Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Menjelang kemerdekaaan IV: Melayu dipinggirkan dari politik, ekonomi dan sosial
Monday, August 27, 2007
harakahdaily, 27 ogos 2007

Roy Rasul
Mon | Aug 27, 07 | 05:46:43 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Keseronokan menyambut kemerdekaan negara yang ke-50 tidak ada ertinya jika bangsa Melayu sendiri terpinggir baik di segi ekonomi, pendidikan dan sosial kata, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Ustaz Mujahid Yusof Rawa.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Justeru itu katanya, ulang tahun kemerdekaan negara harus disambut dengan penuh keinsafan bagi memajukan anak bangsa.

"Bagi saya kemerdekaan ini harus disambut dengan penuh insaf demi memajukan anak bangsa kita bukan disambut dengan bersukaria sehingga kita lalai tanggungjawab masa depan bagi membaiki nasib mereka," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, bukan beliau menafikan terus kemajuan dan manfaat yang dikecapi bangsa Melayu tetapi katanya setelah merdeka usaha pembangunan untuk orang Melayu lebih dipolitikkan oleh kepentingan parti politik tertentu.

"Contohnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan kira-kira selepas 10 tahun merdeka, dengan tujuan memajukan orang Melayu tapi hasilnya kita lihat hanya segelintir orang Melayu yang maju itu pun mereka yang rapat dengan Umno.

"Bagi saya DEB bukan melahir bumiputera yang maju sebaliknya Umno putera yang maju," dakwanya.

Oleh kerana itu katanya, bagaimana orang Melayu akan maju apabila berlakunya dasar selektif dalam pembahagian projek perlu memasuki Umno dahulu.

Sebaliknya katanya, orang Melayu yang betul-betul boleh berjaya tetapi tidak condong dalam politik susah mendapat projek.

"Maknanya orang yang ada kepentingan politik baru dianugerah projek dan sebagainya," katanya.

Perkara seperti itu tegasnya tidak sihat dari segi pembangunan negara kerana anugerah pembangunan sewajarnya diberi atas dasar merit bukan kerana kronisme.

Kerana itu katanya, perjalanan orang Melayu masih jauh jika kuasa dan politik yang ada pada hari ini mendominasi kehidupan.

"Ini memundurkan orang Malayu dan akhirnya berlaku sistem Ali Baba dan bagaimana orang Melayu betul-betul mahu maju," tegasnya.

Di segi pendidikan pula katanya, selepas 50 tahun merdeka banyak usaha dibuat contohnya dasar-dasar pendidikan negara, insfrastruktur sekolah dan sebagainya.

Namun katanya, apa yang menjadi masalah antaranya ialah penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Katanya ini jelas, bahasa Melayu tidak menjadi bahasa teras dalam pendidikan.

"Di segi falsafah pendidikan saya rasa itu tidak memajukan bahasa Melayu jika bahasa sendiri tidak dimartabatkan," katanya.

Malah katanya, dalam tempoh 50 tahun merdeka dalam aspek sosial, orang Melayu hari ini dilihat antara yang paling banyak terlibat dalam gejala tidak berakhlak.

"Kita kena ambil perhatian jangan kita berbangga mempunyai banyak universiti tetapi kena tengok di pusat serenti orang Melayu yang ramai menjadi penghuninya dan ini satu indikator yang tidak baik.

"Dulu anak orang Melayu dengan isu bohsianya, hari ini dengan mat rempit, jenayah dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata sepatutnya selepas 50 tahun merdeka orang Melayu menjadi contoh kepada bangsa lain sebaliknya memalukan bangsa.

Sehubungan itu katanya sempena 50 tahun merdeka orang Melayu perlu mengambil satu sikap positif untuk membuat perubahan politik di negara kita khususnya dalam pilihan raya umum nanti .

Ini katanya, 50 tahun memerintah Umno gagal memajukan orang Melayu.

"Sepatutnya mereka membawa satu era baru bagi memajukan Malaysia khususnya orang Melayu.

"Sekarang rakyat boleh melihat parti politik mana yang lebih matang dan lebih terbuka terutamanya dalam pengagihan ekonomi yang lebih adil.

"Rakyat boleh lihat politik yang dikuasa Umno banyak yang gagal daripada berjaya," katanya. - mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:06 PM   0 comments
Menjelang kemerdekaan III: Awas kempen 'fun','fear' dan 'future' Umno!
harakahdaily, 27 ogos 2007

Intan Abdullah
Mon | Aug 27, 07 | 03:31:42 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Perjuangan mempertahankan kemerdekaan telah dipelopori oleh ulama silam sejak 435 tahun yang lalu iaitu sebelum kelahiran Umno.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar yang menyorot sejarah silam yang diperdebatkan mengenai fakta dan sejarah yang disembunyikan oleh pihak tertentu dalam pengkisahan semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau membuat penegasan tersebut ketika menutup 'Seminar Penghayatan Kemerdekaan sempena Kempen Selamatkan Malaysia' anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah, PAS Pusat pada Sabtu, 25 Ogos yang lalu di Anjung Rahmat, Gombak.

Dalam ucapannya, beliau meminta semua pihak agar mengawasi tiga ciri utama merayakan ulangtahun ke-50 kemerdekaan negara yang dilancarkan oleh kerajaan sekarang ini iaitu 'Fun' atau hiburan yang melampau, 'Fear' yakni menakutkan kakitangan awam dengan menyuntik rasa, 'jangan lawan Umno' dan 'Future' iaitu strategi Umno yang hanya pandai membentangkan perancangan sebagai janji kepada rakyat.

Kamarudin juga menyentuh konsep kemerdekaan yang telah lama diguna pakai sejak zaman Rasulullah yang bermula dengan hukuman memerdekakan hamba sebagai penebus kepada kesalahan tertentu yang dilakukan.

Sementara itu, seminar tersebut juga menggariskan beberapa resolusi yang dibacakan oleh Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Menurutnya, PAS menuntut kepada pihak kerajaan melalui Arkib Negara supaya pensejarahan kemerdekaan negara diselusuri semula sejak awal tahun 1900 lagi dengan menonjolkan kelompok pejuang kemerdekaan yang berperanan aktif mempelopori dan meniupkan semangat menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan Negara.

Seminar itu juga mendesak kerajaan supaya menarik balik ataupun menghapuskan terus sebarang bentuk akta, akujanji dan peraturan yang menyekat hak dan kebebasan bersuara secara akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau mana-mana agensi seterusnya memberi peluang kepada seluruh rakyat khususnya ahli akademik dalam melontarkan idea dan pandangan mereka secara ilmiah terhadap sebarang isu dan pergolakan dalam negara.

Dalam masa yang sama, seminar separuh hari tersebut turut menyokong kenyataan Ketua Hakim Negara yang menyatakan Malaysia hendaklah bebas dari 'common law' dan menjadikan Islam sebagai alternative terbaik, di samping pengukuhan kenyataan oleh Peguam Negara yang mengatakan hanya syariah Islam sahaja yang boleh digunapakai.

"Kami juga menyarankan agar seluruh rakyat Malaysia agar bangkit bagi mengembalikan hak kemerdekaan yang sepatutnya dimiliki oleh warganegara yang merdeka,"ujarnya mengakhiri program tersebut.

Seminar Penghayatan Kemerdekaan itu diisi dengan dua wacana iaitu 'Menelusuri Semula Sejarah Kemerdekaan Negara' oleh Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Dr Muhammad Nur Manuty yang diulas oleh Hj Wan Abdul Rahman Abd Latif pada sebelah pagi.

Manakala Wacana 2 bertajuk 'Pengalaman Pejuang Kemerdekaan' yang membariskan Ketua Angkatan Pemuda Insaf Perlis, Pak Wan Khazim Wan Din; Yang DiPertua PAS kawasan Batu, Ustaz Ishak Surin dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Dzul Khairi Mohd Nor serta dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Anuar Tahir. - mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:05 PM   0 comments
Menjelang kemerdekaan II: PAS ditubuh kerana Umno tolak usaha kemerdekaan
harakahdaily, 27 ogos 2007

Mohd Fadli Ghani
Mon | Aug 27, 07 | 03:48:09 PM

Kelahiran PAS dikatakan mempunyai kaitan dengan perjuangan ulama mempertahankan kemerdekaan tanah air dan menuntut kemerdekaan semenjak 1511. Kemuncak pergerakan ulama ini akhirnya membawa kepada penubuhan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Selepas parti Islam ini dilumpuhkan oleh British melalui Ordinan Darurat 1948, sebahagian ulama Hizbul Muslimin menyertai Bahagian Agama Umno.

Menyedari sikap Umno yang terlalu menjaga kepentingan British, tidak peka terhadap aqidah umat Islam, mengamalkan perkara yang diharamkan seperti judi, fun fair dan kaberet serta keengganan Umno memperjuangkan kemerdekaan, maka para ulama mendesak diadakan Persidangan Ulama Se-Malaya di Muar pada Februari 1950.

Selepas persidangan ulama anjuran Umno ini, para ulama bersidang kali kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 dan menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya. Ketika Persatuan Ulama Se-Malaya bersidang tanpa pengaruh Umno di Butterworth pada 24 November 1951, nama persatuan ini ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS.

lumpuhnya Hizbul Muslimin

Penubuhan PAS yang berlaku pada 23 Ogos 1951 di dalam persidangan ulama yang dianjurkan oleh Umno bukanlah suatu yang aneh. Pertama, kerana para ulama yang sekian lama berjuang untuk menegakkan kemerdekaan terpaksa memasuki Bahagian Agama Umno sebagai satu-satunya wasilah untuk mereka bergerak selepas lumpuhnya Hizbul Muslimin pada Julai 1948. Kedua, para ulama telah lama memperkatakan keperluan mereka mempunyai organisasi sendiri yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak termasuk Umno dan hal ini diluahkan oleh Haji Ahmad Fuad melalui tulisannya, “Ulama belum bersatu dan tidak punya persatuan” . Ketiga, Umno sendiri sengaja membenarkan ulama menubuhkan persatuan yang menjadi sayap Umno sebagai salah satu strategi politiknya, khususnya untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno.

Maka para ulama yang mempunyai kesedaran terhadap perjuangan kemerdekaan ini telah menggunakan peluang yang dibuka oleh Umno untuk membolehkan mereka menubuhkan persatuan mereka sendiri. Benar kata Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, “PAS tidak ditubuhkan oleh Umno, tetapi oleh ahli PAS yang berada dalam Umno!”

Tujuan penubuhan PAS ketika ia ditubuhkan langsung tidak menyebut soal merdeka. PAS menggariskan empat tujuannya iaitu:

i) mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk suatu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntuan-tuntutan agama Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

ii) menumpukan segala ikhtiar dan tenaga bagi menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Malaya.

iii) memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam; dan

iv) bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negeri ini yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran agama Islam di dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan peri kemanusiaan.

Kerana itu, para pengkaji membuat kesimpulan PAS bukanlah sebuah parti politik asalnya, tetapi hanyalah sayap ulama Umno iaitu sebuah pertubuhan kebajikan Islam.

