Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.
Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.
"Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam":
Blogger
28 Ogos 2005
Fatwa Pengharaman Anti-hadith
Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada' dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12
Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada
wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca
kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.
TARIKH MUNCUL
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: )
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari
golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai
sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah
difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal
'iya zubillahi min zalik.
Fatwa Mufti Perak
Kategori : Akidah
Tajuk :
Gerakan Anti-hadis
Isu :
"A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –
(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;
(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam
al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;
(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis
oleh Dr. Rashad Khalifa,
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta
mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku
tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai
sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan
Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan
mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian
sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan
aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh
menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang
kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung
dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu
kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islamiah.
Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul
Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
"Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2
Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah
Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti
berikut
C. OLEH YANG DEMIKIAN –
(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu –
Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer
Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan
berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-
ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World";
(b) mencetak, menerbitkan, memiliki,
menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan
buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –
(i) apa-apa bentuk, versi atau
variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang
bertujuan memberikan publisiti
kepada mana-mana buku itu,pada atau
atas apa-apa bahan, sama ada bahan
cetak atau elektronik atau
selainnya atau melalui apa-apa
media; atau
(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana
Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan
atau mengembangkan kumpulan sedemikian."
PELAJAR Tingkatan Tiga sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang berminat memasuki Tingkatan Empat di Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) tahun depan, boleh mengemukakan borang permohonan yang dijual mulai 16 Julai hingga 27 Julai ini.
Calon boleh mendapatkan borang berharga RM10 di Pejabat Mara Wilayah Persekutuan, negeri dan daerah berdekatan.
Berdasarkan laman web Mara, pemohon dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan peperiksaan semester satu (Mei 2007) Tingkatan Tiga di SMK yang disahkan ketika membeli borang.
Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya lulus subjek Matematik dan Sains.
Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada atau sebelum 3 Ogos depan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Dan Latihan (Menengah) Tingkat 19, Ibu Pejabat Mara Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.
Bagi pemohon yang memohon borang permohonan menerusi pos, bayaran dibuat dengan kiriman wang atau wang pos berpalang bernilai RM10 atas nama Majlis Amanah Rakyat.
Permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Mara negeri atau daerah yang terdekat dengan menyertakan salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan peperiksaan yang disahkan, serta sampul surat berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.
Maklumat lanjut berhubung dengan permohonan kemasukan ke MRSM 2008, boleh diperoleh dengan melayari laman web Mara di alamat www.mara.gov.my.
Menurut laman web itu juga, pelajar dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke maktab itu.
Pemohon akan menduduki UKKM selepas peperiksaan PMR selesai dan maklumat berkaitan tarikh, masa dan tempat ujian itu akan diumumkan sebelum 30 September ini.
Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di bawah Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
PERMAINAN seperti Monopoly, Scrabble, PlayStation, Saidina dan pelbagai jenis permainan video adalah antara yang sentiasa disogokkan sama ada kepada kanak-kanak mahupun seisi keluarga.
Namun, kunjungan ke The Little Khalifah Shop di Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Klang, Kuala Lumpur dan kesempatan bertemu pemiliknya, Roslinah Daud, menyedarkan penulis betapa kita terlalu disogokkan dengan permainan-permainan dari luar.
Hakikatnya terdapat aneka permainan yang berunsurkan Islam boleh diperoleh di sini. Antaranya; Permainan Cabaran al-Quran (versi B. Malaysia), Quran Challenge Games (versi B. Inggeris), Hajj Fun Games, Madinah Solat Fun Games, The Great Mosque Games dan Hadith Challenge Games.
Menurut Roslinah, Permainan Cabaran al-Quran adalah unik kerana ia berdasarkan kitab suci al-Quran. Permainan ini dicipta untuk mengajar anak-anak tentang fakta-fakta di dalam al-Quran dengan cara yang menyeronokkan.
Katanya, kesemua soalan dipetik daripada al-Quran dan dirumus secara kreatif untuk menarik minat anak-anak supaya menyukai serta berjaya menjawab soalan-soalan tersebut.
Selain itu, ia sesuai untuk dimainkan di sekolah bersama teman-teman ataupun di rumah dengan ahli keluarga.
“Terdapat 100 kad yang mempunyai 600 soalan yang terbahagi kepada enam kategori iaitu Pengetahuan al-Quran, Para Nabi, Orang yang disebut di dalam al-Quran, Tanah dan Tempat di dalam al-Quran, Pengajaran daripada al-Quran dan 99 Nama Allah s.w.t.,” katanya.
Pemenang adalah pemain yang mempunyai mata ganjaran terkumpul yang paling banyak.
Mereka yang berminat dengan set permainan ini boleh mendapatkannya di kedai The Little Khalifah Shop atau menghubungi 03-4147 2626..
Usia muda bukanlah faktor penghalang untuk berjaya. Namun ia menjadi kekuatan dalam menyahut cabaran setelah bertahun berniaga di pasar-pasar malam untuk mencari pengalaman sebagai seorang peniaga.
Detik-detik itu telah mengajar Mohd. Saifulnizam Noh, 26, erti keperitan hidup sebagai pengusaha makanan barat.
Berkat kesungguhan dan keyakinan di samping sokongan ahli keluarga, beliau memberanikan diri mengeluarkan modal bagi merealisasikan impiannya itu.
Kini, beliau boleh berbangga apabila impiannya menubuhkan syarikat yang berorientasikan daging lembu sejuk beku iaitu Nash-Co Farms Sdn. Bhd. tercapai.
Wartawan, MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK bersama jurufoto AZLI AHAD dan RAHMAN SALLEH menyelami rahsia kejayaan syarikat yang terletak di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
MEGA: Apakah maksud di sebalik nama Al-Amin Frozen Mart digunakan sebagai jenama syarikat pemasaran produk keluaran syarikat anda?
MUHD. SAIFULNIZAM: Al-Amin Frozen Mart membawa maksud amanah dan percaya dalam meniti kehidupan ini.
Syarikat ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu masyarakat Islam khususnya di negara ini mendapatkan produk makanan sejuk beku yang berasaskan daging dan makanan halal, bersih lagi sihat.
Dorongan menceburkan diri dalam bidang ini adalah berikutan permintaan tinggi umat Islam terhadap proses penyediaan produk daging sejuk beku.
Ia meliputi proses ternakan lembu, corak pemakanan dan etika penyembelihan, pemprosesan sehingga daging dikilangkan selain cara menyimpan dan mengedarkannya.
Dengan dorongan ini saya melihat bidang industri daging halal sejuk beku ini mempunyai potensi untuk dibangunkan lebih-lebih lagi apabila diterajui oleh orang muslim sendiri.
Saya juga melihatnya sebagai ibadat selain berniaga untuk menyara kehidupan.
Apakah sejarah bermulanya perniagaan ini serta cabaran yang dihadapi sepanjang menceburi bidang ini?
MUHD. SAIFULNIZAM: Sebenarnya kami bermula dengan berniaga makanan barat dari sebuah gerai. Ia dibuka di pasar-pasar malam dengan hanya dua orang pembantu di Selayang.
Selepas beberapa tahun mengusahakan perniagaan tersebut, timbul minat terhadap produk makanan yang berasaskan daging lembu.
Pada masa yang sama, didapati bekalan daging tempatan tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat. Disebabkan hal itu, harganya juga tidak stabil serta berlaku kekurangan bekalan lembu hidup yang diimport.
Atas faktor itu, saya menubuhkan syarikat ini untuk mengusahakannya secara serius. Bermula pada tahun 2003, saya menjelajah ke beberapa wilayah di China untuk meninjau peluang-peluang menjalinkan kerjasama dengan pengusaha dan pembekal di sana.
