2nya, hidup bagaikan mujahiddin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan dengan hamparan permaidani merah.

Wahai isteriku...
Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia nescaya engkau akan dikasihi Allah. Ketahuilah Al-quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadatlah di waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat di waktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.

Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga firdaus seperti mana Dia menemukan kita di dunia.

As Syahid Syed Qutb pernah berkata" Sesungguhnya kalimah-kalimah kami akan kekal bagaikan lilin hinggakan setelah kami mati kerananya maka kalimah-kalimah tersebut akan terus berkembang biak dan hidup segar bersama mereka yang masih hidup"


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:06 PM   0 comments
SELANGOR MAJU 2005 ABAIKAN OKU
Saturday, August 20, 2005

SELANGOR MAJU 2005 ABAIKAN OKU

Pada 27 ogos 2005, Selangor diistiharkan sebagai negeri maju. Oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Idea Selangor Maju 2005 telah dicetuskan oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada era pemerintahannya sekitar tahun 1990-an.

Selangor didakwa menyumbang 25% kepada KDNK Negara, destinasi pelaburan utama, ladang belimbing terbesar di dunia, taman warisan terpanjang di dunia, setinggan sifar menjelang akhir tahun, kadar kemiskinan rendah, kadar kematian bayi paling rendah, pengeluar hasil padi tertinggi mengatasi kedah, negeri pertama sedia skim bayaran deposit RM1 membeli rumah kos rendah dan sebagainya. Tapi sayangnya bagi OKU tiada apa-apa agenda untuk mereka apabila dirujuk dalam prospektus Selangor Maju 2005 terbitan Berita Harian.

Dua jenis akta telah disediakan iaitu:

  1. Code of practice for access for disabled people to public building (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU di dalam bangunan awam).
  2. Code of practice for disabled people outside buildings (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU diluar bangunan).

Walaupun Akta kebebasan bergerak untuk OKU sebenarnya telah dirangka dan diwartakan di Malaysia terutamanya Selangor dan Wilayah Persekutauan Kuala Lumpur, sejak bulan Julai 1991 lagi tetapi insfrastruktur yang dibina masih lagi tidak mematuhi akta tersebut. Ini berlaku di kawasan MB Selangor sendiri iaitu DUN Sungai Panjang dan Parlimen Sungai Besar, apatah lagi kawasan-kawasan lain disekitar Selangor. Bangunan-bangunan awam seperti kedai, bank, pejabat-pejabat, pejabat pos, kedai-kedai, supermarket, bangunan-bangunan pentadbiran dan bangunan komersial., masjid serta rumah-rumah ibadat, sekolah, , perpustakaan, bangunan pendidikan masih lagi tidak mesra OKU terutama mereka yang menggunakan kerusi roda. Malah bangunan awam yang sedang dibina juga tidak mesra OKU.

Bagi OKU yang menggunakan kerusi roda, hidup diluar ruamh dengan ketiadaan infrastruktur untuk mereka samalah seperti ibarat orang biasa yang terpaksa meneroka hutan belantara yang penuh dengan bahaya dan kesengsaraan. Walaupun bangunan megah tinggi dan berteknologi tinggi dibanggakan tapi bagi OKU jika tiada kemudahan seperti ramps, pathways dan lif ianya hanyalah suatu replika umpama gunung-gunung dan bukit-bukau buatan manusia yang tidak dapat didaki oleh mereka.

Kenapa setelah 14 tahun akta kebebasan bergerak diwartakan, OKU masih dipinggirkan? Di manakah slogan masyarakat penyayang? Adakah hanya sekadar omongan kosong atau sekadar janji manis sebagai umpan mendapatkan sokongan rakyat dalam piliharaya?

Selagi tiada infrastuktur mesra OKU (berkerusi roda) selagi itulah OKU tidak mampu bekerja apatah lagi berdikari, mereka sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Jika setakat tiada sebelah kaki, masih boleh pakai kaki palsu macam dalam iklan kemerdekaan di TV memanglah tiada masalah.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:23 PM   0 comments
SIAPAKAH SALMAN RUSHDIE?
Friday, August 19, 2005
SIAPAKAH SALMAN RUSHDIE ?