Walaupun persoalan menuntut kemerdekaan tidak disebut dalam tujuan PAS, bukan bermakna para ulama yang bergerak dalam PAS tidak mempunyai cita-cita kemerdekaan, bahkan mereka lebih sedar tentang keperluan kemerdekaan tersebut.

hubungan Umno dengan British

Para ulama sengaja meniadakan perkataan ‘merdeka’ itu kerana Umno sendiri ketika itu masih menolak merdeka. Umno semenjak ditubuhkan pada 1946 tidak pernah membicarakan soal merdeka, sebaliknya Dato’ Onn Jaafar sebagai Ahli Dalam Negeri dalam kabinet Sistem Ahli amat menjaga hubungan Umno dengan British.

Menurut Tan Sri A Samad Idris, Pemuda Umno Kuala Pilah yang dipengaruhi oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah mengusulkan supaya slogan “Hidup Melayu” ditukar kepada “Merdeka” dalam persidangan Pemuda Umno pada 1951. Walaupun ia diterima oleh Pemuda Umno, tetapi ditolak oleh Dato’ Onn kerana tidak mahu hubungan Umno dengan British terjejas.

Oleh kerana PAS ditubuhkan oleh persidangan ulama anjuran Umno, berkebetulan pula Haji Ahmad Fuad adalah ‘orang kuat’ Dato’ Onn, maka persoalan kemerdekaan sengaja tidak dibangkitkan dalam menggariskan tujuan penubuhan PAS.

tujuan tersirat

Adakah ini bermakna PAS ditubuhkan tanpa matlamat merdeka atau apa muslihat sebenar ulama di sebalik penubuhan PAS? Menurut Ustaz Othman Hamzah, salah seorang bekas pemimpin Hizbul Muslimin yang juga pengasas PAS, PAS mempunyai tujuan tersirat ketika ia ditubuhkan.

Pertama, kerana para ulamak amat bimbang dan kecewa dengan tindakan-tindakan Umno yang menjalankan aktiviti haram seperti judi, fun fair dan kaberet. Ulama yang bersidang di Pokok Sena, Seberang Perai pada awal Ogos 1951 memutuskan bahawa loteri anjuran Umno adalah judi dan haram di sisi Islam. Penubuhan persatuan ulama diharap dapat membendung kegiatan haram ini.

Kedua, para ulama mempunyai pendirian sekiranya pemimpin Umno terus menolak usaha kemerdekaan dan masih bersekongkol dengan British termasuk menganut fahaman kebangsaan yang terkeluar daripada Islam, maka persatuan ulama ini akan berpisah daripada Umno untuk memperjuangkan sendiri soal kemerdekaan berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Ini menunjukkan bahawa para ulama mempunyai sikap yang berbeza dengan Dato’ Onn dan Umno dalam soal kemerdekaan dan mereka bersedia memisahkan diri daripada Umno jika Umno tidak memperjuangkan kemerdekaan menurut al-Quran dan Sunnah ini.

Salah seorang ulamak yang menjadi pemimpin tertinggi Umno, Ustaz Ahmad Maliki pernah menerangkan kepada Ustaz Othman Hamzah tentang tujuan sulit di sebalik penubuhan PAS iaitu: “sebagai satu pertubuhan kebajikan yang bersatu dalam pertubuhan itu daripada ulama-ulama dan orang-orang Islam rakyat Persekutuan berkedudukan di bawah Umno diharap dapat menasihat dan menekan pucuk pimpinan Umno atau sekurang-kurangnya mengurangkan keleluasaan Umno daripada melakukan amal usahanya yang melanggar batas-batas hukum syarak serta adab susila Islam seumpama menganjurkan loteri, mengadakan fun fair dan sebagainya yang mengotorkan Islam”.

Tujuan tersirat yang kedua: “sebagai badan persediaan bagi gerakan menuntut kemerdekaan jika takdirnya Umno pula diharamkan oleh penjajah Inggeris seperti yang dihadapi oleh PKMM dan Hizbul Muslimin yang berjuang menuntut kemerdekaan…”.

Daripada penjelasan Ustaz Ahmad Maliki ini menampakkan bahawa ulamak mempunyai kebimbangan jika Pemuda Umno yang mula bercakap soal merdeka pada 1951 akan menerima nasib seperti parti yang lain, dan ulama menubuhkan PAS sebagai satu persediaan menghadapi keadaan ini.

tujuan sebenar penubuhan PAS

Seorang lagi tokoh Hizbul Muslimin yang aktif dalam Bahagian Agama Umno dan menjadi pengasas PAS, Haji Sulaiman Palestin pernah mendedahkan tujuan sebenar PAS ditubuhkan. Menurut Subky Latif yang diberitahu oleh Haji Sulaiman Palestin bahawa PAS ditubuhkan dengan persetujuan Umno kerana bimbang pihak British menggunakan ulama-ulama kerajaan untuk mengeluarkan fatwa mengatakan perjuangan kemerdekaan dan anti-British adalah bertentangan dengan Islam kerana British adalah “ulil amri” .

Umno memerlukan satu badan ulamak yang kuat dan berpengaruh seperti PAS untuk menjawab fatwa itu jika ia berlaku. Hal ini tidak mustahil kerana di India, tokoh-tokoh agama dipergunakan oleh British bagi menyebarkan dakyah bahawa British Raj (pemerintah British di India) adalah Khalifatullah dan ulil amri yang mesti ditaati oleh umat Islam India. Persatuan ulamak India, Jamaat-i-Ulamak Hind telah berperanan menjawab dan menolak fatwa-fatwa sesat ini, sekaligus merangsang umat Islam di India bangkit menuntut kemerdekaan. Sekali lagi dalam soal ini memperlihatkan bahawa PAS mempunyai matlamat kemerdekaan yang amat jelas dan PAS dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan fatwa-fatwa ulama kerajaan yang menyekat perjuangan kemerdekaan.

Ternyata sentimen merdeka yang membara di kalangan ulama dalam PAS tidak dapat dibendung apabila Mesyuarat Agung PAS yang pertama pada 3 Januari 1953 memasukkan “Merdeka” sebagai cogan kata PAS. Pada tahun berikutnya, “Merdeka” dijadikan seruan PAS manakala “Allahu Akbar” dijadikan cogan kata. Setelah PAS memisah dirinya daripada pengaruh Umno pada 1954, PAS telah meletakkan dalam Undang-undang Tubuhnya tentang tujuan PAS untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Pindaan Perlembagaan PAS pada 12-14 Ogos 1954 memasukkan matlamat PAS untuk “menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan menegakkan kemerdekaan negara dan umat Islam” di samping “memperjuangkan cita-cita Islam di dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”.

pindaan perlembagaan PAS

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, PAS meminda perlembagaannya dengan memasukkan tujuan PAS antara lain untuk “mengawal, mempertahankan dan memperkukuh kemerdekaan negara” . Kemudian penegasan ini diperkemaskan pada 1971 dengan meletakkan “mendukung dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara” sebagai salah satu tujuan perjuangan PAS.

Daripada perkembangan ini dapat diungkapkan bahawa PAS semenjak ia ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 hingga hari ini bukan sahaja mempunyai matlamat untuk menegakkan kemerdekaan, bahkan berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan ini.

Satu persoalan besar yang dibangkitkan oleh PAS dalam memahami makna kemerdekaan pada sudut pandangan PAS ialah kemerdekaan mesti diisi dengan Islam. PAS membuat pendirian bahawa Islam mesti menjadi asas perjuangan kemerdekaan, segala rundingan kemerdekaan mesti meletakkan Islam sebagai landasan pembinaan negara baru ini dan kemerdekaan tanpa perlaksanaan al-Quran dan Sunnah umpama merdeka separuh masak atau tidak merdeka penuh.

PAS menyifatkan kemerdekaan berasaskan Perlembagaan Reid adalah “berlawanan dengan dasar-dasar isu perjuangan kita (PAS)”. Kerana itu PAS mendesak Suruhanjaya Reid supaya meletakkan Islam sebagai agama rasmi Tanah Melayu. “On of the implication of the constitutional recognition of the Malay culture and the Malay education is that Islam should be the official religion in this country”.

Kata Dr Burhanuddin, “… belumlah dihitungkan telah merdeka dengan sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada seseorang, masyarakat dan negara barulah tercapai kemerdekaan yang dicita-citakan oleh PAS”.

Mesyuarat Agung PAS Keenam pada 24-25 Ogos 1957, iaitu enam hari sebelum merdeka membuat pendirian:

“… maka Persidangan ini setelah mempelajari dan meneliti, nyatalah bahawa nilai merdeka 31 Ogos ini masih kosong daripada cita-cita perjuangan PAS. Maka Persidangan ini sebulat suara berazam dan berikrar akan berjuang terus bagi mengisi kemerdekaan …”

Mohd Fadli Ghani ialah pegawai di Jabatan Arkib dan Perpustakaan Haji Yusof Rawa PAS.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:04 PM   0 comments
Menjelang kemerdekaan I: PAS tolak Suruhanjaya Reid; Perikatan sokong
Harakahdaily, 27 ogos 2007

Penulis Khas
Mon | Aug 27, 07 | 02:28:21 PM

Sekembalinya dari London, Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, singgah di Melaka pada 25 Februari 1956 untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Orang ramai yang berkumpul di padang Bandar Hilir Melaka menyambut pengumuman bersejarah itu dengan laungan ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!’.

Dalam keasyikan melaungkan kalimah ‘merdeka’ itu, terserlah juga kebimbangan di kalangan orang Melayu tentang nasib yang akan menimpa mereka selepas Tanah Melayu merdeka. Mungkinkah mereka akan mengalami nasib sama seperti orang Palestin?

Melihat kepada tuntutan melampau pertubuhan bukan Melayu menambahkan lagi kebimbangan mereka. Sebagai sebuah parti Melayu, PAS atau Parti Islam se-Tanah Melayu memandang serius terhadap tuntutan melampau kaum bukan Melayu yang kiranya diterima bukan sahaja akan menghakis hak ketuanan Melayu tetapi juga menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pribumi negara ini.

Atas pendirian itu PAS perlu memain peranannya sebagai pembela bangsa dan agama. PAS tidak yakin Umno akan dapat menjaga kepentingan orang Melayu kerana terikat dengan semangat setiakawan Perikatan yang berjuang atas landasan Tanah Melayu untuk orang Malayan.

Lord Reid

Setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu, kerajaan British telah melantik Lord Reid, seorang Hakim Besar, sebagai pengerusi Suruhanjaya Bebas bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Butir-butir rujukan suruhanjaya itu adalah seperti berikut:

1. mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat;
2. menjaga kedudukan dan kehormatan Raja-Raja Melayu;
3. perlantikan salah seorang Sultan sebagai Raja Berperlembagaan yang bergelar ‘Yang diPertuan Besar’;
4. mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kaum-kaum lain;
5. menyediakan hak kerakyatan yang sama kepada semua penduduk di Tanah Melayu.

Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu telah menerima 131 memorandum daripada badan politik, badan bukan politik dan individu. PAS adalah antara pertubuhan politik yang turut mengemukakan memorandum kepada suruhanjaya itu.

Pada prinsipnya PAS tidak bersetuju dengan cadangan Perikatan mengenai penubuhan Suruhanjaya Besar Asing untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Alasan PAS ialah ahli-ahlinya tidak "tahukan hal Persekutuan Tanah Melayu ini, dan kesulitan-kesulitan politiknya, selain daripada rakyat negeri ini".