Hasil pemantauan itu, saya bertemu pembekal yang berkenaan. Hingga pada tahun 2005 kerjasama itu turut mendapat perhatian daripada Jabatan Haiwan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang memberi kelulusan dan kebenaran untuk syarikat saya mengimport lembu-lembu hidup dan daging sejuk beku dari China.
Bagaimanapun, saya hanya memfokus kepada import daging lembu sejuk beku sejak tahun 2006. Sebabnya, kos operasi mengimport lembu hidup adalah terlalu tinggi. Tambahan pula persiapan untuk proses pengoperasian menyukarkan pihak saya dan mengambil masa yang terlalu lama.
Pada mulanya saya terpaksa berusaha mencari pasaran. Alhamdulillah dengan perancangan yang rapi saya berjaya mengembangkan perniagaan ini sebagai pembekal dan pemborong daging lembu sejuk beku.
Kini produk Nash-Co Farms mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan khususnya para peniaga, pengusaha makanan, restoran dan pengusaha industri.
Apakah perancangan Nash-Co Farms untuk meningkatkan pasaran daging lembu sejuk beku ini?
MUHD. SAIFULNIZAM: Bagi menambah nilai produk serta meningkatkan pasaran, syarikat merancang untuk mengeluarkan produk makanan segera berasaskan daging lembu.
Dengan itu, syarikat telah melancarkan produk pertama iaitu bebola daging lembu tulen dengan jenama Al-Amin Frozent Mart..Beefball. Alhamdulillah, produk ini diterima baik oleh pelanggan. Rata-rata pelanggan yang ditemui mengatakan produk ini mempunyai rasa yang enak.
Enak... produk keluaran Al-Amin Frozent Mart mensasarkan selera dan cita rasa pelanggan daripada semua peringkat umur.
Ini memberi saya suatu semangat dan harapan untuk melangkah lebih jauh dalam industri pemprosesan makanan halal bagi memenuhi pasaran tempatan dan luar negara
Apakah hala tuju syarikat dalam industri ini?
MUHD. SAIFULNIZAM: Seperti apa yang diperkatakan, syarikat memfokuskan kepada mencapai kejayaan mengikut kapasiti dan keupayaan sendiri.
Asas dan misi perniagaan adalah menawarkan produk daging lembu halal. Di sini saya dan syarikat sedang meneroka ke arah mempelbagaikan produk dengan kerjasama daripada pengusaha syarikat lain.
Bagaimana perkembangan syarikat dan persaingan dengan produk jenama lain?
MUHD. SAIFULNIZAM: Sehingga tahun 2006, prestasi syarikat adalah baik. Walaupun tahun ini memberi pulangan yang baik namun ia tetap memerlukan suntikan modal untuk memperluaskan pasaran.
Sebagai pengusaha baru di Malaysia, persaingan memang hebat. Ini kerana kebanyakan peneraju adalah kalangan yang telah menguasai pasaran dengan kekuatan modal yang besar.
Syarikat turut bersaing dari segi harga dan menawarkan pelbagai insentif. Kami mengimport daging lembu sejuk beku dari Shandong, China kerana kualitinya yang agak tinggi.
Produk Al-Amin Frozent Mart..Beefball pula adalah produk premium yang menitikberatkan kualiti dan cita rasa tetapi dijual pada harga yang berpatutan.
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat selain produk daging lembu sejuk beku?
MUHD. SAIFULNIZAM: Selain membekal dan memasarkan produk daging lembu sejuk beku, kami juga membantu dalam mewujudkan peniaga-peniaga baru dengan memberi khidmat nasihat untuk menceburi bidang ini.
Kami juga menawarkan perkhidmatan mendirikan bilik sejuk, membekalkan freezer dan chiller dan produk-produk lain seperti kambing, ayam dan ikan.
Bagi mereka yang berminat untuk berniaga makanan barat, kami juga menyediakan kemudahan pengurusan persiapan makanan.
Apakah petua menjadi usahawan muda dalam usia 26 tahun?
MUHD. SAIFULNIZAM: Perniagaan bukan satu bidang yang baru. Malahan ramai pengusaha dari pelbagai kaum telah menceburi bidang ini. Apa yang perlu dilakukan ialah memperkenalkan beberapa konsep dan pendekatan baru untuk merancakkan industri ini.
Pada saya, prinsip percaya usia bukanlah faktor penghalang atau penentuan berjayanya menjadi usahawan. Asas yang membuatkan saya berjaya adalah kerana kebiasaan diri melakukan beberapa perkara dalam waktu yang sama.
Dalam berniaga, saya juga belajar dan mengembara mencari ilmu yang boleh membantu saya dalam kehidupan.
Sebagai contoh, kita harus menghormati usahawan bumiputera yang telah berjaya dengan menjadikan kejayaan mereka sebagai panduan.
Bergelar anak muda yang maju dalam industri ini membawa pelbagai dimensi. Apakah panduan yang digunakan untuk berjaya di dalam perniagaan?
MUHD. SAIFULNIZAM: Sebagai anak muda, saya akui mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat. Apabila menceburkan diri di dalam perniagaan, saya turut mewakili diri saya, keluarga, bangsa dan negara.
Saya tidak mahu gagal kerana tidak mahu dianggap bangsa yang tidak konsisten. Apabila saya berada di China umpamanya, rakan di sana melihat saya sebagai orang Malaysia dan bukan hanya seorang individu. Maka setiap tindak tanduk saya dianggap sebagai wakil Malaysia.
Oleh yang demikian, saya menyokong hasrat kerajaan dalam meningkatkan modal insan supaya lebih ramai anak muda menyahut cabaran global ini.
Bagi saya, kejayaan adalah relatif dalam kehidupan. Kejayaan dari segi material adalah tidak bererti tanpa moral, fizikal dan kesihatan yang baik.
Hubungan yang baik di antara pembekal dan pelanggan penting dijaga untuk keuntungan bersama.
Mereka yang berminat menjadi pengedar produk syarikat Nash-Co Farms Sdn. Bhd. boleh menghubungi talian 03-42578725 atau 012-3087579.
Saya memahami haram mendedah aurat ketika membaca al-Quran dengan memegang mushaf. Apa pula hukumnya jika tidak menutup aurat membaca ayat al-Quran, contohnya sambil memasak?
JAWAPAN
Harus hukumnya bagi seseorang yang tidak menutup aurat membaca ayat-ayat lazim yang atau mana-mana ayat al-Quran asalkan bukan dengan memegang mushaf.
Contohnya membaca ayat-ayat yang digantung di dinding rumah atau pejabat dan sebagainya. Keadaan ini termasuklah membaca ayat-ayat al-Quran yang dijadikan amalan seperti ayat kursi, tiga qul dan sebagainya. Ini termasuk bacaan dari hafalan seseorang.
Soalan: Saya menetap di luar negara dan mempunyai kenalan berasal dari Indonesia yang beragama Kristian. Suatu hari, saya ternampak seperti doa ditampalkan pada dinding di rumah mereka dan dalam doa itu, nyata ditulis Allah menggantikan perkataan tuhan.
Bila saya bertanya kepada kawan saya dan berkata mereka memang memuji Allah di dalam gereja. Malah, di dalam kitab injil berbahasa Indonesia mereka menulis nama Allah dan bukan tuhan atau god.
Saya terpinga-pinga dengan jawapannya itu. Soalan saya, bolehkah mereka menggunakan nama Allah sesuka hati tetapi tidak menganut agama Islam yang suci?
Jawapan:
Di dalam kitab-kitab terdahulu, kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur. Taurat kepada Nabi Musa a.s. Injil kepada Nabi Isa a.s. Zabur kepada Nabi Daud a.s. dan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Umat Islam wajib beriman bahawa keempat-empat kitab itu diturunkan kepada nabi-nabi tersebut. Di dalam kitab-kitab ini, Allah s.w.t menuntut agar setiap generasi manusia beriman kepada Allah s.w.t. biarpun syariat di antara seorang nabi dengan nabi yang lain berbeza.