Pada penghujung tahun 1980-an, kalau tidak silap penulis tahun 1988 . Ketika itu penulis masih menuntut di salah sebuah IPTA tempatan. Dunia Islam telah digegarkan dengan sebuah novel "The Satanic Verses" karangan seorang Zindik bernama Salman Rushdie. Isi kandungannya jelas menghina Islam, Nabi Ibrahim a.s, Rasulullah s.a.w., malaikat Jibrail, isteri-isteri Nabi, para sahabat dengan tuduhan-tuduhan palsu.

Penerbitan novel ini telah memarahkan sesetengah manusia dan menggembirakan sesetengah yang lain. Kaum muslimin amat marah dan telah mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh pelosok dunia sehingga gugur beberapa jiwa di antaramereka.

Ketika itu meletuplah ledakan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Badan-badan Islam sedunia seperti Majma' Fiqh Islami, Majlis Islam Tertinggi Algeria, badan-badan Islam di Pakistan, hai'at-hai'at Islam di Yaman, Rabithah Alam Islami, Majma' Buhus Islamiyah di Kaherah telah menghukum murtad ke atas Salman Rushdie.

Kemuncak dari kemarahan tersebut, Al-Marhum Imam Khomeini telah mengeluarkan fatwa menghalalkan darah penulis novel tersebut dan menawarkan hadiah 5 juta dolar bagi sesiapa yang dapat memancung kepalanya. Fatwa ini masih berkuat kuasa sehingga sekarang yang menyebabkan dia bersembunyi sehingga sekarang. Tiba-tiba nyawanya menjadi lebih mahal dari jumlah wang yang dipungut dari hasil menjual daki-daki khayalannya.

LATARBELAKANG SALMAN RUSHDIE

Beliau dilahirkan pada bulan Jun 1947 di Bombay, India. Ayahnya seorang murtad bernama Anis Rushdie. Memulakan persekolah di sekolah missionari Kristian. Setelah berhentinya peperangan antara India dan Pakistan, keluaraga ini telah berpindah ke London iaitu pada usia Salman rushdie 13 tahun. Beliau meneruskan persekolahan di sekolah menengah Rughy, london. Kemudian ke fakulti sejarah, Kolej King, Universiti Cambridge. Setelah menamatkan pengajian beliau gagal mendapatkan pekerjaan di London lalu beliau pulang semula ke Pakistan dan bekerja di stesen televisyen Pakistan. Beliau dipecat dari stesen televisyen tersebut setelah para pekerja lain yang rata-ratanya Islam terperanjat dengan

kata-kata dan pendapat Salman Rushdie yang menghina Islam dengan keterlaluannya. Beliau kembali ke London dengan perasaan kecewa dan putus asa. Api kebenciannya terhadap Islam semakin bertambah. Dia berjaya mendapat pekerjaan di sebuah mess media dan mula beralih kepada bidang penulisan.

Novel pertamanya "Grimus" pada tahun 1975 tidak mendapat sambutan. Beliau kecewa dan meninggalkan bidang penulisan selama 5 tahun. Kemudia dia berkahwin dengan seorang wanita Inggeris bernama Clarisa Luward yang mempunyai banyak kenalan dengan para penerbit. Beliau menerbitkan novel ?Midnight?s Children? yang mengisahkan keadaan anak-anak liar , dengan hati yang kosong dari nilai-nilai agama dan iman. Beliau sendiri mengakui bahawa dia sendiri adalah salah seorang dari watak tersebut yang di dalam hatinya tiada setitik iman pun. Novel ini mendapat sambutan sehingga mendapat hadiah Booker Prize di London kerana kebetulan ia menentang polisi pemandulan lelaki di India oleh bekas PM India, Indira Ghandi.