PAS tidak keseorangan dalam memperkatakan perkara ini. Pada awalnya Raja-Raja Melayu juga tidak bersetuju untuk menerima Suruhanjaya Bebas itu. Salah seorang daripada Raja-Raja Melayu pernah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap kejujuran Suruhanjaya Bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Raja-Raja Melayu bimbang Suruhanjaya itu akan mencadangkan Perlembagaan yang menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu. Raja-Raja Melayu juga bimbang dengan orang Cina bukan kelahiran tempatan.

Bagaimanapun, sebagai tanda penghormatan kepada asas demokrasi dan memandangkan kepada kepentingan bangsa dan negara, PAS mengemukakan juga memorandum kepada suruhanjaya itu pada 14 Julai 1956.

Sebagai sebuah parti orang Melayu beragama Islam, PAS memandang serius terhadap tuntutan orang asing yang menuntut hak yang sama seperti orang Melayu. The Pan-Malayan Federation of Chinese Associations sebagai contoh, menolak secara total hak ketuanan Melayu sebaliknya menuntut prinsip Jus Soli dikuatkuasakan. Kebimbangan ini terbayang dalam memorandum yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Reid.

negeri orang Melayu

Pada pandangan PAS, Tanah Melayu adalah negeri orang-orang Melayu dan hak ini telah diiktiraf oleh perundangan dan disahkan oleh sejarah. Oleh kerana itu peruntukan 5 dalam Butiran Rujukan Suruhanjaya itu hendaklah dilihat dari sudut bahawa negeri ini adalah negeri orang Melayu. Sebarang usaha untuk menindakkan hak keistimewaan itu adalah bercanggah dengan hak kemanusiaan dan prinsip undang-undang.

Orang-orang Melayu hanya mempunyai satu sahaja kedudukan dalam negeri ini, iaitu mereka memiliki negeri ini. Dan, hak kedaulatan orang Melayu ke atas negeri ini adalah mutlak. PAS tidak bersetuju kiranya pemberian hak keistimewaan dan pelindungan kepada orang Melayu kerana kelemahan mereka dari segi politik dan ekonomi berbanding dengan kaum asing. PAS mahu suruhanjaya memperakui bahawa negeri ini adalah kepunyaan orang Melayu.

PAS tolak Jus Soli

PAS juga membantah keras tuntutan orang asing untuk menjadi rakyat negeri ini berasaskan prinsip Jus Soli ataupun melonggarkan syarat kerakyatan. Sekiranya tuntutan kaum asing itu diterima serta mengambilkira kekuatannya dari segi ekonomi, pasti ia akan menimbulkan kekacauan dari segi politik.

Di bawah penjajahan British, negeri-negeri Melayu telah dibuka kepada kaum imigran tanpa sekatan. Keadaan ini telah mengakibatkan jumlah pendatang asing meningkat secara mendadak dan melebihi bilangan penduduk orang Melayu. Kaum asing mengambil kesempatan daripada kelemahan orang Melayu untuk membolot kekayaan negeri ini.

Sesungguhnya prinsip Jus Soli hangat dibincang sejak 1946 lagi apabila prinsip ini mula-mula diperkenalkan dalam dasar Malayan Union. Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip Jus Soli dalam pemberian kerakyatan kepada bangsa imigran. Justeru, prinsip Jus Soli digugurkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu (1948).

Pendirian tegas Raja-Raja dan orang Melayu terhadap isu ini tidak berubah. Pada 1950 prinsip Jus Soli sekali lagi ditolak orang Melayu apabila dicadangkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Antara Kaum. Jawatankuasa ini menawarkan untuk membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi sebagai pertukarannya.

Mahasiswa Melayu di Universiti Malaya di Singapura, dalam memorandum yang dikemukakan kepada Raja-Raja Melayu, merayu supaya cadangan itu ditolak. Pada pandangan mahasiswa Melayu itu, cadangan itu kiranya diterima akan menjejaskan kedudukan orang Melayu dari segi jangka panjang.

Atas hujah yang sama PAS menentang prinsip Jus Soli. Oleh kerana Tanah Melayu adalah negeri Melayu, maka PAS mencadangkan struktur sosial dan pola kebudayaan Tanah Melayu hendaklah disesuaikan dengan keadaan itu. Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berumbikan kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan.

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Bersesuaian dengan itu, bahasa Melayu mesti dijadikan bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan dan bahasa Melayu juga mesti menjadi bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran. Bahasa Inggeris masih kekal sebagai bahasa kedua tetapi untuk tempoh lima tahun sahaja. Penggunaan bahasa Inggeris hendaklah dipastikan tidak akan menjejas kedudukan dan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS mencadangkan agama Islam menjadi agama rasmi negara. PAS percaya dan yakin bahawa ajaran Islam mampu untuk memandu kemajuan negara dari segi politik.

Dari segi pemerintahan PAS bersetuju dengan sistem Persekutuan sedia ada. Bagaimanapun PAS mahu pastikan sistem Persekutuan tidak akan menjejaskan maruah dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Mengenai soal kerakyatan, PAS mencadangkan supaya prinsip kerakyatan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948) dikekalkan tetapi dengan beberapa pindaan, iaitu:

1. Jangkamasa kemastautinan yang diperlukan oleh bangsa asing bagi melayakkan mereka memohon status kerakyatan ialah tidak kurang daripada 15 tahun.
2. Membantah penggunaan prinsip Jus Soli untuk orang asing.
3. Hanya bahasa Melayu sahaja diguna untuk peperiksaan kelayakan bahasa bagi mendapatkan kerakyatan.

PAS juga mencadangkan supaya rupa bangsa di Tanah Melayu adalah rupa bangsa Melayu.

hak keistimewaan Melayu

Dari segi hak keistimewaan orang Melayu, PAS meminta Suruhanjaya Reid memperakui bahawa Persekutuan Tanah Melayu adalah milik orang Melayu. Oleh itu hak keistimewaan Melayu sebagai tuan rumah hendaklah diiktiraf dan dihormati serta dipertahankan sampai bila-bila masa.

PAS berikrar akan mempertahan hak orang Melayu sekiranya cuba digugat oleh kaum asing. Bagaimanapun PAS memberi jaminan bahawa hak kaum asing akan tetap dihormati.

PAS juga menegaskan kepada Suruhanjaya Reid supaya memastikan sebarang pindaan ke atas hak keistimewaan orang Melayu, bahasa kebangsaan dan agama Islam hendaklah dengan persetujuan sebulat suara Majlis Raja-raja Melayu.

Dapat dikatakan bahawa pada umumnya badan politik dan bukan politik Melayu bersetuju dengan pandangan PAS. Antaranya ialah The Malay Forum dan Kongres Pelajaran Melayu. The Malay Forum, dalam memorandumnya pada 6 Ogos 1956, membantah sebarang cadangan untuk menidakkan hak keistimewaan Melayu di tanah airnya sendiri lebih-lebih lagi peruntukan yang melonggarkan syarat-syarat kerakyatan kepada kaum asing.

Kongres Pelajaran Melayu, dalam memorandumnya, kepada Suruhanjaya Reid pada 15 Ogos 1956, juga menuntut Suruhanjaya Reid menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu berasaskan hak keistimewaan orang Melayu dari segi undang-undang.

Umno juga turut mengemukakan cadangannya kepada Suruhanjaya Reid. Tuntutan Umno bagaimanapun dicantumkan bersama dengan tuntutan MCA dan MIC dalam Memorandum Perikatan (The Political Testament of the Alliance).

Penyata Suruhanjaya Reid

Setelah selesai sidang perjumpaannya, anggota suruhanjaya mengadakan mesyuaratnya di Rome. Dalam bulan Februari 1957, suruhanjaya mengeluarkan Penyata Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.

Dalam penyatanya, suruhanjaya menolak cadangan PAS tentang hak ketuanan Melayu dan Islam sebagai asas perlembagaan. Suruhanjaya mencadangkan supaya rakyat Komanwel memiliki dua kerakyatan.

Dengan lain perkataan, seseorang itu boleh menjadi rakyat India dan juga rakyat United Kingdom serta tanah-tanah jajahan lain pada masa yang sama sungguhpun orang itu mengakui taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negeri yang didiaminya.

Suruhanjaya bagaimanapun bersetuju dengan cadangan supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi. Namun demikian bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi selama sepuluh tahun selepas merdeka, dan tidak lima tahun seperti yang dicadangkan oleh PAS.

Selepas sepuluh tahun, kedudukan bahasa Inggeris akan ditentukan oleh Parlimen. Suruhanjaya juga mencadangkan supaya bahasa Kuo-Yu dan Tamil boleh digunakan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dalam tempoh itu.

Dengan itu, tidaklah hairan Penyata Suruhanjaya itu dikritik PAS. PAS menganggap penyata itu sebagai pengkhianatan kepada bangsa Melayu. Ini kerana penyata itu menolak ketuanan Melayu. Keadaan ini berlaku kerana anggota-anggota Suruhanjaya itu berjiwa penjajah.

Pada 2 Mei 1957 PAS mengadakan mesyuarat agung khas di Kuala Lumpur bagi membahas Penyata Suruhanjaya. Sebuah kertas kerja dibentang oleh Osman Abdullah, Setiausaha Agung PAS. Beliau menganggap Penyata Suruhanjaya itu sebagai aneh kerana di dalam Perlembagaan yang dicadangkan itu tidak ada ketuanan yang diiktirafkan.

Oleh kerana Penyata Suruhanjaya itu dianggap mengkhianati bangsa Melayu, PAS mencadangkan supaya ‘melemparkan penyata itu semua sekali dan digantikan dengan satu cara pentadbiran dan cara perlembagaan yang dibuat oleh rakyat negeri ini dan diredhai oleh mereka...’

Pada pandangan PAS, Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka itu hendaklah mengandungi lima perkara besar, iaitu:

1. Mengaku bahawa bangsa Melayu adalah tuan punya negeri ini.
2. Mengaku bahawa orang Melayulah sebagai Bumiputera negeri ini dan hendaklah mempunyai hak yang istimewa dan bukan pada kulit sahaja.
3. Hendaklah ditegaskan di dalam kerakyatan negeri ini satu syarat yang besar, iaitu tiada seseorang pun boleh menjadi rakyat negeri ini melainkan dibuat syarat dan ikatan bahawa ia benar-benar taat kepada negeri ini.
4. Hendaklah ditegaskan bahawa agama Islam mestilah dijadikan agama rasmi tetapi bukanlah agama Hari Raya, agama Puasa atau agama Pejabat Agama tetapi agama yang menjadi panduan kepada hidup negeri ini dan kepada pemerintahan.
5. Hendaklah ditetapkan dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dengan serta merta.

Tuntutan PAS bagaimanapun ditolak British. Setelah beberapa penyesuaian dibuat, rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan yang dikuasai Perikatan Umno-MCA-MIC pada 27 Ogos 1957. Pada 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:02 PM   0 comments
Permit Makkal Osai digantung sebulan
Saturday, August 25, 2007
Tranungkite.net, 25 ogos 2007

Berita aKUALA LUMPUR: Permit penerbitan akhbar harian berbahasa Tamil "Makkal Osai" digantung sebulan mulai hari ini sehingga 24 Sept kerana menyiarkan iklan yang memuatkan karikatur nabi Isa memegang sebatang rokok dan setin minuman.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) membuat keputusan itu berikutan penyiaran satu iklan dalam bahasa Tamil oleh akhbar tersebut pada 21 Ogos lepas dalam ruangan "KataKata Hari ini" dengan ungkapan yang bermaksud "mereka yang menyedari kesalahan mereka, akan masuk syurga" berserta karikatur Nabi Isa memegang sebatang rokok di tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang setin minuman.