Firman Allah yang bermaksud: Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat). ( al-Syura’:13)
Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan bahawa tugas para nabi adalah mengajak orang menyembah Allah bukannya menggangkat diri sendiri sebagai tuhan.
Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud, Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (al-Maidah: 116). Jelas dalam ayat ini Allah bertanya, sedangkan Dia lebih mengetahui mengenai Nabi Isa a.s. Pertanyaan itu adalah untuk memberi Nabi Isa sendiri menafikan yang dia bukan tuhan.
Firman-Nya yang bermaksud, Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (al-Nahl: 36 ).
Namun perintah mengabdikan diri kepada Allah tetap sama, iaitu perintah memperakui ketuhanan Allah. Maka di dalam kitab-kitab ini terdapat perkataan ‘Allah’. Ini kerana mereka juga percaya kepada Allah s.w.t tetapi mengingkari kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Namun pada hakikatnya mereka kufur kepada Allah s.w.t.
Sebenarnya mereka tidak kenal Allah malahan Allah s.w.t. dijelmakan kepada makhluk. Akhirnya mereka bukan sembah Allah tetapi sembah makhluk yang tidak dapat memberi apa-apa. Allah s.w.t perlu dikenali melalui sifat-sifat-Nya.
Bila kita lihat kepada perkataan Allah kita akan merasai seolah-olah mereka mempercayai Allah tetapi pada hakikatnya Allah yang dimaksudkan oleh mereka adalah lain daripada Allah s.w.t yang dimaksudkan oleh orang Islam.
Allah s.w.t yang dimaksudkan oleh Islam ialah Allah s.w.t yang menjadikan langit dan bumi yang menjadikan segala sesuatu, Dialah yang mengutuskan nabi akhir zaman.
Nabi itulah yang mengajar kita mengenal Allah s.w.t. Manusia tidak dapat mengenal Allah tanpa Nabi Muhammad s.a.w. Jika Nabi Muhammad s.a.w diingkari akan perutusannya maka dengan cara apa manusia dapat mengenal Allah? Kesemua Nabi dan Rasul mengajak manusia menyembah Allah s.w.t
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik ImageAziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.
Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.
Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.
Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.
Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.
Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.
Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,
Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.
Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!
Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.
Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.
Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.
Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.
Maksudnya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.
(Surah Ali Imran : 75)
Maksudnya:
Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.
Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.
Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.
Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.
Para Hadirin sekalian,
Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.
Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.
Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.
Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.
Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.
Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,
Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.
Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.
Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?
Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.
* Bagi mempertingkatkan laman ini menjelang pilihan raya umum ke-12, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM (564070000336) .
APABILA penyanyi rock terkemuka yang pernah berambut panjang, beranting-anting dan memakai kalung di leher memutuskan menunaikan umrah baru-baru ini, ramai terkejut.
Pelbagai tanggapan timbul, kononnya pemergian Amy ke Makkah adalah suatu yang pelik kerana imejnya sebagai penyanyi rock sukar dikaitkan dengan ilmu agama.
Malah Amy sendiri mengakui semasa di sana, beliau turut diuji apabila terdengar kata-kata orang yang mempertikaikan kehadirannya di situ hasil wang nyanyian yang disifatkan 'tidak bersih'.
'Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya di tanah suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang saya perolehi tidak halal.
'Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak melenting kerana umrah urusan saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Bijaksana. Sama ada saya diterima atau tidak, itu hak Allah.
'Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu, hati saya sudah bulat dan saya berserah dengan apa pun dugaan yang bakal ditempuhi,' luah Amy dalam laporan akhbar Harian Metro.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 49 tahun, berada di Makkah bersama isteri, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil Norish, 26 tahun, dari 29 Mei hingga 11 Jun lalu.
Menurut beliau, keinginannya mengerjakan umrah sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu.
'Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah, dan Masjidil Haram, Makkah.
'Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudhah, salah satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudhah kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai,' tambahnya.
Ketika tiba di Makkah, Amy mengucap syukur sebaik melihat Kaabah.
'Ia cukup indah hingga saya menangis. Selesai berehat, saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah,' kata Amy.
Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, beliau memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hatinya supaya tidak malas bersolat dan mematuhi segala yang termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.
Kini beliau berhasrat untuk melakukan umrah Ramadan pula. BHS
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan penggunaan dakwat khas cap jari pengundi mengikut perspektif syariah sebelum memutuskan sama ada bahan itu boleh digunakan umat Islam pada pilihan raya.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abdul Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata sampel dakwat khas yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dua minggu lalu sedang dianalisis Jabatan Kimia.
“Kami menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk mengkaji bahan dalam dakwat itu bagi memastikan ia tidak mengandungi unsur najis yang boleh memudaratkan ibadat umat Islam.
“Keputusan Jabatan Kimia akan dibentangkan pada muzakarah 7 Ogos ini untuk dibincangkan secara menyeluruh berhubung penggunaannya daripada sudut syariah,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, pihaknya menghantar sampel itu bagi mendapatkan kepastian, terutama kemungkinan ia memberi kesan kepada wuduk kerana dakwat kekal pada jari bagi tempoh dua atau tiga hari.
Awal bulan lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor akan mengadakan pertemuan dengan SPR bagi membincangkan lebih terperinci penggunaan dakwat khas bagi mengelak kehadiran pengundi hantu pada pilihan raya umum akan datang.
Wan Abdul Aziz berkata, 20 ahli Majlis Fatwa Kebangsaan terdiri daripada mufti negeri dan ahli akademik bertauliah dijangka hadir pada mesyuarat itu.
Ditanya kesan penggunaan dakwat khas yang kekal pada ibu jari antara dua hingga tiga hari, beliau berkata yang lebih penting adalah kandungan bahan dalam dakwat tiada unsur najis.
“Kalau pakai inai pun, ia akan kekal di jari, malah lebih lama hingga sebulan. Oleh itu, tempoh berapa lama ia kekal pada jari bukan isu. Yang penting memastikan bahan dakwat itu suci.
“Kita akan kemukakan keputusan kepada SPR segera. Kita jangka semuanya selesai pertengahan Ogos ini,” katanya.
ia bahan bukan najis yang boleh memudaratkan umat Islam.
MELAKA 23 Julai – Qari dari Johor, Aziz Mustakim dan qariah Sarawak, Amnah Ayup muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-50 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini malam ini.
Mereka menewaskan 27 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula Khamis lepas.
Aziz yang memperoleh markah 79 peratus, menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang Dipertua negeri, Tun Khalil Yaakob.
Johan qariah pula, Amnah Ayup yang berjaya memungut markah 82.67 peratus, turut menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
Naib johan qari bagi tilawah tahun ini dimenangi peserta Wilayah Persekutuan, Amirahman Abas yang berjaya memungut markah 79 peratus.
Tempat ketiga dimenangi qari Pahang, Zul Hasyimi Mohamaed Yunus dengan beza markah 1.3 peratus sahaja daripada Aziz dan Amirahman apabila memungut 78.33 peratus markah.
Bagi kategori qariah, naib juara dimenangi graduan Universiti Tenaga Nasional, Syarifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang memungut 78.667 peratus markah manakala tempat ketiga dimenangi Raziyati Mohd. Ali dari Terengganu yang mengutip markah 76.33 peratus.
Mutu
Sementara itu, Pengerusi Jemaah Hakim, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz berkata, mutu bacaan peserta pada keseluruhannya meningkat dan tiada perbezaan markah yang ketara antara mereka.
‘‘Cuma peserta yang lebih cermat sahaja berjaya menjarakkan markahnya dengan peserta lain,” jelas beliau.
Bagaimanapun, katanya masih terdapat sedikit kekurangan daripada segi makhraj huruf serta gaya melagukan bacaan masing-masing.