Beliau seterusnya menghasilka novel ?Shame? pada 1983, tetapi gagal dipasaran. Setelah puas mempergunakan isterinya itu, dia diceraikan, apatah lagi namanya sudah mula dikenali. Beliau mengahwini seorang penulis wanita berbangsa Amerika iaitu "Marrianne Wiggins" dan menjadikanya jamabatan baru menyampaikan tulisannya kepada para penerbit Amerika pula. Setiap tulisannya akan mengandungi satu ruang kezindikan dan penghinaan terhadap Islam. Demikianlah Salman Rushdie yang mendapat peluang dan galakan dari penerbit Inggeris dan missionari Kristian yang tidak pernah lalai dari memberikan pukulan-pukulan mereka tehadap Islam.

Akan tetapi novelnya pada tahun 1988 yang diterbitkan oleh Penerbit Viking iaitu The Satanic Verses inilah yang telah memasyurkan namanya secara luar biasa. Pada mulanya buku ini tidak laku sehinggalah penerbit viking menjualnya kepada penerbit Penguin. Tanpa disangka-sangka buku ini laris jualannya setelah ia melahirkan kemarahan umat Islam kerana suatu panitia bergerak bagi hal ehwal Islam di Britain telah menemui buku ini.

The Satanic Verses ini telah menuduh dan mencerca peribadi Nabi Ibrahim a.s., para malaikat, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabatnya, para isteri Nabi dan para isteri sahabat dan mensifatkan mereka sekalian dengan kata-kata lucah dan perkataan yang rendah sekali. Kaum muslimin di London telah menyeret penulis ini ke mahkamah. Malangnya undang-undang Inggeris tidak menghukum orang yang mencerca Islam, atau mencaci kesucian dan aqidah muslimin. Selepas itu barulah badan-badan Islam diseluruh dunia memfatwakan Salman Rushdie murtad dan munculah fatwa dari Iran yang terus melenyapkan Salman Rushdie sehingga kini.

Imam Ishak bin Rawahaih: kaum muslimin sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mencaci Allah, Rasulnya atau menolak firman Allah atau membunuh Nabi, maka dia kafir, meskipun dia mengakui segala apa yang diturumkan Allah dari wahyunya.

Imam Malik: "Siapa yang mencerca Nabi s.a.w. terus dibunuh dan tidak perlu disuruh bertaubatlagi."

Nama buku terbaru Salman Rushdie ialah 'Shalimar The Clown'. mengisahkan budak lelaki kashmir menjadi pejuang Islam, tersenarai untuk menerima hadiah 'booker' tahun ini. Keputusan pada 10 okt 2005. Insyallah bakal mencetuskan lagi kontroversi di dunia Islam. Menceritakan secara terperinci bagaimana seorang guru agama menjadikan seorang budak lelaki Islam seorang pengganas.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:38 PM   0 comments
JIHAD
Thursday, August 18, 2005

JIHAD

RUJUKAN: JIHAD, Kupasan lengkap mengenai jenis-jenis Jihad, gelanggang-gelanggang dan selok-belok bagi pelaksanaannya.

KARANGAN: Dr Muhammad Na’eem Yasin, Pensyarah Fakulti Syariah Universiti Jordan

Penerbit: Yayasan Islam Terengganu

Penterjemah: Ismail bin Mohd. Hassan, 1985

Imam Ibnu Taimiah mendefinisikan Jihad itu hakikatnya ialah berusaha sungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai Allah dari keimanan, amal soleh dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dari kekufuran, kefasikan dan kederhakaan.

Kebanyakan ulama’ membahagikan jihad kepada lima bahagian iaitu:-

1. Jihad menentang hawa nafsu.

2. Jihad menentang hasutan syaitan.

3. Jihad menentang golongan kafir.

4. Jihad terhadap golongan munafik (sifat-sifat kaum munafik dan cara-cara tindakan menentang mereka menurut al-Quran).

5. Jihad terhadap orang-orang zalim dan fasik (jihad menentang ahlul mungkar menurut prinsip al-amru bil ma’aruf wan nahyu anil mungkar).