"Ekoran penyiaran iklan ini, akhbar Makkal Osai telah melakukan kesalahan dan melanggar perenggan 6 syarat-syarat permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen 6(1) akta berkenaan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984)," menurut kementerian itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Tindakan terhadap Makkal Osai itu, katanya selaras dengan peruntukan a Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi memastikan akhbar tidak menyiarkan bahanbahan penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan dari aspek ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan dengan undang-undang atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

Sehari selepas menyiarkan iklan itu di muka depannya, Makkal Osai telah memohon maaf secara terbuka namun beberapa pertubuhan serta badan bukan kerajaan terus mendesak pihak berkuasa supaya bertegas mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan.

Ini termasuk daripada parti politik seperti MIC yang telah membuat laporan polis berhubung penyiaran gambar itu.

Dengan penggantungan itu, ini bermakna hanya terdapat dua akhbar harian berbahasa Tamil yang beroperasi iaitu Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

Makkal Osai atau "The People's Voice" dalam Bahasa Inggeris merupakan akhbar mingguan Tamil selama 15 tahun sebelum dijadikan akhbar harian Tamil mulai Disember 2005.

Akhbar terbabit wujud apabila Tamil Osai dibubarkan berikutan pertikaian pengurusan pada 1990.

Sebelum ini, pengurus besar Makkal Osai, S.M Periasamy telah dilaporkan berkata akhbar itu menerbitkan imej berkenaan secara tidak sengaja oleh artis grafik yang tidak melihat rokok berkenaan. BERNAMA

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:53 PM   0 comments
Tindakan tegas:Makkal Osai hina Nabi Isa, Namewee hina lagu negaraku
Friday, August 24, 2007
harakahdaily, 24 ogos 2007

Azamin Amin
Fri | Aug 24, 07 | 11:08:01 AM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Hrkh)-Tindakan tegas mesti diambil kepada akhbar Tamil Makkal Osai kerana menghina Nabi Isa sebagai pengajaran dan ingatan keras kepada semua media supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan bahan termasuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Akhbar terbabit menyiarkan kartun Nabi Isa memegang botol arak dan rokok yang dilaporkan dimuat turun dari internet.

Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang berkata sikap berlembut dan lemah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk pimpinan Umno yang lain yang menjadi punca pihak tidak bertanggunjawab semakin berani melakukan tindakan-tindakan bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti agama kaum lain.

"Kita mengutuk dan mendesak supaya Makkal Osai dikenakan tindakan tegas sama seperti yang dikenakan ke atas akhbar-akbar lain yang menyiarkan kartun Nabi Muhammad tempoh hari.Tindakan biadap ini tidak cukup sekadar meminta maaf," katanya ketika dihubungi.

"Umat Islam yang beriman turut percaya dan mengimani Nabi Isa sama seperti nabi-nabi lain.

"Jika ini tidak dibendung, masa akan datang ada orang yang berani menghina Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh kemudian kembali menghina Nabi Muhammad s.a.w," katanya.
Beliau juga menambah bahawa jika selama ini kerajaan mahu mengenakan tindakan berat dan tegas terhadap individu yang menghina lagu Negaraku seperti Wee Meng Chee atau dikenali 'Namewee', perkara dan hukuman yang sama juga boleh dikenakan kepada Makkal Osai yang jauh lebih buruk mencetus perasaan tidak senang penganut agama lain khususnya penganut Kristian.

"Menghina lagu negaraku tetap salah apatah lagi menghina nabi," katanya yang turut kecewa dengan sikap sambil lewa Abdullah dalam menangani isu ini.

Menurut laporan akhbar hari ini,Perdana Menteri mengingatkan pihak berkenaan supaya peka dengan sensitiviti semua kaum.

"Jangan buat sesuatu yang sensitif dan tidak dapat diterima orang. Penyiaran kartun Nabi Isa itu bukan saja tak dapat diterima umat Islam, tetapi saya percaya orang Kristian juga tak dapat terima. Saya ingatkan mereka supaya menghentikan perbuatan ini,"ujar Abdullah yang dipetik berkata demikian tanpa memberi arahan tegas dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada akhbar tamil terbabit selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Bishop Julious Paul yang dipetik dalam Malaysia Today berkata :" Bila dua akhbar menyiarkan karikatur Nabi Muhammad awal tahun lalu, kerajaan mengambil tindakan segera dengan mengharamkan akhbar terbabit. Itu tindakan yang betul."

"Dan sekarang kita ada isu ini dan mereka (Makkal Osai) juga mesti dikenakan tindakan sama sebagai pengajaran kepada yang lain," katanya.

Dalam laman terbabit juga menyiarkan pandangan Archbishop Kuala Lumpur, Dato' Murphy Pakiam, yang turut menyatakan bahawa penyiaran kartun tersebut merupakan sesuatu yang cukup menyinggung sentimen perasaan penganut Katholik

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan satu memorandum kepada Abdullah di Putrajaya di pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 3.30 petang ini berhubung isu penghinaan Nabi Isa oleh akhbar terbabit.-Az

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:55 PM   0 comments
Muslim penggerak sejarah, tamadun China
Wednesday, August 15, 2007
Berita Harian, 15 ogos 2007

MENYEBUT China, perkara yang berkisar di minda adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya, kesenian dan nilai peradaban tinggi.

Sejarah China yang panjang itu serta diperintah oleh beberapa dinasti tertentu hingga menimbulkan rasa ingin tahu serta mengorek rahsia terkandung termasuk dari segi kemunculan dan kegemilangan masyarakat Islam di negara berkenaan.

Buku Rahsia Kegemilangan Islam di China ini menceritakan dengan terperinci mengenai sejarah termasuk kedatangan Islam di negara itu.

Berdasarkan sejarah, umat Islam di negara itu juga memainkan peranan penting dalam pentadbiran beberapa dinasti China dan diberi kedudukan tinggi di kaca mata pemerintah. Islam dipercayai sampai ke negara itu sejak lebih 1400 tahun lalu.



Nabi Muhammad sebelum berhijrah dari Makkah ke Madinah menghantar beberapa sahabat untuk berdakwah di China.

Pada Zaman pemerintah dinasti Tang ada rekod wujud hubungan diplomatik antara kerajaan China dengan pemerintahan Saidina Usman Affan, iaitu sekitar 618 Masihi (M).

Mereka meletakkan batu asas untuk membolehkan Islam bertapak di China dan akhirnya Islam berkembang pesat di China.

Ketika pemerintahan dinasti Yuan pula, kerajaan itu mengamalkan dasar pemerintahan memihak kepada umat Islam. Seterusnya umat Islam juga membantu penubuhan dinasti Ming pada 1368, sebagai balasan Maharaja dinasti itu membina beberapa masjid dipercayai 100 masjid manakala Beijing empat masjid besar dan sekali gus Islam terus berkembang pesat .

Kini, natijahnya, misi dakwah itu berjaya melahirkan lebih 136 juta umat Islam dengan majoriti menetap di Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan.

Di China kini ada kira-kira 35,000 masjid dengan yang tertua adalah Masjid Nujie dibina di Beijing pada 996M. Masyarakat etnik Hui adalah kumpulan komuniti Islam terbesar di China iaitu meliputi 90 peratus daripada jumlah mereka yang beragama Islam. Mereka banyak membantu perkembangan tamadun di negara kuasa besar itu.

Masjid tidak saja dijadikan pusat ibadat tetapi juga aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan. Peranan masjid diperkukuhkan sebagai pusat kekuatan dan penyatuan tenaga umat Islam. Masjid juga merapatkan hubungan sesama umat Islam di China.

Kesan tamadun Islam di China melahirkan sejumlah alim ulama dan tokoh ilmuan Islam antaranya Wang Daisyu dan Yusuf Ma Zhu yang memberi sumbangan besar kepada pembinaan negara itu sendiri.

Secara keseluruhan jumlah umat Islam di China tidak dianggarkan dengan tepat. Bagaimanapun, ada pelbagai faktor dikemukakan untuk menyokong kenyataan itu, iaitu umat Islam bertapak di negara itu sejak 1400 tahun lalu, sebahagian wilayah China duduki oleh penduduk beragama Islam dengan penempatan bertebaran di kawasan cukup luas, sumbangan dan kesan tamadun Islam di peradaban China yang amat besar dan Islam terus bertahan sebagai sebuah agama terbesar di China dengan cara hidup sunnah masih mendominasi kehidupan penduduk di sana.

Sejarah umat Islam di China turut membantu perkembangan agama Allah itu di Asia termasuk Tanah Melayu. Secara langsung mengubah perkembangan politik dan ekonomi rantau Asia sehingga kini.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:18 AM   0 comments
WTV8 di HACK
Monday, August 13, 2007
Oleh: Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/

Berita terkini. Saluran webtv WTV8 telah dihack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya anda mengunjungi http://wtv8.tv/ anda akan mendapati mesej berikut:





Hacked By SheKkoLik & Desperad0 & SacredBoy & DarkturK & KostebeK *** Capraz Ates Team *** Turkish Islamic Security Team !

Insyallah krew teknikal di WTV8 sedang mengusahakan untuk memulihkannya kembali. Sementara itu siaran WTV8 boleh diikuti melalui:

http://wwitv.com/

Update terbaru: Pengakuan eksklusif kaum keluarga Azlina Jailani atau Lina Joy.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:18 AM   0 comments
Bancian SMS TV3: Ahli PAS diingatkan jangan leka, 'syok' sendiri
Sunday, August 12, 2007
Harakahdaily, 12 ogos 2007

Anis Nazri
Sun | Aug 12, 07 | 05:38:50 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Ahli parti boleh mengambil semangat atas keputusan bancian SMS yang dilakukan TV3 tempohari, namun diingatkan agar tidak 'syok sendiri' hingga boleh melekakan jentera parti ke arah persiapan menjelang pilihan raya.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Memandangkan gendang pilihan raya sudah mula dipalu kebelakangan ini, ahli parti di setiap peringkat diingatkan supaya memperkukuhkan dan memantapkan jentera parti bagi berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, ketika berucap merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Wilayah Persekutuan, berkata rasa syok sendiri dengan keputusan tersebut boleh merosakkan, sekaligus mengakibatkan kerugian terhadap parti.

"Jangan kerana keputusan SMS itu membuatkan kita leka. Keputusan tersebut tidak bererti kita boleh berpeluk tubuh atau membuat ala kadar dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti," tegas beliau, di hadapan kira-kira 70 peserta di Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar, pagi tadi.

Sebelum ini, keputusan bancian SMS yang disiarkan di Buletin Utama milik Media Prima itu menunjukkan 60 peratus pengundi tidak bersetuju mengenai 'Impian PAS Tawan 40 kerusi Parlimen sebagai angan-angan Mat Jenin' (Setuju atau tidak).

Dalam pada itu, Nasharuddin turut meminta semua pihak menerima teguran pimpinan dari semua peringkat dari sudut positif, tanpa rasa sensitif dan melatah demi memantapkan jentera parti.