Sementara itu, Khalil dalam ucapannya berkata, Islam berjaya membawa pelbagai pencapaian cemerlang kepada umatnya di negara ini sejak dahulu lagi.
‘‘Bagaimanapun, kita masih boleh menjadi lebih cemerlang daripada sekarang dengan lebih mendalami lagi agama ini.
‘‘Lebih banyak kajian dan penyelidikan dalam bidang sains boleh dijalankan dengan mengkaji al-Quran seperti yang dilakukan oleh ilmuwan zaman dahulu,” tegasnya.
KUALA TERENGGANU 19 Julai – Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 13 September ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober.
Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Ahmad Taufan bin Abdul Rashid berkata, umat Islam dijangka berpuasa genap 30 hari.
Katanya, berdasarkan kepada kiraan falak, ijtimak akan berlaku pada pukul 8.45 malam, 11 September ini kira-kira 1 jam 35 minit selepas matahari terbenam pada hari tersebut.
‘‘Justeru, menurut kaedah rukyah dan hisab, anak bulan disabitkan belum atau tidak wujud selepas matahari terbenam 11 September 2007 kerana ijtimak belum berlaku kerana bulan terbenam lebih awal sebelum waktu matahari terbenam,” jelasnya.
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Banyak pihak menggesa kerajaan agar mengharamkan dan menyekat kemasukan filem Evan Almighty kerana didakwa mengandungi babak menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh.
Sedutan daripada filem yang menelan kos kira-kira RM604 juta (US$175 juta) itu yang kini dipertontonkan di pawagam-pawagam, memaparkan pelakon Morgan Freeman sebagai God (Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell (memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.
"Saya tidak tahu bagaimana jalan cerita filem ini (Evan Almighty), tetapi jika ia untuk tontonan awam, ia merupakan satu tindakan yang kurang sensitif oleh pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas)," kata Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim), Prof Madya Dr Harlina Harlizah Hj Siraj.
Namun begitu, ujarnya terdapat banyak filem seumpama Evan Almighty yang dijual dalam pasaran yang menceritakan perihal nabi-nabi seperti nabi Isa, Musa dan sebagainya kerana mereka berasa tidak salah dengan menggunakan alasan bahawa 'this video is not for Muslims viewers' iaitu video ini tidak sesuai untuk penonton beragama Islam.
"Tetapi pada mereka, memang mereka akan menggambarkan Tuhan mereka sebagaimana yang telah ditayangkan dalam pelbagai filem sebelum ini tetapi jika gambarannya teruk, dia akan dapat tentangan daripada penganut agama lain seperti Kristian sendiri," jelas beliau kepada Harakah ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Amal Raudhatus Sakinah di Cheras malam kelmarin. "Saya juga merasakan mereka memang tidak menayangkan filem tersebut untuk tontonan orang Islam sebab kita sangat strict tentang ini dan pada saya, masyarakat sudah cukup matang untuk menilai mesej yang ingin disampaikan," tambahnya.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Dr Ma’mur Osman meminta kerajaan mengharamkan Evan Almighty kerana didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Filem ini berdasarkan kisah Nabi Noh dan dibuat dalam bentuk komedi iaitu persiapan menghadapi banjir di New York.
“Kita bimbang ia akan mempengaruhi minda anak kita kerana filem itu jelas merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh yang kemudian telah dimanipulasikan sehingga menjadi satu bentuk komedi yang menghina Islam.
“Perbuatan memaparkan Tuhan sebagai manusia dalam filem itu terpesong daripada akidah Islam,” katanya.
“Walaupun sekadar filem, tetapi kita masih bimbang jalan cerita itu mampu menggugat minda pelajar Islam, lebih-lebih lagi bila ia menyentuh sejarah yang pernah mereka pelajari di sekolah,” katanya.
Dr Maamor berkata umat Islam perlu berwaspada dengan cara halus untuk memesongkan umat Islam termasuk melalui penggunaan media dan filem.
“Mereka biasanya tidak menyasarkan usaha itu kepada kita yang dewasa ini tetapi mereka biasanya menyerang minda anak-anak kita,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan pernah mengharamkan pelbagai filem termasuk filem tempatan atas sebab tidak sesuai ditayangkan kepada rakyat negara ini dan sewajarnya pengharaman sama dikenakan kepada filem itu.
Dr. Maamor berkata orang ramai boleh menghantar bantahan mereka terhadap penyiaran filem itu ke laman web PPIM di www.muslimconsumer.org.my dan PPIM akan menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, Mantan Pengarah Kor Agama Angakatan Tentera, Brig. Jen. (B) Dato' Najmi Ahmad berkata, filem seperti itu sepatutnya diharamkan sejak dari awal lagi kerana ia jelas menghina dan memperlekeh sejarah Nabi dan Rasul.
“Pelakuan membina bahtera seperti mana yang akan ditunjukkan di dalam filem itu tidak benar malahan menggambarkan wajah Nabi dan Rasul pun sudah bertentangan dengan syariah Islam,” katanya.
Najmi berkata kerajaan sebelum ini pernah mengambil tindakan tegas berkenaan penyiaran lukisan karikatur Nabi Muhammad s.a.w di sebuah akhbar dan ia sepatutnya dilakukan juga terhadap filem ini.
“Kita tidak mahu nanti, hanya kerana kita memperjuangkan kreativiti dan komedi dalam filem, kesannya ialah kita hanya dapat untung sekarung, namun rugi seguni,” katanya.
Pada tahun 2003, filem pertama sekuel Almighty itu yang juga arahan Tom Shadyac bertajuk Bruce Almighty juga mengundang kontroversi dan bantahan di negara ini, namun ia ditayangkan juga di pawagam setelah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem.
Sebelum ini pada 2003 banyak pihak mendesak kerajaan menerusi Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) mengharamkan filem Bruce Almighty. Bagaimanapun filem lakonan Morgan Freeman yang memegang watak Tuhan diluluskan untuk tayangan. - mks.
SOALAN 1 APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat?
JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.
Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat.
Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat.
Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah.
Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca:
Adab secara batiniah
* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.
* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.
* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.
* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .
* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.
* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini.
Adab secara lahiriah
* Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya.
* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .
* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.
* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.
SOALAN 2
APAKAH hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
JAWAPAN: Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.
Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke agama@utusan.com.my atau ke
MEROKOK adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman serba moden ini, malah ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang beranggapan merokok kononnya melambangkan kedewasaan dan kematangan.
Di Malaysia, berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, 24 peratus daripada 3.1 juta perokok tegar di kalangan rakyat Malaysia adalah remaja termasuk pelajar sekolah rendah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan merokok sebagai satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung boleh menyebabkan seseorang itu terbabit dengan najis dadah kerana rokok bunga kepada dadah.
Ia digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan. Oleh itu, amalan menghisap rokok wajar dihentikan segera oleh individu yang menagihnya kerana ada banyak kesan negatif.
Perbuatan membeli rokok jelas satu pembaziran sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk keperluan keluarga. Ia menunjukkan merokok sebagai punca merosakkan perangai dan membuang harta tanpa kewajarannya.
Mereka tidak sedar tindakan merokok boleh menimbulkan krisis dalaman keluarga kerana masalah kewangan untuk menyara keluarga. Mereka terpaksa memperuntukkan sebahagian besar wang untuk membeli rokok, sedangkan keperluan keluarga dipinggirkan.
Berdasarkan Ahmad Shalabi, rokok bagi golongan miskin tidak mengenyangkan, malah mereka terpaksa menanggung bebanan hutang. Begitu juga golongan pelajar yang sanggup menghabiskan dan membelanjakan wang untuk membeli rokok kerana ketagihan, sedangkan keperluan untuk pelajaran diabaikan.