Kebanyakan orang Islam hari ini memahamkan jihad itu hanya mempunyai satu pengertian sahaja iaitu mengangkat senjata menentang orang-orang kafir yang menganggu gugat umat Islam dalam agama mereka seperti yang berlaku dalam peperangan salib, sedangkan pada zaman ini dorongan-dorongan ke arah itu belum terhimpun dan mendesak seluruh umat Islam mengambil tindakan berpadu untuk menentang kedurjanaan pihak musuh Islam kecuali di beberapa tempat seperti di Palestin, Afghanistan dan Iraq yang memerlukan umat Islam melancarkan jihad menentang golongan kafir.

Buku ini baik untuk dibaca dan difahamkan oleh kita kerana ia menerangkan secara lengkap setiap jenis-jenis jihad itu kepada lima peringkat dan menerangkan setiap satunya bersandarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah serta menjelaskan tentang cara-cara dan selok-belok untuk melaksanakannya menurut ajaran Islam yang maha suci.

Imam As-Syahid Hassan al-Banna pernah menulis dalam risalah ta’alim yang menjadi garis panduan kepada semua pendokong harakah Islamiyyah terutama ahli ikhwanul muslimin mengenai jihad iaitu:

“Peringkat jihad yang pertama ialah mengingkari dengan hati dan peringkat yang paling tinggi ialah berperang dijalan Allah. Di antara kedua-dua peringkat jihad itu terdapat jihad lisan, tulisan, tangan dan menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim. Dakwah tidak akan hidup tanpa jihad. Sejauhmana ketinggian dan keluasan ruang lingkup dakwah pada jalan Allah, begitulah juga ketinggian dan keluasan ruang lingkup jihad pada jalan Allah. Begitulah juga mahalnya harga yang diperlukan untuk membantu perjuangan dakwah dan besar pula pahala bagi mereka yang beramal”.

Dr Said Ramadhan Al Butti mengatakan Jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya. Adapun tujuannya pula ialah menegakkan masyarakat Islam dan membentuk ‘Daulah Islamiyyah yang sebenar’.

Abdullah bin Al Mubarak mengungkapkan kata-katanya berkenaan jihad:-

Wahai abid di Al Haramain!

Jika saudara melihat kami

Nescaya saudara tahu bahawa

Saudara hanya bermain-main dengan ibadat

Kalau pipi saudara dibasahi air mata

Leher kami pula dibasahi darah

Kalau kuda saudara penat di dalam kebatilan

Kuda kami pula penat di medan perang

Wangi-wangian adalah untuk kamu

Wangi-wangian kami pula adalah debu-debu

akibat hentakan kaki-kaki kuda

Mudah-mudahan kita tidak menjadi golongan seperti yang dinyatakan oleh Syed Qutb di dalam tafsir Fi Zilalil Quran: “Sesunggunya manusia yang paling bersemangat dan maju ke depan, kadang-kadang adalah orang yang paling pengecut dan mundur apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Bahkan ini mungkin boleh dijadikan kaedah. Ini adalah kerana terlalu bersemangat dan maju ke depan lazimnya berpunca dari tidak tahu menilai hakikat sesuatu tugas, bukannya berpunca dari sifat berani dan tahan lasak. Ia juga dari sikap tidak tahan menanggung kesempitan dan derita. Lalu sifat tidak sabar itu mendorong bergerak kehadapan untuk mengalahkan musuh tanpa menilai kekuatan dan ketahanan diri sendiri. Jadi apabila mereka berhadapan dengan realiti dan mendapati bahawa tugas itu lebih berat dari yang disangka, mereka menjadi saf yang pertama mundur dan tumbang. Tetapi orang yang tahan lasak dan tidak mundur ialah orang yang dapat mengawal diri, sabar menanggung kesempitan dan derita pada beberapa ketika serta membuat persiapan dan pandai menilai hakikat tugas harakah. Sejauh mana kesabaran jiwa menanggung tugas-tugas ini, maka mereka akan bersabar, tidak gopoh dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Orang-orang yang terlalu bersemangat maju ke depan tadi mungkin tidak bersetuju dengan cara ini dan menganggapnya sebagai kelemahan. Di dalam peperangan barulah terbukti manakah di antara dua golongan tadi lebih tahan lasak dan lebih jauh pandangannya.