"Saya menerima laporan setiap peringkat mengenai tahap persediaan jentera parti masing-masing (untuk pilihan raya). Ada yang sudah mencapai 50 peratus, dan ada juga yang tidak sampai. Macam Wilayah Persekutuan sendiri, yang belum mencapai 50 peratus, Pesuruhjayanya (Ustaz Mohamad Nor Mohamad) menerima teguran saya sebagai satu yang positif. Tetapi ada negeri-negeri yang 'melatah' dan sensitif bila ditegur. Teguran itu bukan untuk menjatuhkan, tetapi untuk mengingatkan dan memantapkan parti," tegas beliau.

Sementara itu, AJK Pemuda PAS Pusat, Hanipa Maidin, ketika mengulas manual pelaksanaan ucapan dasar Presiden, berkata sebagai penggerak informasi rakyat, ahli parti perlu mengetahui perkara mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu, berbanding perkara lain.

"Kita kena ingat, tidak semua perkara penting itu 'urgent'. Tapi, perkara yang 'urgent' itu sudah tentu penting. Jadi, kena fikirlah yang mana satu lebih penting dari yang penting untuk didahulukan," kata beliau.

Dalam masa yang sama, saran beliau, PAS Wilayah Persekutuan yang berpusatkan di bandaraya perlu membuat kajian mengenai 'mood' rakyat yang tidak gemar dengan kepimpinan PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi , namun tidak berminat memilih PAS.

Kata Hanipa, 'mood' rakyat yang tidak suka dengan Abdullah tetapi juga tidak berminat dengan PAS ini perlu diatasi oleh semua pihak, khususnya di Wilayah Persekutuan.

"Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang berpendidikan tinggi, jadi kena usaha bagaimana mahu menerangkan kepada mereka serta mencari jalan agar PAS mampu menawan hati mereka. Mungkin perlu dibuat kajian mengenainya," saran beliau.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohamad Nor Mohamad pula, dalam ucapan aluannya meminta semua jentera parti di setiap kawasan supaya lebih serius dan fokus dalam kerja-kerja berhadapan dengan pilihan raya umum.

Walaupun tidak menafikan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli, ia tidak boleh dijadikan asas untuk menyatakan gambaran sebenar pilihan raya umum akan datang yang akan berpihak kepada PAS.

"Jika semangat saja tinggi, tapi gerak kerja tidak dilakukan secara optimum, ia tidak membawa sebarang makna," tegas beliau. - mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:32 PM   0 comments
PAS menang jejak pendapat TV3, Umno panik?
Klpos, 12 ogos 2007

Oleh Wartawan klpos.com

JARANG-jarang benar kita tengok jejak pendapat yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 berlawanan dengan hasrat bos-bosnya. Tapi entah apa malangnya, keputusan jejak pendapat yang disiarkan oleh stesen TV percuma paling ramai penonton itu 10 Ogos lalu amat berlainan.


Dari awal lagi, pembaca berita TV3 dok sebut pepatah Melayu 'angan-angan mat jenin', yang maksud lebih kurangnya adalah impian yang mustahil dicapai atau syok sendiri.

Ungkapan itu berdasarkan kata-kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Soalannya jejak pendapat TV3 amat mudah, 'Harapan PAS Tawan 40 kerusi Parlimen hanya angan-angan Mat Jenin?' setuju atau tidak. Kalau setuju jawab A, kalau tidak jawab B.

Selain temubual dengan Muhyiddin ada juga pendapat Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, nampak sangat dari segi pemberitaannya, cubaan untuk spin supaya ramai yang hantar A iaitu setuju.

Bagaimanapun di akhir laporan Buletin Utama, keputusan mendapati 60 peratus tidak setuju bahawa ia angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan oleh Muhyiddin.

Dalam kata lain hanya 40 peratus sahaja yang setuju dengan pandangan bahawa sasaran itu adalah angan-angan Mat Jenin.

Kalau game, kira malam tadi PAS dah menang satu kosong.

Panik juga pemimpin Umno khabarnya, mau tak panik, Buletin Utama merupakan rancangan paling ramai penonton dalam semua siaran TV di Malaysia.

2.5 juta penonton Buletin Utama

Setiap malam, purata penonton yang tengok TV3 antara 2.2 juta hingga 2.5 juta. Bukan klpos.com kata, syarikat yang buat rating TV yang bagi angka itu.

Sampaikan Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin yang kena jaga RTM, kata dia tidak percaya pada rating tersebut.

Begitupun keputusan itu tidak disiarkan secara penuh dan diumumkan oleh pembaca berita berbanding bancian sebelum ini yang mana pembaca berita akan membacakan keputusan dan memaparkan grafnya sekali.

Adakan keputusan itu sebenarnya memalukan mereka setelah terdahulu sebelum itu mereka dilihat bersungguh-sungguh membacakan tajuk 'Harapan PAS Tawan 40 kerusi Parlimen hanya angan-angan Mat Jenin?.

Keputusan itu hanya diumumkan dengan berita ringkas yang menghiasi ruang berita kecil di bawah garisan kamera yang memfokuskan kepada pentas tempat pemberita TV3 membaca berita.

Cerita ini bermula apabila, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata partinya mempunyai hajat besar dalam pilihanraya umum kali ini.

"PAS mensasarkan 40 kerusi parlimen untuk dimenangi dalam pilihanraya akan datang," kata Husam.

PAS kini mempunyai tujuh kerusi parlimen yang dimenangi oleh parti itu semasa pilihanraya umum Mac 2004 lalu, dan jika ditambah dengan 33 kerusi lagi maknanya jumlah itu melebihi 13 kerusi iaitu 27 yang dimenanginya semasa pilihanraya umum tahun 1999 ketika Barisan Nasional.

Enam kerusi parlimen parti itu kini ialah di Kelantan iaitu Tumpat, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian dan Pasir Putih. Satu lagi ialah di Pendang, Kedah.

Semasa pilihanraya umum 1999 PAS yang bertanding di 62 kerusi parlimen menang 10 kerusi di Kelantan, 8 Kedah, 7 Terengganu dan 2 Perak.

Sasar Kelantan, Perak, Kedah Perlis

Bagi kerusi dewan undangan negeri pula dari 236 kawasan yang ditandingi ia menang 98 iaitu 41 di Kelantan, 28 Terengganu, 12 Kedah, 6 Pahang, 4 Selangor, 3 Perlis, 3 Perak dan 1 Pulau Pinang.

Husam Musa memberitahu para wartawan selepas satu acara di Kota Bharu Khamis PAS kini memfokuskan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang bagi menguatkan parti itu di Dewan Rakyat.

Beliau tidak menghuraikan cara bagaimana parti nak menawan kerusi sebanyak itu.

Katanya parti itu yakin ia mampu buat kejutan berdasarkan kekuatan parti terutamanya di Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

Husam juga tidak menyebut sama ada kesepakatan telah dicapai dalam soal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dengan parti itu.

Menurutnya banyak sumbangan dapat diberikan parti itu seandainya mereka mampu memenangi 40 kerusi parlimen. klpos, harakahdaily, agendadaily
.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:34 PM   0 comments
Video kontroversi sensasi Negarakuku oleh NameWee
Friday, August 10, 2007

Tranungkite.net, 10 ogos 2007

Posted on Friday, August 10 @ 05:18:29 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh sebaran

" Baru-baru ini terdapat satu video muzik ciptaan NameWee yang dihantar ke internet yang mendapat perhatian akhbar tempatan Malaysia. Video muzik tersebut mengandungi kata-kata yang dikatakan menghina negara, agama dan juga menceritakan nasib malang kaum cina terutama sekali golongan pelajar cina yang sudah habis belajar.

Klik pada link ini untuk lihat video Negarakuku

Di bawah ini adalah terjemahan lagu Negarakuku oleh NameWee yang di hantarkan ke internet.

ILoveMyCountry - Negarakuku

Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku

Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
Aku sangat cintakan negara ini
Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap sikap)
Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Tolong jangan saman aku
Aku takde duit
".

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:58 AM   0 comments
Menghina Islam melalui Negaraku
Thursday, August 09, 2007
Oleh: Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/



Berita berkenaan pelajar 24 tahun dari Muar ini mungkin tidak banyak diketahui oleh kita yang tidak dapat membaca dalam bahasa Cina. Wee Meng Chee pelajar dari Universiti Ming Chuan Taiwan ini dikatakan seorang yang agak popular, artis muda yang banyak menerbitkan video klipnya sendiri.

Akhbar The Star milik MCA pernah menonjolkan pemuda ini sebagai berbakat dan lagu-lagunya diinternet menerima lebih 600,000 hits! Saya sendiri tidak kenal anak Cina dari Muar ini sehinggalah terbaca satu berita ringkas dalam akhbar The Sun hari ini.

Tajuknya:


Student who insulted Negaraku may be recalled
Pelajar yang menghina Negaraku akan dipanggil balik

Membaca berita di atas saya terus mencari video clip tersebut yang dikatakan ada di post kan ke youtube. Beliau juga mengendalikan laman blognya sendiri (berbahasa Mandarin) di namewee.blogspot.com

Menurut berita The Sun itu lagu rap Negaraku yang dibikin oleh anak Cina Muar ini mengandungi senikata lucah dan menghina masyarakat Islam, polis dan kakitangan awam. Saya sempat menonton video klip 5 minit 32 saat itu dan terus meminta rakan saya yang boleh berbahsa Mandarin untuk menterjemahkannya dan ternayata memang video klip itu penuh dengan senikata lucah dan penghinaan.

Kita mungkin tidak ambil pusing jika yang dihina itu adalah kerajaan, polis atau kakitangan awam (biarlah mereka mempertahankan diri mereka sendiri) tetapi apabila yang dihina adalah Islam, agama rasmi Negara maka saya kira tindakan anak Cina dari Muar ini sudah melampau dan perlu diambil tindakan. (Saya melihat dalam video klip itu gambar masjid dan orang sedang solat dengan diselangi gambar seekor ayam jantan, orang yang tidak faham Mandarin pun tahu apakah maksud si biadap ini).

Kalau kerana apa yang dikatakan gambar palsu TPM Najib Tun Razak bersama Altantuya itu Tian Chua diligan sampai ke lubang cacing, takkanlah penghinaan terhadap Islam sebegini rupa oleh rakyat Malaysia sendiri berlalu tanpa sebarang tindakan!

Tambahan pula kita sedang meraikan bukan Kemerdekaan, adakah kita mahu biarkan tindakan melampau ini berterusan?

Raja Petra Kamarudin diseret ke balai kerana kononnya menghina Yang Dipertuan Agong dan Islam, bila pula Ketua Penerangan Umno Malaysia, Mat Taib, mahu membuat laporan polis berkenaan lagu Negaraku karangan anak Cina Muar ini?

Ini bukan soal hak kebebasan, tetapi ini penghinaan terhadap agama, bangsa dan negara.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:51 AM   0 comments
Majlis Fatwa benar SPR guna dakwat pada jari
Utusan Malaysia, 9 ogos 2007

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 8 Ogos – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kaedah penggunaan tanda dakwat pada jari yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang dibolehkan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, hasil analisis sampel dakwat oleh sepasukan pakar dari Jabatan Kimia dan Bahagian Proses Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati dakwat tersebut tidak mengandungi sebarang unsur najis.