Merokok boleh menyebabkan masalah kepada sistem peredaran darah. Apabila seseorang itu merokok, pergerakan jantungnya bertambah, lama-kelamaan degupan jantung menjadi tidak teratur dan menyebabkan sakit dada.
Selain itu, merokok boleh menyebabkan perokok kehilangan deria bau dan rasa serta kesan kekuningan pada gigi perokok disebabkan tar tembakau yang ada pada rokok. Tar tembakau juga menyebabkan keadaan mulut perokok berbau busuk, menghilangkan selera makan, menyebabkan ketagihan berpanjangan dan mengalami masalah penghadaman makanan.
Malah, merokok juga akan meninggalkan ketidakselesaan kepada mereka yang berdampingan dengan perokok seperti anak, isteri dan orang awam lain melalui asap rokok dihembus perokok.
Penyelidik mengesahkan merokok menyebabkan barah paru-paru, barah peti suara, mulut dan kerongkong. Malah, asap rokok yang dihembuskan perokok boleh mendatangkan penyakit kepada penghidunya, manakala perokok di kalangan wanita hamil pula boleh mendatangkan masalah kepada bayi dalam kandungannya kerana racun tembakau dan asap rokok akan meresap ke uri. Hal ini menyebabkan anak dalam kandungan kekurangan oksigen dan zat dalam darahnya. Secara tidak langsung, apabila anak itu lahir kemungkinan besar kekurangan berat badan dan mudah terkena jangkitan penyakit.
Kajian sarjana Barat, C Everentt Koop, menjelaskan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding mereka yang tidak merokok.
Berdasarkan kepada banyaknya kesan negatif daripada amalan merokok, mereka yang menghisap rokok seolah-olah mahu merosakkan tubuh dan membinasakan diri.
Untuk membanteras tabiat ini, amat wajar kerajaan melancarkan kempen ‘Tak Nak Merokok dan Cara Hidup Sihat’ pada 2005. Malah, baru-baru ini kerajaan dengan tegas menaikkan harga rokok sebagai usaha menghentikan amalan negatif di kalangan rakyat Malaysia.
Namun, kempen itu perlu disusuli kesedaran perokok dan mereka yang ingin merokok kerana setiap perubahan terletak pada diri mereka.
Hal ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, ayat 11)
Penulis adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Imam masjid al-Muqarrabin muncul johan tilawah Kuala Lumpur dua kali
JIKA dulu, imam baca khutbah orang tidak tanya, tetapi sekarang, jika tidak jelas apa yang disampaikan, makmum akan tampil untuk mendapat penjelasan lanjut. Oleh itu, imam perlu tahu apa yang disampaikan supaya apabila makmum bertanya, mereka boleh menjawabnya.
“Maknanya, tugas imam bukan setakat menyampaikan khutbah, tetapi menyebarkan maklumat tepat kepada masyarakat. Peranan imam sekarang juga semakin luas skopnya,” kata Imam 1 Masjid al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Hassan Alfadhli Abdul Rahman.
Beliau berkata, imam di Wilayah Persekutuan secara automatik adalah penguat kuasa yang boleh menangkap mereka yang melakukan kesalahan syariah seperti berkhalwat, menjadi jurunikah dan bertanggungjawab melakukan khidmat sosial.
Katanya, imam juga bertindak sebagai kaunselor yang memberi khidmat nasihat bukan saja dalam masalah membabitkan hukum, malah dalam isu lain dan kumpulan sasaran mereka meliputi semua lapisan masyarakat.
Hassan berkata, peranan besar yang dipikul imam menjadikan mereka antara pemimpin terpenting dalam masyarakat dan pandangan serta nasihat mereka mudah diterima.
Oleh itu, katanya, imam perlu membiasakan diri dengan perubahan berlaku dalam masyarakat supaya pendekatan yang digunakan untuk membimbing masyarakat sesuai dengan gaya hidup dan keperluan semasa mereka.
Lagipun, katanya, kemampuan imam melengkapkan diri untuk berhadapan cabaran dakwah hari ini akan meningkatkan imej imam supaya tidak dipandang hanya berkuasa dalam kawasan masjid, tetapi tidak di luar masjid.
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu berkata, khidmat imam tidak terbatas di masjid kerana mereka turut turun padang menjayakan program kemasyarakatan, selain menerima undangan untuk berceramah atau mengajar al-Quran.
Bagi dirinya pula, selain jawatan Pegawai Hal Ehwal di masjid, beliau turut terkenal dalam bidang pengajian ilmu al-Quran khususnya taranum yang kini diminati bukan saja golongan dewasa, juga remaja yang ingin belajar kaedah membaca al-Quran secara berlagu.
Selain kelas di masjid, beliau menerima jemputan mengajar di pejabat dan pada masa sama menjadi tenaga pengajar dalam program belajar taranum secara interaktif di radio Ikim.fm selama sejam setiap malam Rabu dan Khamis.
“Permintaan untuk saya mengajar taranum memang banyak dan pastinya saya gembira kerana bidang itu semakin mendapat tempat di hati masyarakat hari ini,” katanya yang turut memberi kursus memperbetulkan bacaan al-Quran di kalangan imam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dilahirkan dalam keluarga yang memang ‘kaki lagu’ dan sering dijemput untuk mempersembahkan bacaan berzanji atau marhaban pada majlis di kampungnya, maka tidak hairanlah jika Hassan juga cenderung dalam ilmu membaca al-Quran secara berlagu.
Kelebihan menguasai ilmu taranum yang dipelajari sejak umur 11 tahun melayakkan beliau dipilih mewakili Wilayah Persekutuan pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2000 dan 2006.
Pengalaman johan tilawah al-Quran Wilayah Persekutuan itu mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai hakim majlis tilawah yang diadakan pelbagai agensi kerajaan seperti polis, askar dan peringkat saudara baru yang dianjurkan Jakim.
“Saya mula belajar dengan arwah nenek yang lebih terkenal di kalangan orang kampung dengan gelaran Saadiah Tukang Lagu. Nenek saya berkawan rapat dengan ibu kepada qariah terkenal negara, Faridah Mat Saman.
“Pendedahan awal kepada ilmu taranum oleh nenek menimbulkan minat. Saya juga banyak belajar daripada hakim Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, Nik Jaafar Nik Ismail, Kamaruddin Ramli dan bilal masjid negara, Haroman Yaakob,” katanya.
Demi memantapkan lagi ilmu taranum, beliau menyambung pengajian dalam jurusan Pengkhususan Quran dan Qiraat selama tiga tahun di Maahad Qiraat al Azhar di Syubro, Mesir sebelum kembali pada 1999 dan mengajar di Maahad Tahfiz Pulai Condong, Kelantan.
Kemudian, beliau menerima tawaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Masjid al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan sehingga kini.
Hassan berkata, sesiapa yang rajin berdampingan dengan al-Quran memiliki peluang lebih banyak sama ada dalam membina kerjaya atau meningkatkan pengetahuan kerana ilmu yang terkandung dalam kitab suci itu menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan.
Katanya, pandai membaca al-Quran sudah dikira sebagai kelebihan tetapi adalah lebih bermakna jika mengetahui makna ayat yang dibaca dan lebih bertuah jika seseorang itu mampu menghafal wahyu Allah itu.
Bagaimanapun, beliau mengakui untuk menjadi seorang tahfiz memerlukan usaha yang gigih, semangat kuat dan banyak perkara perlu diberi perhatian serta pengorbanan dilakukan seperti mengelakkan makanan tertentu yang boleh melemahkan daya ingatan.
“Bagi saya tiga perkara yang menjadi keutamaan ialah sentiasa menjaga makan iaitu memastikan makanan yang dimakan daripada sumber yang halal, mengelakkan minuman berkafein kerana itu akan melemahkan hafalan dan membiasakan minum susu dan madu,” katanya..