Wallahu aklam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:08 PM   0 comments
USAH BESARKAN ISU YANG TIDAK JELAS
Wednesday, August 17, 2005



Usah besarkan isu yang tidak jelas
Thursday, August 25 @ 11:59:48 MYT


Oleh SYAFIQ

Saya ingin menarik perhatian terhadap tulisan saudara Zulhelmi bertajuk "Mawi mampu ubah pendekatan politik PAS?" Beliau memulakan tulisannya dengan beberapa contoh ayat tegahan, "jangan tegur/ jangan bercampur/ jangan berkawan ...", seterusnya beliau menulis, "mengakulah sejujurnya, itulah kata-kata yang selalu kita dengari terhambur dari rakan-rakan kita penyokong PAS terutama yang hardcore."

Saya kini berusia 36 tahun, berminat pada PAS semenjak saya berusia 15 tahun, aktif sekitar umur 18 tahun, sememangnya saya dikira "hardcore" PAS, ramai kawan-kawan saya pun boleh dilabel "hardcore" PAS, tapi setakat ini tidak pernah lagi saya mendengar perkataan seperti yang Zulhelmi tuliskan keluar dari mulut saya atau kawan-kawan saya.

Apakah benar Zulhelmi sering mendengar perkataan ini diucapkan oleh golongan yang dikatakan "hardcore" PAS?

Mungkin terdapat yang mengingatkan, seperti lebih baik tidak menghadiri sesuatu majlis yang jelas ada maksiat, sekiranya itulah peringatan atau teguran sememangnya ia berasas dan menepati kehendak Allah dan Rasullullah.

Bukan apa, saya cuma bimbang budaya memperbesar-besarkan isu yang tak jelas akan membawa perpecahan kepada kita hingga mewujudkan jemaah dalam jemaah, golongan ulamak, golongan profesional, golongan muda golongan tua, golongan hardcore, golongan liberal dan bermacam lagi.

Jangan pecahkan lagi kepada yang sokong Mawi dan yang tidak sokong Mawi. - um

Rasanya penjelasan exco kerajaan Kelantan YB Husam Musa pada Harakah keluaran 1 Sept-15 Sept 2005 telah menjawab persoalan Undangan Mawi ke Kelantan. Hanya Mawi yang diundang untuk memeriahkan lagi program Tautan Kasih yang mengandungi lagu-lagu nasyid sebagai hiburan alternatif kepada rakyat kelantan. Program ini mungkin mensasarkan kumpulan remaja sebagai sasaran utama dakwah.

Saya adalah ahli PAS sejak 1990, walaupun telah 15 tahun men jadi ahli biasa PAS masih menganggap seolah-olah baru lagi menyertainya. Kepada Zulhelmi yang mengaku sebagai golongan hardcore PAS sepatutnya lebih maklum dari ahli biasa yang tidak aktif seperti saya bahawa di dalam organisasi Islam seperti PAS kita hendaklah mempunyai sikap Thiqah kepada pimpinan PAS, apatah lagi di bawah era kepimpinan ulama’.

Imam Asy-Syahid al-Banna pernah mengatakan “ Yang saya maksudkan dengan thiqah ialah keyakinan seorang jundi(pendakwah) terhadap Qiadah(pemimpin) pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.”

Tambah beliau lagi, Qiadah merupakan sebahagian dari dakwah. Dakwah tidak akan wujud tanpa Qiadah. Kekuatan sistem jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya menuju matlamat dan keupayaannya menghadapi segala bentuk halangan serta kesusahan sangat bergantung kepada sejauh mana timbal balik thiqah di antara Qiadah dan Jundi.