Beliau berkata, dakwat yang tidak dapat dipadamkan itu juga bersifat telap air dan tidak mendatangkan sebarang mudarat sekiranya dicelup pada tangan atau kuku.

“Dakwat itu tidak membabitkan hukum atau fatwa baru tetapi kita melihat dari segi sama ada ia boleh menghalang umat Islam daripada mengambil wuduk.

‘‘Jadi terpulang kepada SPR untuk menggunakan dakwat itu dalam pilihan raya kerana hasil analisis sampel dakwat yang dibentangkan kepada kita menunjukkan tiada sebarang halangan dan keraguan dari segi hukum,’’ kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan dakwat itu di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Muzakarah tersebut diadakan bagi membincangkan cadangan SPR untuk memperkenalkan penggunaan tanda dakwat di kuku pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan penipuan ketika pengundian.

Perkara itu adalah antara pembaharuan yang ingin diperkenalkan oleh SPR dalam pilihan raya umum ke-12 selain mencadangkan penggunaan peti undi lut sinar menggantikan peti undi hitam yang digunakan sejak 1955.

Menurut Abdul Shukor, Jakim selaku urus setia muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan akan memaklumkan serta-merta keputusan rasmi mengenai hukum penggunaan dakwat itu kepada SPR.

Ditanya berapa lama tempoh dakwat itu melekat pada jari sebelum dapat dipadamkan, beliau berkata, ia boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari bergantung kepada individu yang menggunakannya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:38 AM   1 comments
Majlis Fatwa mula bincang dakwat khas diguna SPR
Wednesday, August 08, 2007
Berita Harian, 8 ogos 2007

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat hari ini dijangka mengumumkan fatwa isu penggunaan dakwat khas bagi menanda jari pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata fatwa itu perlu bagi mengelakkan keraguan dan syak di kalangan umat Islam bahawa dakwat khas itu boleh menjejaskan ibadat.

“Dakwat khas ini kita peroleh dari India dan ia meresap dalam kulit, bukan seperti bahan pewarna kuku wanita yang hanya melekat pada bahagian atas kuku dan menghalang pengaliran air. Kita juga difahamkan dakwat khas itu tidak mengandungi bahan yang dilarang Islam.

“Namun, SPR memerlukan fatwa supaya umat Islam tidak ragu-ragu apabila menggunakan dakwat khas itu nanti,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas perkembangan cadangan SPR menggunakan dakwat khas itu untuk menanda jari pengundi bagi mengelakkan penipuan dalam pilihan raya.

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan sampel dakwat khas itu dihantar kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis dan hasilnya dibentangkan pada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Analisis itu bagi memastikan dakwat yang kekal pada jari selama dua hingga tiga hari itu tidak mengandungi bahan najis yang boleh merosakkan ibadat umat Islam.

Abdul Rashid berkata, masalah seumpama itu pernah berlaku di India apabila ramai pengundi, khususnya umat Islam membantah penggunaan dakwat khas kerana bimbang ibadat mereka terjejas.

Bagaimanapun, penggunaan dakwat khas itu diterima baik selepas tokoh agama negara itu memberi penjelasan.

Mengulas persiapan SPR bagi pilihan raya umum akan datang, Abdul Rashid berkata, sesi latihan petugas di tempat pembuangan undi dan penyerahan undi sedang giat dijalankan di seluruh negara.

“Latihan pegawai pengurus belum dijalankan lagi kerana jumlahnya hanya sedikit dan boleh diadakan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau juga berkata, lebih 60,000 peti undi lut cahaya akan diedarkan ke pejabat SPR di seluruh negara menjelang akhir bulan depan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:52 PM   0 comments
Jualan e-Book secara Online di buka
Tuesday, August 07, 2007
Pak Ngah e-Book Center

Website e-book: http://pakngahebook.blogspot.com/


dalam tu ada cara-cara nak buat order e-book.

Judul e-Buku

1. Perjalananku
Pengarang OKU: Abdul Malek bin Othman
B.Sc(Hons) UTM, 1994

Sinopsis:


Buku yang bertajuk "Perjalananku" ini menceritakan pengalaman dan memoir penulis sendiri dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh mencabar sebagai manusia yang serba kekurangan berbanding orang lain.

Adalah diharapkan dengan terbitnya e-buku ini akan memberikan semangat dan motivasi kepada masyarakat sama ada mereka normal atau Orang Kurang Upaya (OKU) dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Apabila kita menghadapai dugaan atau musibah dari Allah SWT, maka hendaklah kita meyakini rukun iman iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar. Boleh jadi sesuatu yang kita tidak suka itu adalah lebih baik kepada kita. Begitu juga sebaliknya boleh jadi sesuatu yang kita suka itu akan mendatangkan keburukan kepada kita. Sesungguhnya segala sesuatu yang dijadikan oleh Allah SWT itu terkandung seribu satu hikmah di dalamnya yang kadangkala tidak tercapai oleh akal fikiran manusia sebagai hamba Allah yang amat terbatas ini.

Kod Buku : CO 001
Harga RM10.00

2. Kisah Yasser

Pengarang OKU : Abdul Malek bin Othman
B.Sc(Hons) UTM, 1994

Sinopsis:


Kisah Yasser merupakan sebuah buku cerita rakyat berbentuk hikayat yang mengandungi 76 bab. Jalan ceritanya mudah dan menggunakan suasana nusantara di abad ke-15 sewaktu agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu dan Tanah Seberang.

Buku ini mengisahkan seorang anak yang kematian ibunya dianiaya oleh sauadara tirinya. Dia telah dibuang oleh saudara-saudara tirinya ke dalam hutan. Bermula dari situlah dia menghadapai dugaan dan cabaran sehingga akhirnya dia menjadi Raja di negeri lain.


Kod Buku : CR 002
Harga RM10.00


http://pakngahebook.blogspot.com/

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:21 PM   0 comments
Kenapa anak tak kenang budi ibu
Sunday, August 05, 2007
Utusan Malaysia, 5 ogos 2007

NAZLIFAH dalam e-melnya kepada penulis berkata, walaupun apa yang diperkatakannya ini agak sudah terlewat untuk memberi pandangan tetapi menurutnya, kisah kehidupan manusia sentiasa segar.

Ia berlaku berulang kali dalam masyarakat sama ada disedari atau tidak.

‘‘Saya pernah terbaca kisah anak yang membuang ibunya dalam DCCK keluaran 27 Mei lalu. Ia sungguh menyentuh hati dan membuatkan saya sebak. Tambahan apa yang dilalui oleh ibu itu sama seperti yang saya lihat berlaku dalam diri wanita tua yang berkongsi rumah dengan saya.

“Malah boleh saya katakan nasib ibu tua bernama Kak Anis ini lebih menderita lagi. Dia berhempas pulas membesar dan membantu hidup anak-anaknya yang sering membawa masalah kepadanya.

“Tetapi malangnya hidupnya tidak pernah dipedulikan baik oleh anak-anaknya yang seramai empat orang itu mahupun menantunya, malah mereka meminggirkan diri mereka dari ibunya,’’ demikian cerita Nazlifah lagi dalam e-melnya

“Kadang-kadang saya terfikir mengapakah seseorang ibu itu sanggup bermati-matian dan berhempas pulas membesar, membimbing dan menghidupkan anak-anaknya terutama kepada ibu-ibu tunggal yang kematian suami ataupun yang diceraikan tanpa sebarang bantuan dan pembelaan dari bekas suami mahupun keluarganya, tetapi bila anak-anaknya sudah besar mereka langsung tidak pedulikan ibunya.

“Apakah salah ibu juga cara dia membesarkan anak-anaknya menyebabkan anak- anaknya langsung tidak ada hati, perasaan dan mahu mengenang budi yang pernah ditabur oleh ibunya dari kecil hinggalah dia besar?

“Inilah nasib yang telah dilalui oleh Kak Anis yang mempunyai empat orang anak kesemuanya lelaki berusia antara 30 hingga 23 tahun tetapi langsung tidak pedulikan ibu mereka setelah mereka berkahwin.

“Kak Anis seorang yang peramah tetapi tidak ada siapa pun yang mengetahui penderitaan yang dilaluinya. Dia sudah serik dan amat kecewa dengan sikap anak-anaknya yang langsung tidak mempedulikan dirinya yang hidup terbuang seorang diri. Hinggakan sewaktu dia sakit dan terlantar di hospital pun dia pergi sendiri ke hospital tanpa beritahu saya kecuali melalui nota yang ditinggalkan di rumah.

“Tetapi sesuatu yang amat mengagumkan saya walaupun dia dipinggirkan oleh anak-anaknya, tetapi apabila anaknya datang dan mengadu susah dia tidak akan hampakan mereka malah segera menghulurkan bantuan walaupun ketika itu dia sendiri tidak ada wang dalam simpanan.

“Saya dah faham sangat sifat dan kelakuan anak-anak kak Anis malah saya pula yang sering marah dengan kelembutan kak Anis terhadap anak-anaknya. Mereka cuma datang menjenguk emaknya atau menelefon ketika mereka perlukan duit kalau tidak mereka tidak akan datang jumpa kak Anis walaupun pada Hari Raya.

“Biasanya kalau kak Anis tak ada duit dia akan pinjam daripada saya ataupun daripada teman-teman sekerjanya yang bekerja sebagai pembersih pejabat dan pembancuh air. Namun kak Anis akan bayar semua wang yang dipinjamnya setelah dia dapat gaji. Katanya, dia tak suka berhutang lama, sebab dia tak tahu berapa lama lagi dia boleh hidup. Kalau dia mati siapa yang nak ganti. Dia tak harapkan anak-anaknya.

“Tetapi anak-anak kak Anis tidak pernah ganti duit yang dipinjam. Mereka tak akan datang selepas meminjam. Kadang-kadang saya tengok kak Anis termenung dan ada kalanya menangis seorang diri. Katanya, dia amat sedih dah tua begitu masih tidak ada rumah untuk berteduh. Dia risau ditakdirkan dia jatuh sakit dan tak mampu nak bekerja, siapalah akan menjaganya.

“Memang kak Anis dapat pencen arwah suaminya, tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak mana. Cukup untuk dia membayar sewa bilik rumah sahaja. Tetapi anak-anaknya tak peduli, mereka masih datang menagih duit pencen ayah mereka. Pernah saya dengar mereka meninggikan suara kepada kak Anis sambil berkata dia tak minta duit kak Anis sebaliknya minta duit pencen arwah ayah mereka. Siapa tak sedih bila dengar anak sendiri bercakap seperti itu. Itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh kak Anis selama ini.

“Menurut cerita kak Anis, satu hari, anak sulungnya sanggup tak mengaku Kak Anis ibunya sebaliknya mendakwa dia tak boleh mendekati ibunya kerana ibunya bela hantu polong. Dan hantu polong itulah yang masuk ke tubuh anaknya, menyebabkan anaknya sering sakit. Pelik sungguh saya dengan sikap anak-anak sekarang.