Oleh Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (mindakritis@yahoo.com)
Perkataan wakaf dalam sebutan Melayu membawa salah satu dari dua maksud bergantung kepada konteks dan kegunaannya.
Jika ia digunakan pada sesuatu objek itu sendiri, ia membawa maksud kerangka bumbung yang terbuka untuk kegunaan awam atau perabot siarkaki yang digunakan untuk orang ramai berhenti rehat, duduk atau berbaring.
Perabot siarkaki atau pavillion ini keseluruhannya diperbuat daripada kayu dengan tiang minimum empat batang dan mempunyai pelantar kayu yang rendah.
Bagaimanapun jika perkataan wakaf digunakan dengan sesuatu yang lain seperti harta wakaf atau tanah wakaf atau dalam perkataan diwakafkan, ia membawa maksud harta atau tanah yang dihadiahkan untuk kegunaan awam atau perbuatan menghadiahkan harta.
Di kebanyakan negara Islam, suatu institusi wakaf diwujudkan bagi menguruskan harta wakaf untuk kegunaan awam dan memenuhi amanat sesiapa yang ingin menyedekahkan hartanya demi mengharapkan syafaat dan kebahagiaan di akhirat kelak.
Wakaf dalam masyarakat Muslim
Terdapat berbagai-bagai jenis harta wakaf di dalam dunia Islam. Orang Islam yang berharta menyedekahkan masyarakat dengan air pancut yang boleh diminum, ladang buah-buahan, tanah yang disewa, kedai, tanah untuk masjid atau madrasah, rumah rehat atau pavillion dan kediaman.
Sesetengah harta wakaf ini diuruskan oleh badan khas atau agensi kerajaan yang menguruskan harta wakaf.
Malahan kerajaan Arab Saudi mempunyai kementerian yang khas untuk menguruskan harta wakaf. Jawatankuasa masjid juga berfungsi sebagai pemegang amanah harta wakaf yang memastikan kestabilan politik dan kebebasan ekonomi institusi tersebut.
Bagi orang Islam yang tidak berkemampuan mereka dapat menyumbangkan sedikit harta mereka seperti komponen bahan binaan masjid seperti tiang utama dan juga dengan membina kolah untuk wuduk.
Di Malaysia, binaan wakaf kebiasaannya terdiri daripada kerangka empat segi sama dengan empat atau 12 batang tiang. Bumbungnya adalah berbentuk piramid atau limas dan kebanyakannya bertingkat dengan ruang udara di antara bumbung tersebut.
Kerangka yang mudah ini biasanya dilengkapi dengan pelantar yang rendah untuk duduk atau berbaring. Pengembara juga menggunakan wakaf untuk tidur atau tempat untuk sembahyang.
Binaan wakaf boleh ditemui di kampung tradisional terutamanya di sawah padi atau ladang buah-buahan dan kebanyakannya berdekatan dengan perigi yang digali untuk kegunaan pengguna. Wakaf Pak Badol yang terletak antara Pasir Puteh dan Kota Bharu adalah suatu contoh yang dapat dilihat.
Wakaf lain seperti Sla Mean di Bukit Tanah, Kelantan dipercayai dibina untuk upacara tertentu yang dijalankan di situ sebelum menuju ke kuil Buddha berdekatan. Wakaf Penghulu Awang di Kampung Kutan Hulu pula terletak di tengah-tengah tanah perkuburan Islam untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung yang menziarahi sanak saudara yang telah meninggal dunia berehat. Binaan wakaf juga mempunyai pelantar tempat duduk yang lebih rendah dari pelantar di bahagian tengah.
Status sosial dan ekonomi seorang Muslim yang membina wakaf ini dapat dilihat melalui bilangan ukiran yang terdapat pada papan pemeleh dan tiang yang menyokongnya.
Dalam dunia yang moden ini, wakaf masih digunakan di Malaysia menepati dengan fungsi asalnya sebagai tempat berlindung dan berehat seketika.
Lokasi yang jelas menunjukkan penggunaan wakaf ialah di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan di mana ia dibina di kebanyakan hentian rehat. Di Kota Bharu, Kelantan, kerajaan negeri telah mengadaptasikan idea wakaf sebagai perabot siarkaki di bandar pada perhentian bas, tepat berkumpul dan kedai kecil dalam bentuk binaan tradisional.
Binaan wakaf yang mudah merupakan bukti yang jelas tentang Islam adalah agama yang bertamadun tinggi yang menggalakkan kita menghormati tetamu dan betapa pentingnya sumbangan ke arah masyarakat.
Wakaf melambangkan semangat Islam yang jati yang terang dan jujur, bertentangan dengan cubaan sesetengah pihak yang ingin mempamerkan keagungan Islam dengan membina bangunan yang monumental dengan perbelanjaan yang terlalu mahal.
* Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
APAKAH yang menyebabkan Mel kembali semula selepas 10 tahun?
"Kerana saya anggap hiburan dan agama itu mesti dijadikan cara hidup. Kita juga mesti ada strategi untuk mengembangkan ibadah, asalkan tidak menyakitkan hati orang. Bukankah Islam itu mesti ditunjukkan membangun, berkembang maju dan bertaraf dunia?
"Saya tidak nyanyi nasyid. Saya tetap dengan cara saya menyanyi rock. Cuma jika dulu saya tinggikan suara, tapi kali ini saya rendahkan suara. Ada sebabnya mengapa saya ubah cara nyanyian saya begitu kerana jika saya tinggikan suara tapi orang tidak faham, tentu, maksudnya tidak sampai, tidak ada gunaya.
Saya nyanyi kali ini dengan nada yang rendah sedikit agar mesej yang saya bawa dalam lirik saya itu sampai kepada masyarakat," katanya sedikit kesal kerana ada lagu dalam album Dunia Baru yang tidak dibenarkan untuk siaran oleh stesen radio di Malaysia kerana dikatakan 'terlalu terang-terangan.".
Beliau mempunyai pandangan tersendiri tentang dakwah secara terang-terangan ini. Katanya: "Penyanyi barat bentangkan salib di dada ketika menyanyi, itu lebih jelas dan terang mereka berdakwah mengembangkan fahaman mereka. Tapi kita bagaimana?
"Pada saya kita mesti bersikap adil dengan meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, iaitu agama mesti dijunjung oleh kita umatnya," ujar Mel.
Bagaimana pula dengan pakaiannya ketika menyanyi? Apakah Mel membataskan dirinya pada soal pakaian?
mel dan geng batu giling"Saya ada pendekatan saya tersendiri dan kerana saya mahu mendekati remaja dan peminat saya melalu rock, tentulah cara berpakaian juga perlu disesuaikan dengan tempat. Ada tempat yang mana saya perlu bersantai, saya pakai biasa saja, dan mana yang perlu saya berpakaian kemas, saya kena kemaslah dan di tempat di mana saya boleh berkopiah, saya kekal berkopiah. Ini dakwah saya untuk lawan dakyah. Sebab itu saya tidak mahu takut-takutkan orang kerana ada orang jadi takut bila saya pakai kopiah. Apapun, saya pastikan show saya, saya tidak langgar syariat, itu saya jaga," katanya lagi.
Jadi, apakah Mel yang baru ini adalah Mel yang alim dari dulu, saya tanyakan padanya.
Mel tersenyum seketika dengan lontaran soalan itu. Sambil memeluk tubuh memandang ke hadapan, beliau menjawab dengan lembut: "Tidak semestinya saya alim dan tidak semestinya saya sudah banyak ilmu. Mungkin ini semua berkat doa nenek moyang kita yang mahukan keturunan yang baik-baik. Bukankah itu yang selalu kita doa dalam solat?
"Tapi tidaklah bermakna kami sudah selamat, kadanf-kadang dalam keadaan beginipun kita lagi diuji," katanya.