Marilah kita sama-sama rapatkan barisan, PAS dianggotai oleh seluruh lapisan masyarakat sudah tentu mempunyai berbagai ragam dan karenah, apa yang perlu ialah kita saling faham memahami dan berlapang dada dalam sesuatu isu yang belum jelas dan janganlah cepat melatah.

Kita perlulah mempersoalkan diri kita dulu untuk mengukur sejauh mana thiqah kita pada pucuk pimpinan:

  1. Adakah kita telah mengenali pimpinan sebelum ini dan mengkaji suasana yang melitupinya kehidupannya?
  2. Adakah kita meyakini keupayaan dan keikhlasannya?
  3. Adakah kita bersedia membuat andaian bahawa diri kita di pihak yang salah dan pimpinan di pihak yang benar, sekiranya berlaku pertentangan diantara pendapat kita dan pimpinan sekiranya perkara itu merupakan ijtihad dan tidak ada nas syarak?
  4. Adakah kita bersedia meletakkan seluruh corak kehidupan kita dibawah pentadbiran dakwah? Menurut pandangannya pihak pimpinan berhak menentukan kepentingan individunya dan kepentingan dakwah?

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:35 PM   0 comments
HADITH PALSU(MAWDU')
Tuesday, August 16, 2005

HADITH PALSU(MAWDU’)

Rujukan: Ulum Hadith STPM, oleh Joni Tamkin Borhan dan Che Zarina Shaari B.A, M.A. syariah (UM).

Menurut Sir William Muir, pemalsuan hadith bermula pada masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Ahmad Amin pula berpendapat pemalsuan hadith bermula pada masa Rasulullah s.a.w. lagi. Pendapat ini ditolak oleh ahli-ahli hadith kerana ia tidak mempunyai alasan sejarah dan tidak ada bukti para sahabat memalsukan hadith.

Ahli-ahli hadith berpendapat pemalsuan hadith bermula dan berlaku selepas lahirnya fitnah iaitu semasa kerajaan Islam di bawah pemerintahan Uthman bin Affan. Fitnah bermaksud keadaan yang tidak tenteram yang berlaku pada pemerintah beliau yang mengakibatkannya dibunuh. Bermula dari peristiwa fitnah tersebut, pemalsuan hadith telah berkembang dan mencapai kemuncaknya pada abad ke 2 dan ke 3 hijrah.

FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN HADITH PALSU

  1. Perpecahan politik.

Masyarakat Islam telah berpecah kepada beberapa golongan selepas peperangan Siffin di antara Saiyidina Ali r.a. dengan Mu’awiyah. Golongan Syi’ah, khawarij dan al-Rafidah telah membuat hadith palsu. Menurut ibnu Taimiyyah golongan al-Rafidah adalah golongan terbanyak membuat hadith palsu mengenai kelebihan ahli-bait, hadith-hadith mencaci sahabat dan hadith-hadith menghina Muawiyyah.

  1. Musuh Islam

Kerajaan Islam telah berjaya menguasai empayar Rom dan Parsi dan menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang menindas rakyat. Islam telah mengubah kehidupan penduduk dari aqidah yang menyesatkan kepada aqidah yang benar lagi sahih dan kehidupan yang bebas, aman dan damai.

Para pemimpin yang kehilangan kuasa telah menaruh dendam pada Islam dan penganutnya. Mereka mencipta hadith palsu untuk merosakan aqidah dan pemikiran umat Islam. Contohnya Abdul Karim bin al-Awja yang mengaku sebelum dipancung lehernya, mencipta 4 000 hadith palsu.

  1. Taksub kepada kenegerian, keturunan dan puak

Sebahagian daripada pemerintah kerajaan Bani Umayyah melaksanakan polisi melantik para pegawai dari kalangan orang Arab dan mengenepikan orang-orang Mawali iaitu orang Islam bukan keturunan Arab. Ini menyebabkan golongan Mawali mencipta hadith palsu bagi mengangkat taraf, kedudukan, bahasa dan puak mereka.

  1. Tukang Cerita (al-Qasas)

Tujuan utama tukang cerita memalsukan hadith supaya orang ramai tertarik dengan percakapan mereka dan mendapat hadiah.