“Hampir empat tahun kak Anis tinggal dengan saya berkongsi rumah, saya rasa aman, kak Anis buat saya macam adiknya sendiri. Dia rajin masak dan pastikan saya makan bila balik kerja. Kerana itu saya tidak berkira dengan kak Anis. Masakan kak Anis memang sedap. Apa yang dia masak, dia tidak lupa hantar sedikit kepada anak bongsunya yang tinggal dekat dengan rumah kami. Saya kagum dengan perasaan dan hati seorang ibu macam kak Anis.

“Anak sulung kak Anis ini, masa kecilnya sering sakit-sakit dan sering sakit teruk. Dan keadaannya berlanjutan sehingga dia meningkat remaja. Demi kesihatannya dia terpaksa makan ubat seumur hidupnya, ketika kecil hingga remajanya, kak Anislah yang menyuapkan ubat dan makanan.

“Kini anaknya itu sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Oleh kerana anaknya juga sering sakit, dia menuduh kak Anis bela hantu, kerana itu isterinya mengajak dia pindah dan mencari pekerjaan di negerinya di pantai timur, biarlah kak Anis tinggal sendiri jauh dari kehidupan mereka.

“Semasa mereka tinggal dengan Kak Anis di KL, hubungan Kak Anis dengan cucunya amat rapat, tetapi itu tidak digemari oleh menantunya. Namun bagi kak Anis itu semua tidak jadi masalah, sebab Kak Anis pun bekerja kalau cucunya datang hidupnya mungkin lebih sibuk lagi malah duitnya lebih cepat habis sebab melayan kerenah cucu-cucunya itu.

“Pernah semasa menantunya melahirkan anak, kak Anislah yang menjaga cucu-cucunya sebab besannya tak suka jaga cucunya. Kak Anis tak kisah, dialah yang menghantar anak-anak itu ke rumah pengasuh, memberi makan minum semasa ibunya balik ke kampung bersalin. Semua Kak Anis buat dengan duit simpanannya, tanpa bantuan anak menantunya.

“Saya sendiri lihat kak Anis beli susu, biskut, lampin pakai buang dan macam-macam lagi keperluan cucunya, tetapi anak kak Anis lepas tangan, malah rokoknya pun dia minta kak Anis belikan.

“Bila anak sulungnya ikut isterinya pindah ke pantai timur, Kak Anis buat keputusan sewa bilik berkongsi rumah dengan saya, kata kak Anis biar dia sewa bilik tak payah lagi anak-anaknya datang sesuka hati menumpang dan menyusahkan hidupnya lagi, katanya dia dah bosan ‘menyuap’ mereka kini biarlah mereka berdikari.

“Tapi itu semua cakap di mulutnya sahaja, tapi tak sampai di hati. Bila anaknya datang minta pinjam duit dia tetap akan beri walaupun dengan linangan air mata. Kini kak Anis menghitung hari bila nak berhenti kerja. Kak Anis tidak sabar-sabar hendak berehat. Dia pernah beritahu saya dia akan pergi jauh bila bersara nanti. Kalau dia mati sekalipun anak-anak tidak perlu tahu, dia akan meninggalkan nota bahawa dia tidak punya keluarga, mayatnya boleh dikebumikan tanpa menunggu sesiapa. Begitulah kecewanya kak Anis dengan anak-anak.

“Saya gerun dengar kata-kata kak Anis, sungguh saya tak sangka begitu dalam luka penderitaan yang terpaksa ditanggungnya kerana perbuatan anak-anaknya yang lebih pentingkan isteri daripada ibu sendiri. Berkali-kali kak Anis berkata dia tak mahukan duit ringgit mereka, cukup sekadar doakan dia dan kenang dia sebagai ibu.

“Kadang-kadang tu bila dengar kak Anis bercakap dengan anaknya, saya yang menangis sendirian di dalam bilik, kerana saya begitu sedih dengan nasib beliau, kerana saya tahu sangat jasa dan pengorbanan beliau kepada anak-anaknya selama ini.

“Bila tengah malam, saya terdengar kak Anis bangun mengambil segelas air di dapur untuk makan ubat kerana penyakit tulangnya, dan dia sembahyang tengah malam. Pernah saya terdengar dia berdoa sambil menangis teresak-esak di tikar sembahyang. Keesokan paginya, saya lihat kak Anis biasa sahaja. Sungguh tabah hati kak Anis. Namun saya tidak berani bertanya mengapa dia menangis dan apa yang membuatkan dia cukup sedih malam tadi.

“Baru-baru ini, anak kedua kak Anis menelefon bertanyakan nama ubat yang dimakan oleh abangnya, anak sulung kak Anis. Walaupun kak Anis nampak terkejut kerana anaknya sakit semula dan berada dalam wad, tapi dia dengan tabah memberitahu anak keduanya dia tak dapat pergi kerana jauh, sebaliknya menyuruh anaknya menjenguk abangnya yang sedang sakit.

“Anak sulungnya telah tua dan dah beranak-pinak, tahulah dia nak beritahu doktor tentang penyakitnya. Lagi pun dia dah ada isteri yang boleh menjaganya. Begitu kata kak Anis kepada anaknya melalui telefon. Saya yang terdengar perbualan mereka cuma tumpang sedih. Macam-macam masalah terpaksa beliau hadapi, yang lebih sedih, anak-anaknya akan menghubunginya bila ada masalah tentang sakit pening dan nak pinjam wang, semasa mereka senang tak ada siapa pun mencarinya.

“Selepas mematikan telefon bimbitnya kak Anis masuk ke bilik. Dari luar bilik kedengaran kak Anis meraung. Saya tau dia sedih dengar anaknya sakit. Tapi untuk kali ini kak Anis tidak dapat menjaganya. Dia jauh hati dengan sikap dan perbuatan anak- anaknya yang tidak mempedulikannya selama ini.

“Kata kak Anis ingin hidup senang. Cukuplah segala pengorbanan yang dicurahkan kepada anak-anaknya selama ini. Dari kecil dibesarkan hingga mereka berkahwin dan mempunyai anak. Jadi biarlah mereka berdikari. Lagipun katanya, dia dah tawar hati dengan sikap anak-anaknya yang sering menyusahkan hidupnya.

“Katanya lagi setelah bersara, dia hendak habiskan sisa-sisa hidupnya tanpa sebarang gangguan. Malah duit hadiah atau apa saja duit yang bakal dia terima, dia tidak akan beri sesen pun kepada anak-anaknya. Dia ingin pergi jauh.

“Saya yang mendengar turut bersedih. Tetapi sejauh mana ketegasan kata-kata kak Anis mahu tinggalkan KL dan tidak memberi anaknya duit tidaklah diketahui. Sebab kak Anis selalu teringatkan anak-anaknya dan setiap kali mereka datang menagih duit, kak Anis tak pernah kata tak ada duit, sebaliknya dia bagi juga. Kalau dia tak ada duit pun dia sanggup pinjam pada orang untuk anaknya. Bila ditanya kenapa kasi, dia kata tak sampai hati, dan tak sanggup tengok anaknya susah, biarlah dia susah.

“Begitulah kasihnya seorang ibu yang melahirkan anak-anaknya, tetapi sedihnya anak-anaknya tidak pernah ingatkan apa lagi kasih terhadap ibu mereka yang seorang itu. Di mana silapnya, adakah kerana kak Anis susah, tak ada rumah tak ada harta maka dia tidak disayangi oleh anak-anaknya? Kalau benar, memang tepat sekali anak-anak sayangkan ibunya kerana harta yang bakal mereka miliki nanti,’’ demikian cerita Nazlifah tentang teman serumahnya seorang ibu tunggal yang hidup dalam penuh penderitaan.

Tanya Nazlifah, di manakah silapnya, mungkin agaknya kerana terlalu sayang. Sayang semata-mata tanpa diberikan tangungjawab, semangat, keinsafan diri dan sedar siapa diri mereka sebenar maka sayang itu tidak akan membawa erti apa-apa kepada anak-anak. Akhirnya mereka membesar tanpa mengenal siapa diri mereka dan menjadi anak yang tidak mengenang budi.

- MAIMUNAH (www.dcckmona.com - dcckmonaum@hotmail.com)

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:28 AM   0 comments
Mengimbau kembali perkembangan Islam di Jepun
Utusan Malaysia, 5 ogos 2007

Oleh MAZLAN NORDIN

DALAM simpanan tukang catat ini sejak beberapa tahun lalu ialah sebuah al-Quran yang dicetak di negara Jepun. Pada sebelah kanan setiap muka ialah ayat-ayat suci dan pada sebelah kiri terjemahan dan penjelasan dalam bahasa Jepun.

Kitab suci itu dicari semula dari rak buku setelah membaca berita berulang mengenai orang-orang Islam di Korea Selatan berdoa supaya kira-kira 20 orang awam Korea yang ditawan oleh askar Taliban di Afghanistan tidak diapa-apakan.

Kerana, orang-orang Islam bangsa Jepun dan Korea berupa golongan minoriti di negeri masing-masing. Keterangan mengenai mereka yang diperoleh dari Wikipedia, ensiklopedia bebas mungkin berguna bagi kita.

Pertama mengenai Islam di negara Jepun. Hubungan pertama dengan orang Islam ialah dengan orang-orang Melayu yang bekerja sebagai kelasi kapal-kapal British dan Belanda lewat abad-19. Sebelum itu, lewat 1870, buku riwayat hidup Nabi Muhammad telah diterjemah ke bahasa Jepun. Dengan itu, agama Islam dianggap mengambil tempat dalam imaginasi intelek bangsa Jepun.

Satu lagi yang dianggap pertemuan penting ialah pada tahun 1890 manakala Turki pemerintahan Uthmaniah mengirim sebuah kapal ke Jepun sebagai membalas secara hormat lawatan seorang putera diraja Jepun ke Istanbul beberapa tahun sebelum itu.

Orang Islam Jepun yang pertama menunaikan fardu haji ialah Kotaro Yamaoka yang memeluk agama Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama Omar Yamaoka manakala pergi ke Mekah.

Seorang lagi bernama Bunpaciro Ariga yang berniaga ke India dan memeluk agama Islam setelah berkenalan dengan orang-orang India Islam. Beliau kemudian mengambil nama Ahmad Ariga.

Pelarian Islam

Masyarakat Islam muncul di negara Jepun dengan ketibaan ratusan orang Turkoman, Uzbek, Tajik, Kirghiz, Kazakh dan lain-lain pelarian Islam dari Asia Tengah dan Rusia, iaitu akibat revolusi komunis. Mereka diberi perlindungan oleh Jepun dan selanjutnya bermastautin di beberapa buah bandar.

Dengan lahirnya masyarakat kecil Islam itu, beberapa buah masjid dibina. Yang utama sekali ialah Masjid Kobe pada tahun 1935 dan Masjid Tokyo pada tahun 1938 (diperbaharui pada tahun 1990-an).

Dalam masa Perang Dunia Kedua pula, makluman mengenai agama Islam tersebar luas di negara Jepun dan di kalangan pusat-pusat penyelidikan mengenai Islam dan dunia Islam. Lebih 100 buah buku dan majalah mengenai Islam terbit di negara Jepun.

Sebenarnya terbitan-terbitan itu bukan untuk memperkenalkan Islam, tetapi untuk membolehkan pihak tentera lebih mengetahui mengenai Islam dan orang Islam. Ini kerana wujudnya masyarakat Islam yang ramai di China dan Asia Tenggara yang ditakluki oleh tentera Jepun.