Kini, dalam usaha beliau dan rakan-rakan dalam Batu Giling memasarkan album,Mel juga mengadakan ceramah, terutama untuk mendekati remaja di pusat-pusat pengajian tinggi. Beliau juga pernah diundang oleh Universiti Pertanian Malaysia setra Kementerian Pertahanan. Terbaru beliau diundang parti Keadilan menyanyi di Permatang Pauh. Mel bagaimanapun menafikan beliau menjadi sebahagian dari anggota parti berkenaan.
Menurutnya, seniman harus berkecuali dalam politik. Mereka harus bertindak sebagai pembawa keamanan dan kedamaian.
"Bagi saya, apa yang penting adalah mesej yang saya bawa untuk keluarga dan masyarakat dan seluruh umat manusia atas muka bumi tentang betapa perlunya bersandarklan diri kepada Tuhan, takut atas kemurkaanNya dan bencana yang menimpa kita. Dunia hari ini sudah begitu huru hara.
"Saya tidak berdiri atas mana-mana parti kerana kembalinya saya semula ke pentas adalah untuk mendaulatkan agama kita, agar lagu-lagu saya boleh mencetuskan kesedaran dan kasih sayang sesama manusa. Album Mel bawa mesej kasih sayang, tidak kira parti apapun, Keadilan, Pas mahupun Umno," jelas Mel yang menjual CD secara di setiap tempat yang mengundang beliau berceramah untuk remaja, serta juga menjualnya melalui laman web beliau iaitu www.mel.com.my
Mel dengan Dunia Baru ternyata suatu kelainan dari Mel yang dulu. Dunia Baru memuatkan 10 lagu iaitu Dunia Baru, Menagih Kasih, Ulama Ikutan, Tuhan, Agungkan Tuhan, Kasih Sayang (duet bersama Hasnol Diwani), Kembali Pasti, Perjuangkan, Keampunan (Qasidah: Hasnol Diwani) dan Huru Hara.
Apakah setelah kembali menyanyi, pandangan Mel bahawa hiburan melalaikan itu sudah berubah, sepertimana yang beliau nyatakan ketika keluar dari Wings dulu? Mel tidak teragak-agak untuk menjawab, "Sebenarnya apa yang saya katakana dulu adalah hiburan itu melalaikan jika ia tidak dikaitkan dengan Tuhan.
Kalau main conkak, main guli atau gasing pun jika tidak ingat Tuhan, walau untuk satu minit sekalipun, kita sudah lalai.Makan atau tidur pun boleh jadi lalai jika tidak disertai dengan doa dan bersyukur. Maksud saya, hiburan itu boleh, syaratnya kita jangan sampai lupa Tuhan, lupa waktu solat. Hidup ini mudah sebenarnya, hanya kita yang menyusahkannya."
Rencana ini adalah tulisan Saodah Ismail untuk kolum Salam dari KL yang disiarkan setiap Ahad oleh Berita Harian Singapura. - Pengarang
NAMANYA Ismail Zainuddin. Tentu ramai tidak kenal kerana beliau lebih dikenali sebagai Mel, bekas penyanyi utama kumpulan Wings yang menggantikan Awie ketika artis itu meninggalkan kumpulannya.
Tapi dengan Wings pun tidak lama. Beliau tinggalkan kumpulan itu dan menyepi diri selama 10 tahun. Hari ini, Mel kembali memperkenalkan album barunya, sebuah album solo berjudul ‘Dunia Baru’.Menariknya tentang Dunia Baru, ia berkonsepkan rock tetapi sarat dengan mesej tentang ketuhanan.
Wah, apa yang berlaku kepada anak Teluk Intan ini? Tentu anda ingin mengetahui apa yang merubah Mel menjadi orang baru? Sebentar lagi, saya akan berkongsi kisah menarik tentang Mel dengan ‘Dunia Baru’ bersama anda.
Geng Batu Giling Productions
Saya menemui Mel, yang kini bergerak secara berjemaah bersama beberapa rakannya dalam Batu Giling Productions termasuk penerbit eksekutif, Hussein Ali dan Shanazron, penerbit dan jurutera rakam yang pernah menerbitkan album Teacher’s Pet.
“Jemaah itu rahmat, berpecah itu bala,” ujar penyanyi rock berusia 41 tahun itu membuka bicara. Beliau hanya mengenakan jeans dengan baju putih, menyerlahkan wajah bersihnya. Kebetulan pertemuan kami berlaku selepas solat maghrib.
Setiap orang ada cara dakwahnya, seperti juga Akhil Hai dan Azmil Mustapha. Cara Mel adalah melalui lagu rock. Adalah tidak sukar sebenarnya untuk memahami mengapa beliau memilih untuk berdakwah melalui muzik. Cara beliau dibesarkan memungkin semua itu.
Bapanya adalah imam masjid manakala ibunya mengajar kanak-kanak mengaji. Beliau sendiri selalu bersama-sama bapanya ke masjid, menjadi tukang azan bila masuk waktu.
“Soal hidayah bagi saya ia datang pada 1996. Masa dengan Wings mengajar saya banyak tentang hiburan. Saya sendiri boleh rasa bezanya, mungkin masa itu saya sudah dapat hidayah.
“Masa itu saya duda beranak dua. Saya terfikirkan apa akan jadi pada mereka berdua, tentu akan kecundang kerana hiburan ini boleh membawa kita dekat dengan maksiat.
Kalau kita ini tidak pandai elak, kita akan sesat. Makin lama makin jauh dan bila kita sudah keras, kita jadi tidak ingat Tuhan.
Di situlah bila tidak ada keyakinan, akan hanyut dan sesatlah hidup ini. Ini bukan pandangan fanatik saya, tapi inilah punca segala penyakit sosial kita hari ini. Seks bebas, rogol menjadi-jadi sebab perasaan takut pada Tuhan sudah tidak ada kerana kita tidak bersandarkan pada Allah,” kata Mel yang juga belajar tasauf.
Menurutnya, selepas meninggalkan Wings, selama 10 tahun beliau berusaha membuat kerja lain. Beliau mencuba bermacam jenis perniagaan secara kecil-kecilan. Dari niaga batu cincin, kain pelikat dan jual durian di sekitar Ampang hinggalah membuka kedai makanan laut di Teluk Intan kerana beliau bukan saja suka bahkan pandai memasak. Hari ini, kedai makan di Teluk Intan masih kekal dikendalikan oleh kakaknya.
“Yang penting adalah buat apa saja yang termampu, yang halal dan saya tidak malu melakukannya. Bayangkan dari penyanyi glamour menjadi penjual durian di kaki lima. Tapi apa salahnya, tidak ada apa yang mesti disegankan kerana segan itu, adalah pujukan syaitan, supaya kita jadi orang sombong.”
Bersambung bahagian kedua Selasa 10 Julai 2007
Rencana ini adalah tulisan Saodah Ismail untuk kolum Salam dari KL yang disiarkan setiap Ahad oleh Berita Harian Singapura. - Pengarang
Berita berkaitan
* TERBARU: Mel ex Wings tidak ceramah, hanya menyanyi saja * Bekas penyanyi Wings jadi pendakwah, berceramah dipentas Keadilan
ARTIKEL Jendela Hikmah yang lalu membicarakan mengenai batas aurat wanita Islam. Saya keliru mengenai pemakaian seluar kerana menyerupai lelaki. Saya sering terbabit dengan aktiviti lasak dan memakai seluar memudahkan pergerakan selain tujuan untuk mempertahankan diri.
Humaira,
Negeri Sembilan.
Larangan menyerupai lelaki adalah peraturan syarak dan ia menjadi sebahagian daripada syarat berpakaian dalam Islam. Bukan saja perempuan tidak boleh menyerupai lelaki, begitu juga sebaliknya lelaki tidak boleh menyerupai perempuan.