  1. Kecenderungan kepada kebaikan tetapi jahil dalam agama

Sebahagian ahli zuhud, orang-orang Soleh dan ahli-ahli ibadat mencipta hadith-hadith palsu dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah SWT, tetapi mereka jahil tentang agama. Mereka mencipta hadith palsu yang menggalakkan orang ramai melakukan amal soleh dan menghampirkan diri pada Allah SWT.

  1. Perbezaan mazhab fiqh dan ilmu kalam

Perbezaan dalam mazhab fiqh dan ilmu kalam mendorong sesetengah mazhab fiqh dan ilmu kalam mendorong sesetengah mereka membuat hadith palsu dengan tujuan menguatkan dan menarik orang ramai menyertai kumpulan mereka.

  1. Untuk mendekatkan diri kepada pemerintah

Orang Islam tertentu mencipta hadith palsu dengan tujuan mendapatkan penghormatan dan anugerah dari pemerintah dan raja-raja. Contohnya: Ghiyath bin Ibrahim telah mencipta hadith palsu untuk mendapat penghormatan khalifah al-Mahdi, khalifah kerajaan Abbasiyyah. Beliau berkata “Tidak dibenarkan mengadakan perlumbaan kecuali perlumbaan memanah, atau memacu kuda atau peraduan burung merpati”

Setelah mendengar kata-kata Ghiyath, baginda mengurniakan 10 000 dirham.

Apabila Ghiyath bangun dan meninggalkan tempatnya, al-Mahdi pun berkata “Aku naik saksi bahawa tengkuk kamu adalah tengkuk pendusta kepada Rasulullah s.a.w”.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:28 PM   0 comments
SURAH AL-QIYAMAH
Monday, August 15, 2005

SURAH AL-QIYAMAH(HARI KIAMAT)

Surah 75

40 ayat

Diturunkan di Mekah

Tafsir Al-Azhar: Prof Dr HAMKA

Di dalam surah 75 ini, yang mengandungi 40 ayat dan diturunkan di Mekah, dengan susun kata indah kalam wahyu ilahi kepada manusia diperingatkan tentang hidup manusia itu sendiri, melalui berbagai gelombang hidup, sejak masih dari nutfah sampai menjadi insan yang hidup di mukabumi, dan sampai pula akan datangnya maut yang tidak dapat dielakkan, semuanya digambarkan dalam surah ini. Maka diterangkan bahwa manusia itu bukanlah didatangkan Tuhan ke dunia ini hanya untuk semata-mata datang. Bahkan ditunjukkan pula kepadanya jalan mana yang mesti ditempuhnya, agar dia selamat. Kerana hidup pastilah ditutup dengan mati. Dan perjalanan bukanlah semata-mata sehingga mati sahaja. Sesudah mati ada lagi sambungan kehidupan iaitu hari kebangkitan, yang bernama hari kiamat itu.

Dari pangkal surah diberi ingat kepada manusia bahawa bukan saja Allah Maha Kuasa menyusun tulang kembali, iaitu tulang-tulang yang telah hancur mumuk terbenam beratus, beribu-ribu tahun di dalam tanah, bahkan hujung jari pun akan dikembalikan sebagaimana sediakala. Di hujung surah diperingatkan sekali lagi tentang kejadian manusia; bahawa asal mulanya hanyalah setitik mani yang melancar keluar dari kemaluan; kemudian mani itu pun setelah terletak di dalam rahim beransur menjadi ‘alaqah, iaitu segumpal darah; dan dari segumpal darah beransur naik sampai membentuk menjadi tubuh manusia, lalu diberi nyawa, lalu lahir ke dunia ini dan menjadi insan.