Pada tahun 1970-an, pelbagai maklumat mengenai Islam tersebar, iaitu selepas “krisis minyak tahun 1973.” Dengan itu ramai orang Jepun mendapat kesempatan melihat gambar-gambar orang Islam menunaikan fardu haji di Mekah dan mendengar bacaan-bacaan ayat suci al-Quran serta suara bilal melaungkan azan.

Sebilangan orang Jepun kemudian memeluk agama Islam ketika itu dan kemudiannya ‘puluhan ribu’.

Hingga baru-baru ini, masyarakat Islam paling ramai di negara Jepun ialah orang Turki. Lalu disebut bahawa sebelum meletusnya perang, orang Jepun bersimpati dengan warga Islam di Asia Tengah yang antikomunis.

Sebilangan lagi masuk Islam setelah berkenalan dan berdampingan dengan mereka manakala tamat perang.

Sebilangan pemandu pesawat-pesawat angkatan udara Jepun dilatih mengucap dua kalimah syahadat jika ditembak jatuh dan ditawan oleh orang-orang kampung.

Menurut yang empunya cerita, beberapa orang yang berbuat demikian terkejut melihat orang-orang kampung berubah sikap mereka.

Jelas bahawa serangan Jepun di China dan negara-negara Asia Tenggara merapatkan hubungan dengan orang-orang Islam. Mereka yang masuk Islam menubuhkan, pada tahun 1953, organisasi Islam yang pertama di bawah pimpinan seorang bernama Sidiq Imaizumi. Bilangan ahli seramai 65 orang Islam bertambah dua kali ganda beberapa tahun kemudiannya.

Bilangan sebenar orang Islam di Jepun tidak begitu jelas kerana kerajaan Jepun tidak bertanya mengenai agama dalam borang-borang banci dan lain-lain dokumen rasmi. Bilangan mereka ditaksirkan kira-kira 70,000 orang, iaitu 90 peratus warga asing dan 10 peratus Jepun.

Terjemahan al-Quran dalam bahasa Jepun belum diedarkan secara meluas. Pelbagai tulisan mengenai Islam tidak jual di toko-toko buku atau diperoleh di perpustakaan awam.

Demikian serba sedikit mengenai Islam di negara Jepun. Bersambung kelak, insya-Allah ialah keterangan mengenai Islam di Korea.

Semoga adanya pihak-pihak berwajib di negara kita memberi sumbangan meluaskan maklumat mengenai Islam di negara-negara lain.

* Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:24 AM   0 comments
Haji Hadi yakin PAS dapat rampas Terengganu
Friday, August 03, 2007

Oleh Muda Mohd Noor

Malaysiakini


Detikdaily, 2 ogos 2007

PAS sudah sedia menghadapi pilihanraya umum dan meramalkan akan mengekalkan Kelantan dan merampas semula Terengganu, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada keseluruhanya, kata beliau, PAS akan memperolehi keputusan yang lebih baik daripada pilihanraya umum akan datang.

Abdul Hadi berkata, PAS yakin dapat merampas semula Terengganu berdasarkan ‘mood’ rakyat terhadap parti pembangkang itu.

PAS, katanya, akan meletak lebih ramai calon wanita bertanding kali ini berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, parti itu tidak akan meletakkan calon bukan Islam kerana ia dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekutu PAS dalam Barisan Alternatif (BA).

"Kedah juga merupakan negeri tumpuan utama PAS, kerana jumlah undi Melayu yang diperolehi lebih tinggi berbanding di Kelantan," katanya.



Bagaimanapun, katanya, PAS tidak menang di negeri itu kerana pengundi bukan Melayu didakwanya ditekan supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

Ahli baru

"PAS juga menjangka menang beberapa kerusi di Selangor dan Perak serta Johor kerana pertambahan sokongan di kalangan pengundi muda di negeri itu," katanya kepada malaysiakini.

Abdul Hadi berkata, PAS mempunyai jentera pilihanraya dalam setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dan semuanya telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

Sokongan kepada PAS, katanya, semakin meningkat ekoran parti itu menerima kemasukan kira-kira 1,000 ahli baru setiap bulan.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, PAS bukan sahaja boleh menang di kawasan majoriti Melayu tetapi juga di kawasan pengundi campuran.

Menurutnya, Kelab Penyokong PAS akan berusaha untuk memastikan pengundi bukan Melayu mengundi calon PAS.

Mengenai senarai calon, Abdul Hadi berkata, Pahang sudah menyelesaikan senarai calon, manakala negeri-negeri lain sudah mencapai tahap 80 dan 90 peratus.

Menurutnya, di negeri bukan tumpuan parti itu seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, PAS akan bekerjasama dengan PKR untuk menentukan jumlah kerusi yang ditandingi.

Beliau juga memberi jaminan PAS tidak akan memboikot pilihanraya umum kerana menurutnya ia satu tindakan yang tidak berkesan kerana rakyat belum boleh menerimanya.

Pindah pengundi

PAS memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam awal tahun ini kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak menjalankan pilihanraya dengan bebas dan telus.

Sementara itu, beliau berkata, pemindahan pengundi dari satu negeri ke satu negeri lain, yang juga membabitkan pengundi rakyat negara luar seperti Thailand, Indonesia dan Burma, bukan perkara baru.

"Pihak yang mempunyai kuasa ke atas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh memindah dan membawa masuk pengundi dari satu tempat ke satu tempat," katanya.

Beliau bagaimanapun, enggan membuat sebarang ramalan mengenai tarikh pilihanraya kerana menurutnya ia hanya ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdul Hadi berkata, kebebasan media sangat penting dari segi demokrasi supaya rakyat dapat menilai antara parti pembangkang dan parti pemerintah sebelum membuat pemilihan.

Katanya, ia seperti perbicaraan dalam mahkamah di mana kedua-dua pihak memberikan keterangan sebelum hakim membuat keputusan.

"Kalau media hanya melaporkan sebelah pihak, bagaimanakah rakyat hendak membuat pilihan?," katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:27 AM   0 comments
IKLAN DOA MERDEKA CHAMPS MEMPERSENDA TUHAN!
Thursday, August 02, 2007
Detikdaily.net, 1 ogos 2007

Beberapa hari ini, sebuah iklan yang menyiarkan perihal doa telah disiarkan di kaca televisyen kita. Di dalam iklan tersebut memaparkan kanak-kanak pelbagai kaum yang membaca doa beramai-ramai memohon sejahteraan kemerdekaan negara.

Iklan yang berjudul Doa Merdeka daripada syarikat Champs itu dilihat memang berniat murni. Kaedah doa yang digunakan itu sedikit sebanyak mengajak rakyat Malaysia bersyukur di atas nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama 50 tahun.

Namun, apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah, matlamat tidak menghalalkan cara. Membaca doa secara beramai-ramai yang menyaksikan percampuran agama adalah satu simbolik bagi menyatakan syirik terhadap Allah swt. Sebagai seorang penganut agama Islam, perkara seperti ini adalah bercanggahan dengan kaedah sebenar dalam berdoa.

Merujuk iklan tersebut, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki Islam memulakan bacaan doa dengan berbahasa melayu ‘Ya Tuhanku’... (versi Melayu) Kemudian di sambung oleh beberapa kanak-kanak lain dengan menggunakan bahasa berlainan iaitu tamil, inggeris dan mandarin. Persoalan pertama adalah: Siapa tuhan itu? Jika kesemua yang membaca doa itu adalah kanak-kanak Islam, maka kita boleh mengatakan bahawa tuhan itu Allah. Namun, apa yang dipaparkan adalah satu percampuran agama di dalam satu doa!



Perkara ini adalah amat bertentangan dan seharusnya syarikat Champs peka dengan sensitiviti perihal agama. Perkara yang berkaitan agama amat sensitif dan seharusnya ia dilarang daripada dibuat komersial termasuk di dalam iklan, papan tanda, atau sebagainya.

Percampuran doa ini juga seolah-olah menggambarkan bahawa kesemua kanak-kanak itu berada di bawah satu tuhan walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang ditekankan di iklan tersebut adalah perbezaan bangsa sahaja.

Jika diperhatikan susunan doa itu, selepas kanak-kanak melayu selesai membaca, di susuli satu ayat yang dibaca oleh kanak-kanak cina. (juga yang versi melayu) Dalam ayat tersebut, terdapat perkataan ‘pada-Mu’. Huruf M yang dibesarkan itu sudah tentu simbol kepada tuhan yang maha esa. Ia biasa digunakan dalam ayat seharian dan kitab-kitab bagi mewakili Allah. Namun, jika yang membaca itu kanak-kanak cina, bagaimana pula dengan agama kanak-kanak itu pula?

Persoalan seterusnya, adalah amat tidak beradap sopan seorang kanak-kanak melayu Islam yang berdoa dalam keadaan tidak menutup aurat. Perkara ini secara tidak lansung telah menghina status doa yang dibaca oleh seorang kanak-kanak perempuan yang tidak menutup aurat. Menutup aurat adalah wajib bagi umat Islam. Sekiranya perkara ini diremehkan dalam iklan komersial tersebut, maka ia telah menjatuhkan kredibiliti agama Islam di dalam negara Malaysia.

Apa yang harus dilakukan sekarang ialah, pihak Kementerian yang berwajib menjaga perihal iklan dan televisyen harus memberi teguran tegas kepada syarikat Champs kerana iklan Doa Merdeka tersebut seolah-olah mempersenda Islam dan agama lain. Apa salahnya kalau tidak dilabelkan ucapan-ucapan itu sebagai doa. Jika telah dilabelkan ucapan-ucapan itu sebagai doa, ia amat berkait rapat dengan agama dan tuhan. Ini bukan perkara main-main. Pihak kerajaan harus bertindak segera bagi menjaga kesucian agama dan menjaga perihal agama masing-masing.

Pihak Mufti juga disarankan agar membuat kenyataan terbuka berkaitan penyiaran iklan tersebut yang secara jelas melakukan percampuran agama di dalam satu majlis doa. Teguran daripada pihak mufti amat berharga sebagai panduan kepada pihak kepimpinan negara.

Kepada Perdana Menteri Malaysia, dengan kuasa yang ada, boleh mengharamkan penyiaran iklan tersebut atau jika mahu siarkan juga, dengan melakukan sedikit perubahan. Cadangan perubahan tersebut adalah dengan membuang ‘status’ iklan tersebut yang asalnya bernama Doa Merdeka kepada Harapan Merdeka dan kenyataan itu nanti tidak ditujukan kepada tuhan tetapi hanya ditujukan kepada umum. Cadangan lain jika mahu kekalkan status doa adalah dengan memaparkan kesemuanya kanak-kanak beragama Islam.

Seterusnya, kepada syarikat yang bertanggungjawab iaitu Champs. Disarankan agar menarik balik penyiaran iklan tersebut bagi menjaga sensitivi agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Sebagai seorang umat Islam, amatlah diharapkan agar perkara-perkara seperti ini tidak dipandang enteng oleh semua pihak. Hal agama adalah urusan penganut masing-masing dan jangan ada percampuran yang melibatkan agama-agama. Semoga perkara ini mendapat tindakan sewajarnya oleh pihak yang dirasakan bertanggungjawab bagi mengelakkan kita syirik dalam keadaan tidak sengaja walaupun sedang berdoa!

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:35 AM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com