Pakaian seluar tidak eksklusif untuk lelaki. Justeru, orang perempuan yang memakai seluar tidak dianggap menyerupai lelaki. Jika kita lihat kepada tradisi berpakaian orang perempuan Melayu sejak zaman dulu (termasuklah pakaian rasmi beberapa negeri Melayu), orang perempuannya memakai seluar di samping memakai selendang/kelubung menutup kepala. Bahkan jika kita tengok pakaian tradisional perempuan Aceh, mereka juga memakai seluar. Seluar juga menjadi pakaian beberapa suku bangsa Asia Selatan dan Asia Tengah.
Yang menjadi masalah ialah seluar yang dipakai wanita hari ini mendedahkan aurat iaitu memakai seluar yang ketat dan menampakkan bentuk pinggul, paha dan betis. Bahkan semacam sudah menjadi aliran gadis hari ini memakai jeans ketat dan apabila mereka membongkok atau mencangkung, nampak bahagian belakang yang terdedah termasuk seluar dalam.
Jadi isunya di sini bukan menyerupai lelaki tetapi mendedahkan aurat. Orang perempuan boleh memakai seluar asal saja ia longgar, labuh dan tidak menunjukkan bentuk tubuh.
Sila lihat kepada potongan seluar yang dipakai wanita Melayu zaman dulu (Kedah, Melaka, Terengganu, Pahang dan Aceh), maka jelas seluar yang mereka pakai menepati syarat penutupan aurat dalam Islam.
Begitu juga anda boleh melihat seluar yang dipakai wanita yang menutup aurat dengan sempurna termasuk ketika mereka bersukan. Pakaian seperti itu sama sekali tidak dianggap menyerupai lelaki bahkan dibenarkan Islam untuk memudahkan pergerakan dan aktiviti luar yang lasak.
Hari ini timbul isu wanita membotakkan kepala yang kini hangat diperkatakan ekoran seorang pelakon membotakkan kepalanya. Izinkan saya mengulas dalam konteks menjawab persoalan ini.
Rambut adalah anugerah Allah kepada wanita dan menjadi sebahagian hiasan kecantikan yang wajib ditutup daripada tontonan umum. Namun, ada perempuan yang membotakkan kepalanya atas tujuan yang tidak jelas (berlakon filem).
Maka tindakan seperti itu boleh dianggap menyerupai lelaki kerana tindakan bercukur sehingga botak hanya berlaku kepada lelaki. Bahkan jika kita tengok jemaah haji ketika mereka menjalankan ibadat bercukur setelah menanggalkan pakaian ihram, hanya lelaki yang dituntut sama ada menggunting atau membotakkan kepala. Sedang wanita hanya cukup menggunting beberapa helai rambut.
Memang ada keperluan pada wanita untuk membotakkan kepalanya seperti yang berlaku pada zaman Jepun dulu untuk menyorokkan identiti.
Tetapi hari ini, membotakkan kepala dengan sebab mengikut aliran atau sebab yang tiada alasan kukuh boleh dianggap menyerupai lelaki.
Jawapan disediakan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM),
Dr Hafidzi Mohd Noor dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com.
Apakah hukumnya jika seorang makmum menegur seorang khatib yang membaca ayat al-Quran ketika berkhutbah dengan bacaan yang salah pada pandangan makmum tersebut?
JAWAPAN:
Manusia memang bersifat pelupa, sebab itulah manusia dinamakan dengan insan, kerana banyaknya nisyan (pelupa). Namun ini tidak pula bermakna kita digalakkan lupa atau tidak kisah kalau lupa. Kita mesti berusaha supaya apa yang kita baca melalui hafalan tidak salah atau tidak tersasar dari ayat yang sebenar.
Solat Jumaat merupakan perhimpunan seminggu sekali bagi orang Islam. Khutbah Jumaat hendaklah berkisar atau ulasan dari pandangan Islam terhadap isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam atau apa-apa isu yang relevan kepada masyarakat.
Kefarduan solat Jumaat serta dua khutbahnya tidak boleh dipandang sebagai ibadat yang terpencil atau sekadar memenuhi rutin mingguan. Malahan kefarduannya adalah keagungan syiar Islam. Maka berusaha ke arah kesempurnaan solat Jumaat dan falsafahnya perlu diberi perhatian serius.
Dua khutbah yang dibaca oleh khatib juga perlu sempurna dengan meneliti isi kandungannya serta menyampaikannya kepada sidang Jumaat dengan sebaik mungkin.
Justeru tidak salah makmum menegur khatib yang tersalah apabila membaca ayat al-Quran atau tersilap dalam mengkategorikan hadis. Sekiranya kesalahan itu sehingga cacat makna atau kesalahan membaca membawa makna yang lain atau membawa maksud yang salah, dalam keadaan begini menjadi wajib bagi makmum yang menyedari kesalahan khatib tersebut.
Namun jika kesalahannya hanyalah dalam masalah makhraj atau sifat huruf maka tidak wajib menegur ketika khutbah. Sebaliknya tegurlah khatib tersebut selepas solat Jumaat. Teguran itu pula mestilah memelihara adab-adab supaya tidak menjatuhkan air muka khatib.
Keadaan yang sama, iaitu wajib menegur jika seseorang khatib berkhutbah dan berhujah dengan hadis mauduk atau hadis-hadis yang dikenal pasti penolakannya dan disepakati oleh ulama akan kepalsuannya.
Matlamat ditegur ialah supaya maklumat yang disampaikan kepada para jemaah betul dan tepat. Adalah menjadi suatu yang tidak wajar menyampaikan ayat dengan bacaan yang salah sedangkan imam yang dilantik adalah imam yang bertauliah daripada jabatan agama setiap negeri.
Sebab itulah khutbah yang ingin disampaikan perlu dibaca sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membacanya di mimbar Jumaat. Bagi mengelakkan insiden-insiden sebeginilah, jabatan-jabatan agama menyediakan khutbah Jumaat untuk dibaca secara selaras di masjid-masjid di bawah pemantauan jabatan agama.
Khutbah Jumaat yang disediakan tidak boleh diulas tetapi tidak pula dilarang menambah maklumat tambahan. Tetapi dengan syarat hadis yang ditambah atau ayat al-Quran yang ditambah mesti diteliti dari sudut ketepatannya.
Sekiranya khatib tidak pasti ayat dan kategori hadis adalah lebih baik tidak menambah baca khutbah yang telah disediakan. Kesempurnaan khutbah dan kesempurnaan solat oleh imam yang berkaliber akan memesrakan masyarakat ke masjid.
Sebab itulah ada masjid yang jemaahnya penuh pada hari Jumaat dan masjid itu menjadi pilihan kerana khutbahnya jelas dan difahami dan bacaan imamnya baik. Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada masjid yang gagal mengekalkan kualiti Jumaat.
Pengalaman saya berada di negara Arab, sekiranya khatib salah membaca ayat al-Quran atau salah dalam mengkategorikan hadis, pasti ada yang bangun dan membetulkan imamnya. Cuma di negara kita, tindakan menegur imam atau khatib pada hari Jumaat dianggap sebagai sesuatu yang tidak beradab.
Fenomena di negara kita, yang tidak larat berdiri (sebab uzur) pun masih mahu menjadi imam. Gigi tidak cukup, sebutan pun tidak tepat dan betul, tetapi masih mahu jadi imam. Seolah-olah selagi hayat dikandung badan, selagi itulah dia mahu menjadi imam.
Jarang sangat kita dengar imam mengundurkan diri kerana tidak larat atau pun memberi peluang kepada yang lebih muda untuk mengetuai masjid. Pengimarahan masjid hendaklah diserahkan kepada orang yang benar-benar layak.