Yang demikian itu adalah kenyataan yang dapat disaksikan setiap hari. Dan semua manusia memang demikian kejadiannya. Maka kalau dari setitik mani dapat menjelma manusia, mejadi makhluk mulia berfikir dan berjalan di mukabumi, demikian dia dijadikan oleh Sesuatu Yang Maha Kuasa; kejadian itu disaksikan setiap hari. Suatu hal yang ganjil, suatu pertanyaan yang tidak terjawab. Maka jika manusia yang telah meninggal dunia dihidupkan kembali, disusun kembali tulang-tulang, bahkan hujung jarinya oleh Sesuatu Yang Maha Kuasa itu juga, mungkinkah pada akal?

Dengan pertanyaan demikianlah surah ini ditutup, pada ayat 40. maka dengan mengambil kesaksian pada kejadian setitik mani dalam masa sembilan bulan dapat menjelma menjadi manusia, sedang kita samasekali tidak tahu bagaimana rahsia perkembangan kejadian itu, apakah tidak suatu perbuatan orang yang bebal kalau kita tidak mahu percaya bahawa makhluk akan dibangkitkan kembali, kerana kita belum pernah melihatnya? Sedangkan yang lalu lapis-lapis kekuasaan lain yang belum diperlihatkan kepada kita.

Inilah salah satu kesimpulan dari isi surah al-Qiyamah.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:25 PM   0 comments
SURAH AL-MUZZAMMIL
Sunday, August 14, 2005

SURAH AL-MUZZAMMIL(YANG BERSELIMUT}

Surah 73

20 ayat

Diturunkan di Mekah

Tafsir Al-Azhar: Prof Dr HAMKA

Surah ini bernama al-Muzzamil yang bererti orang yang berselimut iaitu dimaksudkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Surah ini adalah surah yang ke 73 dalam susunan Mushaf Usmani, terdiri dari 20 ayat. “Al-Muzzamil” sebagai nama surah bertemu di dalam ayat yang pertama.

Ada beberapa riwayat kenapa ia disebut berselimut. Riwayat yang utama ialah surah ini turun sesudah Nabi Muhammad s.a.w. turun dari gua Hira’, menerima ayat-ayat al-Quran yang pertama iaitu lima ayat dari Surah Al-Alaq “Iqra’…” dan seterusnya. Baginda pun pulang ke rumahnya mendapati isterinya Siti Khadijah. Baginda berkata; “Zammiluuni, Zammiluuni”, selimutilah aku, selimutilah aku. Kerana baginda merasa kedinginan setelah diri baginda dipeluk keras oleh Jibril, sebagai pengalaman pertama baginda menerima wahyu.

Riwayat yang lain mengatakan bahawa erti berselimut di sini bukanlah benar-benar berselimut kain kerana kedinginan. Melainkan tanggungjawab nubuwwat dan risalah yang diberikan oleh Allah SWT kepada baginda, terlalu berat seakan-akan membuat badan jadi panas-dingin, iaitu suatu perintah Allah SWT yang wajib dia sampaikan kepada manusia terutama terlebih dahulu kepada kaumnya yang terdekat yang masih kuat mempertahankan jahiliyyah dan kemusyirikan. Baginda merasakan tugas ini bukanlah mudah. Lantaran itu maka dia dipanggil Allah dengan “Muzzammil”, yang boleh diertikan orang yang diselimuti seluruh dirinya oleh tugas yang berat.

Riwayat yang ketiga pula mengatakan ayat ini diturunkan pada malam hari, sedang Nabi Muhammad s.a.w. enak tidur dan berselimut. Maka datang perintah menyuruh berdiri mengerjakan sembahyang malam. Untuk sembahyang malam itu selimut hendaklah disingkirkan, segera bangun, ambil wudhu’ dan sembahyang. Ini pun dapat dipertalikan dengan ayat 79 dariapada surah 17, al-Isra’.

“Dan pada sebahagian dari malam berbangkitlah bangun sebagai tambahan”

Tahajjud ialah bangun menyentak, melepaskan selimut.

Dari ketiga keterangan itu, yang satu menguatkan yang lain dan semuanya dapat diterima, jelaslah termaktub salah satu gelaran terhormat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu “al-Muzzammil”, disamping gelaran-gelaran terhormat baginda yang lain.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:23 PM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com